WGM?! Part 15

2.2K 185 5
                                    

Sehun melangkah masuk ke pejabat Chanyeol lepas dapat panggilan dari lelaki tu. Habis je waktu sekolah tadi, dia terus datang sini. Jira pun dia tinggalkan kat sekolah.

"Ye adik? Ada apa-apa yang boleh saya tolong?"

Adik dia panggil aku? Huh!

"Saya nak jumpa bos noona"

"Ada buat appoinment ke? Lagipun budak sekolah bukan boleh masuk sesuka hati"

Sehun genggam tangan dia. Mentang-mentang lah sekarang aku pakai uniform sekolah, dia layan aku macam aku ni budak kecik! Sabar hun sabar.

"Apa kata noona cakap je dengan bos noona yang Oh Se Hun dah datang"

Pembantu Chanyeol mulanya teragak-agak tapi bila tengok muka Sehun, dia bangun dan masuk ke bilik Chanyeol. Tak lama kemudian, dia keluar balik.

"Maaf lah Encik Oh, saya tak perasan encik dari Syarikat keluarga Oh" kata pembantu Chanyeol sambil tertunduk. Sehun terus masuk ke bilik Chanyeol.

Meja lelaki itu bertimbun dengan pelbagai fail. "Hyung"

"Oh, Hun. Duduk lah. Hyung nak settle kan fail ni jap"

Sehun duduk. Sementara nak tunggu Chanyeol, dia menghadap handphone. "So, kenapa hyung suruh datang sini?"

"Hyung nak tanya, dua tiga bulan ni, dekat sekolah perangai Jira pelik tak? I mean ada tak perangai dia berubah?"

"Kenapa ? Kat rumah pun perangai dia pelik ke?"

Chanyeol mengeluh. Dia cerita tentang kelakuan Jira. Sehun tekun mendengar.

"Hyung tahu kan dia antara pelajar cemerlang kat sekolah kitorang? Ada satu hari tu, cikgu tanya soalan yang kacang gila. Tapi dia tak boleh jawab"

"Lepas tu, dia selalu sangat merayap ke tandas. Setiap 40 minit mesti dia keluar. Hun ada suruh Jimin pergi ikut dia then Jimin kata dia betulkan make up kat toilet"

"Tapi Jira bukan jenis yang suka make up. Kalau dia keluar dengan hyung pun, dia just pakai bedak baby tu je" celah Chanyeol.

"Itu lah pasal hyung. Dia memang jarang sangat pakai make up. Dulu kalau dia pakai pun sebab Aunty So Eun yang suruh"

Chanyeol mengeluh. Betul ke ni Jira dia? Ke orang lain? Huh. Mustahil. Ni bukan drama indonesia yang boleh tertukar-tukar orang.

"Cuba hyung bawa dia pergi tempat yang korang dah pernah pergi?"

"Nak buat apa?"

"Hun curiga dengan 'Jira' yang sekarang sebab dia memang lain sangat-sangat. Hari tu dia ada macam 'menggatal' dengan Hun. Selalunya kalau dia manja dengan Hun pun, dia tak pernah pulak buat Hun ni macam suami dia"

Kepala Chanyeol berdenyut-denyut. Dia takut kalau firasat dia betul. Tapi mustahil. Amat mustahil. Kalau perangai Jira berubah untuk dua tiga minggu, dia boleh tahan lagi. Tapi dah dekat tiga bulan Jira macam ni. 300% lain!

"Hyung ada plan. I'm going to make sure sama ada dia wife hyung atau tak"

------------

"Jira. Jom balik rumah omma dulu then baru kita pergi beli barang?"

Dia berhenti pakai gincu. "Okay juga. Jira pun rindu dengan omma" balas Jira. Chanyeol buka almari kasut. "Eh, mana pergi semua sneakers Jira?"

"Erm. Jira dah tak suka pakai sneakers lah oppa. Jira nak pakai heels je. Kan lagi cantik? Nampak feminine sikit"

Chanyeol sekadar mengangguk. Dia ambik kasut dia. Jira dipadang dari atas ke bawah. Hand bag. Rambut dah tukar warna dari coklat ke warna perang. High heels. Dress dengan cardigan.

Dia teringat masa kali pertama dia dan Jira kemas rumah diorang.

"Almari ni penuh dengan sneakers je. Wardrobe pula banyak tshirt, sweater and jeans je. Cuba laa jadi feminine sikit" bebel Chanyeol.

