Bab 17: Irene

170 17 1
                                    

"Perkenalkan ni jurulatih korang. Park Shin Jin. Dia diantara jurulatih yang paling bagus. Lagipun tahun sebelum ni..kita gunakan jurulatih yang sama setiap tahun. Dan hasilnya tahun lepas kita berjaya memenangi perlawanan pada peringkat kebangsaan

Aku kenalkan pula pemain tambahan kita. Ni Albert si lelaki berbaju merah. Ni Larry dan James. Dan yang terakhir Minho. Mereka akan menjadi pemain pasuka  korang. Sebernanya ada 2 orang lagi tapi tak dapat  hadir"

BTS mengangguk faham dengan penerangan Chorong. Malah mereka sudah mesra apabila bertemu untuk kali pertama.

"Kita dah mula ke?" Tanya Coach Park.

"Boleh"jerit satu pasukan.

"Disebabkan perlawanan kita akan bermula satu bulan lagi. Harini saya nak semua kukuhkan basic permainan bola sepak kita. Minggu kita akan start untuk melihat bakat korang untuk menentukan kedudukan korang dalam perlawanan nanti. Faham?" Kata Coach Park.

"Faham coach"

"Baiklah...kita boleh mula. Jungkook awak start dulu" coach Park memberikan bola kepada Jungkook.

Chorong duduk di tepi padang hanya melihag dari jauh. Dia sudah menyediakan air dan beberapa makanan untuk pasukannya.

Dia mula tersenyum apabila melihat BTS mula dengan sungguh baik. Malah, gerakan laju  Jungkook menyukarkan Chorong untuk melihat bola yang dibawanya.

Tak kurang hebat V,dia pandai mengawal bola dan Jhope pandai membawa bola dengan pantas.

Dalam keadaan dia asyik melihat pemainnya berlatih. Ada seseorang duduk sebelahnya. "Noona" tegur Jinyoung.

"Eh..jinyoung!" Chorong gembira adiknya datang sekali untuk menyokong kakaknya.

"Wah...baru hari pertama....mereka semua dah tunjuk belang ye" puji Jinyoung.

"Ya... tak sangka mereka sehebat ni" sokong Chorong.

"Noona...."panggil Jinyoung perlahan.

"Apedia?"tanya Chorong lalu memandang Jinyoung.

"Kitaorang dah hack group sekolah dan jumpa id orang yang post" kata Jinyoung. Chorong seakan terkejut.

"Cepatnya...korang hack" Puji Chorong kerana Youngjae dan Bambam melakukan perkara IT. Mereka memang pakar dalam bab2 IT.

"Tapi kitaorang tiada idea siapa orangnya. Sebab kami tak kenal siapa orangnya dan sukar sedikit untuk mencarinya. Mungkin salah seorang daripada korang dua tahu kot" kata Jinyoung.

"Kejap lagi Bambam datang...nanti dia tunjukkan"

"Tunggu V habis berlatih nanti kita cari siapa orangnya" kata Chorong. Muka Chorong serius.

Setelah 1 jam 30 minit berlatih, mereka akhirnya berhenti berlatih. Coach Park dan ahli pasukan lain sudah pulang ke rumah. Hanya tinggal BTS sahaja.

Mereka minum air yang disediakan oleh Chorong. Mengelap peluh yang banyak keluar daripada badan menyebabkan badan mereka melekit dan berbau.

Bambam juga sudah tiba ke destinasinya. Dia membuka laptopnya. "V...meh sini jap" panggil Chorong.

V datang dan duduk sebelah Bambam. "Kitaorang dah hack gp ni tapi susah nak track orang yang hantar. Sebab id orang ni tak ada sistem sekolah. Jadi aku nak tanya kau.... kau kenal dia ni?" Bambam menunjukkan id tersebut.

V melihat id tersebut. Tiada satu  maklumat yang boleh membantunya. "Kosong je id ni" kata V.

"Kosong kan? Macam dia dah tutup akaun ni. Jadi kitaorang cari akaun yang berkaitan dengan id ni. Dan kitaorang jumpa satu id. Dia dari sekolah lain. Kalau tanya Chorong...dia tak kenal,jadi mungkin kau kenal dia" kata Bambam memberi id yang dijumpainya.

✴Moonlight ✴ [Slow update]Where stories live. Discover now