"Wei, periksa akhir tahun dan nak sampai, kau dah bersedia ke belum?" tanya Youri. Taesil yang sedang menyuap nasi berhenti. Taesil masih mengangakan mulutnya tetapi sudu tu tak masuk lagi. Soalan tu memang dia malas nak jawab. Periksa je mesti dia akan mental breakdown sebab kenyataannya dia tetap akan dapat nombor terakhir jugak. Taesil buat tak kisah dan terus sambung makan.
"Belum" jawab Taesil sepatah.
"Belum? Periksa tu bulan depan je kot" Youri memandang Taesil yang sedang menguyah makanannya.
"Ala, bulan depankan. Lambat lagi"
"Lambat lah sangat. Waktu-waktu macam ni lah ramai pelajar-pelajar yang lain belajar bersungguh-sunggu tapi kau-"
Loceng tanda rehat dah habis berbunyi. Taesil sumbat suapan terakhir ke dalam mulutnya dengan cepat dan mencapai air kotak yang di beli tadi lalu terus bangun, malas nak dengar bebelan Youri.
"Youri, rehat dah habis. Jom masuk kelas" Taesil jalan pergi meninggalkan Youri yang mengeluh melihat dirinya.
--------
"Saya dah balik" Taesil lalu ruang tamu untuk pergi ke tangga yang berada di depannya menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas tetapi belum sempat kaki Taesil pijak anak tangga yang pertama dia terdengar ommanya yang memanggil dia dari ruang tamu yang berada di sebelah kirinya.
"Deh omma?" Taesil bergerak mendekati ommanya yang sedang duduk di atas sofa.
"Care to explain?" omma Taesil mengangkat sehelai kertas yang berwarna putih. Taesil cuba melihat isi kertas itu.
"Apa benda tu?" Taesil kaku apabila dia mengenali kertas apakah itu. Matanya membesar. Mulutnya sedikit terbuka 0o0.
"I-i-i-ni ke?" Omma Taesil bangun dari duduknya dan berdiri di hadapan Taesil sambil menunjukkan kertas tu di hadapan Taesil.
"Deh! Igeon! Markah periksa kamu yang sebelum ni. Kamu tak beritahu tahu pun yang kamu periksa. Sekarang omma tau kenapa. Ni apa? Matematik 15%? Sains 19%? Sejarah 11%?! What is this?!! Ini markah peperiksaan kamu?!! 15, 19 dan 11?!"
"Omma~" Taesil membuat suara manjanya.
"Apa omma omma. Keputusan teruk macam ni. Aigoo~ Kamu belajar ke tak?"
"Mestilah"
"Kalau belajar kenapa dapat markah rendah? Ini bukan kali pertama. Dah banyak kali kamu dapat markah rendah. Aigoo~ Aigoo~ Apalah nak jadi dengan kamu ni" Taesil hanya menunduk.
"Kalaulah kamu macam anak jiran kita tu. Dah lah handsome, sopan, bijak lagi. Dia selalu dapat nombor satu dalam peperiksaan, tak macam kamu, nombor 300? Kedudukan yang terakhir! Aigoo~ Malu omma dengan puan Oh. Aigoo~ Kalau berharap yang kamu ni macam Sehunnie memang tak kan menjadi kenyataan lah. Aigoo~" Omma berlalu meninggalkan Taesil pergi ke dapur sambil mengurut kepalanya. Taesil masih kaku berdiri di tempatnya.
'Sehun? Sehunnie?! Sehunnie nugunya? (Siapa Sehunnie?) Aigoo~ Aigoo~' Taesil masuk ke dalam biliknya.
Pukul 8:00 malam pun tiba. Taesil turun bawah untuk makan malam. Di dapur sudah ada omma dengan appanya. Taesil mengambil tempat duduk iaitu di hadapan appanya. Omma Taesil memberi semangkuk nasi panas dekat Taesil lalu duduk di sebelah appa Taesil. Sesi makan-makan pun bermula.
"Yeobo" Omma Taesil memulakan perbualan.
"Hmm" Appa Taesil mencapai sayur yang berada di hadapannya.
"Yeobo kenalkan keluarga Oh?"
"Keluarga Oh? Ah~ Mestilah kenal. Dia kawan saya. Kenapa dengan mereka?" Appa Taesil tersenyum dan menyuap makanan ke dalam mulutnya.
"Awak tau anak mereka tu, Sehun. Sehunnie..." Appa Taesil mengangguk.
"... Periksa pertengahan tahun dia dapat nombor satu dekat sekolah. Bijakkan. Yelah, mesti susah sebab dia kena menandingi markah pelajar-pelajar yang lain. Bukan sikit tapi banyak. 300 pelajar tapi dia masih boleh dapat nombor satu. Markah dia semua tinggi-tinggi. Saya dengar peperiksaan yang sebelum ni pun dia sentiasa dapat nombor satu. Dah lah pandai, kacak lagi..." sedang Omma dia bercakap pasal Sehun, telinga dia dah berasap-asap dah. Walaupun dia tak menyampuk apa yang omma dia komen pasal Sehun tapi dalam hati dia menyumpah seranah budak lelaki yang bernama Sehun tu.
'Sehun, Sehun, Sehun. Tak habis-habis dengan Sehun. "Sehunnie tu bijak, kacak, selalu dapat nombor satu dekat sekolah, tak macam anak kita ni asyik dapat nombor terakhir je" Argh! Geram aku dengan budak lelaki yang bernama Sehun tu. Pandai sangat ke budak tu? Entah-entah omma silap orang. Kacak sangat ke dia tu? Entah-entah tak handsome mana pun. Yelah taste omma tu lain dari aku. Huh! Aku pasti dia tak handsome mana pun. Hish, tak guna punya Sehun, sebabkan kau lah sekarang omma dah tak sayangkan aku lagi. Daripada tadi cakap pasal kau je. Sehun sana, Sehun sini, huh! Mulai hari ni, saat ni, bulan ni! Kau!! Lelaki yang bernama Oh Se Hun!!! Officially become my Enemy!! You're My ENEMY!!!' Taesil menjerit dalam hatinya.
YOU ARE READING
You're My Enemy
Fanfiction"Siapa Sehun tu? Dari pagi sampai ke malam Sehun, Sehun, Sehun. Benci lah. Sehun sana, Sehun sini. Sehun pandai, Sehun baik, Sehun handsome. Huh! Sakit telinga mendengar" - Eunji "Keputusan kamu ni tak pernah menaik, menurun je. Apa yang kamu belaja...