"Chorong!!!" Panggil Bomi. Chorong memandanh Bomi yang memanggilnya. Dia membuat muka 'Pergi kau dari sini'
"Bomi? Kau buat apa kat sini?" Tanya V pelik.
"V.... Ouhh.... Eheheh" Bomi perlahan-lahan berundur kebelakang. Chorong memandang belakang, V sedang tersenyum memandang Chorong.
"Chorong...." Panggil V manja. Dia membuat muka comel dia sambil bercekak pinggang.
"Kau buat apa kat sini?" Tanya V.
"Beli pencuci mukalah... Apa lagi" jawab Chorong.
"Kenapa? Muka kau berjerawat ke? Fuyooo.... Queenka kita ada jerawatlah kat muka. Habis jatuh maruah dia sebagai Queenka" ejek V masukkan tangannya ke dalam poket baju dia.
"Aku manusia memang ada jerawat" kata Chorong.
Kaki V melangkah dekat pada Chorong. Chorong berundur sedikit. Tangan V pergi kearah topeng muka Chorong. Dengan sepantas kilat. V menarik topeng muka Chorong sehingga terpampang jerawat comel Chorong.
"YAH!! Apa kau buat ni!!" Marah Chorong mengambil topeng muka dari V. V bermain Chorong dengan mengangkat topeng setinggi yang boleh supaua Chorong tidak boleh mencapai dan terpaksa menjengket.
"Kim Taehyung!!" Jerit Chorong namun tidak dipedulikan oleh V.
"Cuba tengok tu!!! Comelnya jerawat dia!!" Ejek V tersengih.
Chorong menahan marahnya. Dia sangat sensitif orang mengejeknya mempunyai jerawat. Air mata dia juga mahu jatuh tapi dia kena tahan dengan budak seekor ni. "Kim Taehyung!!" Marah Chorong.
V menjelir lidahnya.
"Chorong, kau nak nangis ke?" Tanya V risau melihat mata Chorong kemerahan. Chorong menutup matanya menggunakkan tangannya. V menunduk sedikit.
"Chorong, kau nak nangis ke?" Tanya V lagi.
Tiada jawapan.
V menelan air liur dia. Kini dia mencangkung memandang Chorong. Dia seperti seorang bapa memujuk anaknya. "Chorong, mian" kata V lembut.
V menarik tangan Chorong perlahan. "Chorong, Mian" pujuk V, dia menggoyangkan lengan Chorong perlahan. V tak sanggup melihat perempuan menangis di depan matanya.
"Chorong, Mian" pujuk V lagi.
Chorong melepaskan tangannya dari mukanya. Tak ada satu air mata pon jatuh ke muka. Chorong tersenyum sambil memandang V. Mata V tak kelip.
"Ni padahnya kalau ejek perempuan" Chorong mengepit hidung V dengan jari dia. Kepit dengan kuat sehingga merah.
"Adudududhhh!!!! Sakit!!" Rengek V.
"Adudu tak ada kat sini" makin kuat Chorong mengepitnya.
"Ampun, tuan puteri yang kejam!! Patik memohon ampun!! Malulah sikit kat supermarket ni!!" Rayu V. Chorong melepaskan tangannya.
V menggosok hidung dia yang merah. "Hebat jari kau, sakit betul hidung aku" V merajuk.
"Biar semua orang tahu kau ada jerawat, biar kau malu. Aku dah dimalukan depan orang ramai" V berkata dalam hati sudah mencarut menyumpah mengarut Chorong.
"Apa?! Chorong ada jerawat?!!" Jin entah dari mana datang terkejutkan Chorong dan V.
"Astaga!" V melatah.
"Hahahahahaa..... Chorong, ada jerawat!!!" Ejek Jin ditambah pula dengan ketawa dia seperti ahjumma.
"Kann.... Chorong kelakar ada jerawat" V juga mahu mengejek Chorong.
YOU ARE READING
✴Moonlight ✴ [Slow update]
FanfictionKisah pasangan yang terpisah Akhirnya mereka bertemu Tetapi mereka tidak saling mengenal Kerana satu kejadian Dimana bulan nampak semuanya. Ketika Bulan Mengambang, Ia berubah. Bulan Yang nampak semuanya. Kisah Pasangan yang comel dan kelakar antar...