Bab 15: Kiss? Nah...😑

119 18 0
                                    

"Jungkook apahal baju kau kotor sangat ni?"tanya V pada maknaenya. Jungkook memandang V.

"Tadi tolong cikgu tadi.... kucing dia larikan rumah"

"Lari rumah? Apa kena mengena dengan kau?"

"Begini ceritanya....selepas kita berjumpa dengan Queenka. Aku kena tolong cikgu apatah..  dia suruh ambil barang dari kereta dia. Bila cikgu buka pintu, ada benda berbulu keluar daripada kereta. Warna putih pula tu. Dia berlari panjat pokok. Aku pula terkejutlah. Rupa-rupanya tu kucing cikgu tu. Dia curi-curi masuk ke dalam kereta cikgu.....blah  blah"

V mula berangan. Semua cerita Jungkook dia buat tak endah. Dia pergi ke alam fantasinya.

Tetapi alam fantasinya terhenti apabila Jimin berjumpa dengannya. Dengan keadaan yang sesak nafas akibat berlari tadi . Jimin terus memberikan telefonnya.

"Jelaskan apa yang berlaku!"

Bebelan Jungkook terhenti. Dia melihat kandungan dalam telefon Jimin. Dia terkejut dengan gambar yang perlu dijelaskan oleh V.

'Ni bukan gambar dia ke?' Bisik hati V.

Terlihat pada skrin telefon Jimin. Hanyalah gambar Selfie Jimin. Tak kira dimana jua. Dalam restoren,kedai,kedai bunga dan juga gambarnya dalam tandas juga diambil.

"Comel?" V memberikan komen sambil mengangkag kening. Jimin menunjukkan reaksi yang pelik.

"Comel? Kau kata gambar tu comel? Kau patutnya jelaskan... apa yang ada dalam gambar tu dengan lebih detail!!!!" Marah Jimin.

V pelik dengan perangai Jimin yanv tetiba naik angin.

"Okayyy.... janganlah marah. Gambar ni.... kau comel sangat Jimin. Sampai aku tak boleh jelaskan. Senyuman kau.... comel betul . Tu je aku nak cakap.... puas hati?!" Kata V perlahan. Dia memberikan telefon Jimin pada Jimin semula.

Jimin mengangkat keningnya. Reaksi amat pelik dan terkejut. Dia mengambil telefonnya.

Mukanya merah seperti tomato. 

"Bukan gambar ni! Ni hah!"dia memberikan gambar yang viral.

V mengambil telefon pintar Jimin.
'Ni bukan gambar waktu tu aku tertidur ke dan hari yang sama aku masuk hospital. Siapa pula ambil gambar ni. Setahu aku tak ada orang'

Tiada sebarang reaksi yang ditunjukkan oleh V. Makin lama reaksi makin serius.

Jungkook disebelahnya lari kearah Jimin akibat takut dengan muka serius V.

"Dari mana kau dapat?!" Tanya V dalam nada serius.

Jimin dan Jungkook menelan air liur masing-masing. V sedar akan reaksi rakannya. Nampaknya dia tidak boleh kawal kemarahannya.

V menarik nafas lalu menghembuskannnya sebanyak 3 kali. Dia mula tersenyum kambing. Dia memberikan telefon pada Jimin.

"Aku dan dia ni memang dah rapat. Hihi...." bisik V pada telinga Jimin. V menipu. Dia menepuk bahu Jimin sebelum pergi meninggalkan Jimin dan Jungkook yang dalam kebingungan.

***
"Noona.."panggil Jinyoung. Chorong sedang menyiapkan kerja sekolah memandang Jinyoung yang tak lekang dengan telefonnya. Nampak macam serius.

"Apedia?"tanya Chorong.

"Ni noona kan?" Tanya Jinyoung lalu menunjukkan telefonnya pada Chorong. Chorong mengangkat kening tanda pelik.

Dia mengambil telefon Jinyoung lalu melihat kandungan dalam telefon Jinyoung. Chorong serius. .

"Sape ambik ni?" Tanya Chorong.

"Tak tahu"

***

✴Moonlight ✴ [Slow update]Where stories live. Discover now