"Eh biar lah. Yang nak pakai Jira ke Channie? Jira kan? Sibuk je. Lagipun pakai macam ni lah best. Selesa. Kasut tinggi-tinggi tu bukan style Jira. Tu style Hye In. Pakai dress bagai tu style Jimin, Hye In, Seul, Eun min, Tao lesi"

"Tak teringin ke nak ubah? Dari jeans and tshirt kepada dress?"

"Cukup lah time kahwin dulu Jira pakai dress. Rimas lah Channie. Kalau nak lari ke duduk ke susah".jawab Jira. Chanyeol gosok kepala isteri dia.

"Ye lah. As long as you stay by my side, Jira pakai costume badut pun still nampak cantik~" mereka berdua ketawa.

Chanyeol tersedar dari lamunan dia bila Jira lambaikan tangan depan mata dia. "Are you okay oppa?"

"Huh, I'm okay. Jom?"

Sepanjang perjalanan, Jira tak berhenti bergosip pasal orang tu, orang ni. Chanyeol rasa macam dia dengan Minyoung sekarang, bukan Jira.

"Jira rindu omma. Mesti omma pun rindu Jira kan?"

Chanyeol pandang Jira kemudian dia pandang jalan raya. Dia rasa tak sedap hati. "Betul ni Jira tak kisah kalau kita jumpa omma?"

"Ye oppa. I miss my mom"

Seperti biasa, Madam Choi menyambut mereka. "Selamat kembali Cik Muda" sambut wanita pertengahan usia itu. Jira terus berlalu dengan wajah angkuh.

"Bukan ke orang gaji patut iring majikan dia masuk? Kenapa tercegat je? Makan gaji buta je ke?"

Madam Choi terkejut. Dia bekerja dengan keluarga Song sejak sebelum Jira lahir. Dan sepanjang hampir 20 tahun ni, ini kali pertama Jira layan dia seperti bibik.

Chanyeol pula jangan cakap lah. Terus mati kata. Bisu terus. Jira berjalan lenggang-lenggok ke arah dia. Lengan dia dipeluk Jira. "Cepat lah iring kitorang. Tercegat apa lagi?" Herdik Jira.

Madam Choi mengiringi mereka ke bilik bacaan Puan So Eun."Omma!" Panggil Jira sebelum memeluk erat Puan So eun. Siap berlaga pipi.

"Oh, Jira. Chanyeol pun ada?"

Chanyeol sekadar tunduk hormat. "Omma sihat?" Soal Jira. Puan So Eun berkerut dahi. "I'm fine"

"Nak makan ke?" Tanya omma dia. Jira tersenyum manja. "Boleh juga". Puan So Eun mengarahkan pembantu dia sediakan makanan untuk mereka bertiga.

"Mana appa?"

"Macam biasa. Kat office"

"Oppa?"

"Kat office juga"

"Jira rindu omma"

Puan So eun pandang Jira dengan ekor mata dia. Kenapa lain sangat anak dia ni? Langsung tiada sindir-sindir? Jira buka cardigan dia.

"Jira boleh tahan sejuk ke?" Soal So Eun. Dia tahu Jira tak tahan sejuk. Kekadang orang tengah panas, Jira pula tengah mengeletar sejuk.

"Sejuk?  Panas ada lah omma"

Makanan mereka sampai. Chanyeol tahu makanan tu pedas. "Jira, nak tambah cili tak? Makanan ni tak pedas la"

"Boleh juga. Tak sedap lah kalau makan tak pedas"

Chanyeol senyum ada makna. Selesai makan, So Eun berbual dengan Jira. Chanyeol keluar dari bilik bila dapat panggilan telefon.

"Jira"

"Ya omma?"

"Kenapa bahu kiri Jira putih je, tak ada kesan lebam?"

"Huh? Kan bahu Jira memang tak ada apa-apa kesan omma"

"No. Bahu kiri Jira ada tanda lahir Jira. Kesan lembam tu tanda lahir Jira lah".

"Eh. Ye ke? Entah-entah oppa yang ada tanda lahir kat bahu. Omma tertukar kot?"

Puan So Eun cuma senyap. Tea dihirup. Chanyeol yang dengar perbualan diorang segera pegang tangan Jira.

"Omma, kami kena pergi dulu. Nanti kami datang lagi"

So Eun angguk kepala. Mereka berdua beredar. Jira diam. Radio kereta Chanyeol dihidupkan. Bosan.

Tak lama kemudian, mereka berdua sampai di depan studio tempat mereka biasa melepak.

"Kita nak buat apa kat sini?"

We Got Married?!Where stories live. Discover now