"Kau dengar tak apa yang aku cakap? Omma aku tu tak habis-habis membebel pasal Sehun. Aku nak tengok tv semalam pun terdengar nama dia. Omma aku tu bercakap dalam telefon dengan kawan dia pastu cakap lagi nama Sehun. Hilang selera aku nak tengok drama kegemaran aku. Bagus sangat ke budak tu?" Taesil mengusutkan rambutnya dengan perasaan yang geram.
"Aku dengar. Dari kau datang sekolah tadi aku kena dengar kau membebel tak habis-habis. Kau pun sama je macam omma kau, bebel pasal Sehun jugak" Youri menyuap roti ke dalam mulutnya.
"Ni lain. Aku tak puji pun si Sehun tu. Ish, aku frust-strated tau. Aku benci dengan budak tu. Argh!" rambut dia yang kusut tu dibiarkan. Youri pandang Taesil yang sedang mencebik.
"Kalau macam tu, cuba kau kalahkan dia dalam periksa akhir tahun nanti" Taesil pandang Youri.
"Eh?" Kalahkan? Kalau kalahkan dia dalam periksa maksudnya...
"Sehun kan selalu dapat nombor 1 jadi apa kata kau cuba kalahkan dia dalam periksa mesti omma kau bangga dan takkan cakap pasal Sehun lagi. Dia akan puji kau je" Youri menghirup air kotaknya.
"Nombor 1? Hmm... Kalau aku dapat nombor 1 mesti omma akan suka dan takkan sebut nama Sehun lagi dah. Ye... Nombor 1... Singkirkan Sehun... Hehe... Tak ada Sehun... Huhu... Hahahaha" Taesil buat muka jahat dan ketawa macam orang jahat. Youri pandang Taesil pelik. Taesil masih lagi ketawa.
"Kau tau yang aku bergurau je kan?" tanya Youri. Taesil berhenti ketawa.
"Gurau?"
"Yelah, kau tu mana mungkin dapat kalahkan Sehun. Kalau nak kalahkan dia dalam periksa kau kena belajar bersungguh-sungguh. Bukan macam sekarang satu buku pun kau tak pegang"
"Kau tak perlu risaulah, Youri. Kalau pasal belajar ni senang je" Taesil tersenyum sinis.
"Aku tak risau pun sebab aku pasti kau takkan berjaya pun. Yelah, kau kan puteri nombor terakhir" Youri minum air kotaknya lagi.
"Baguslah kau tak risau. Bagi kau, kau pasti yang aku tak berjaya tapi bagi aku, aku amat pasti dan yakin yang aku akan berjaya mengalahkan dia. Lagipun, aku sebenarnya bukan tak pandai. Aku pandai tau, cuma aku malas nak belajar je" Youri tersedak. Taesil jeling dekat Youri yang batuk tambah ketawa.
"Kau? Kau pandai? Hahaha" Youri ketawa dengan kuat sebab kata-kata Taesil tadi tapi lepas ketawa dia batuk balik.
"Yah! Kau tak percaya cakap aku kan?! Yah! Apa yang aku cakap tu betullah. Yah!!" tangan kanan Youri memegang lehernya sebab dia rasa sakit akibat tersedak tadi (tapi masih ketawa) manakala tangan kirinya memegang air kotak yang dia rasa hampir terjatuh. Tekaknya rasa sakit tetapi dia masih ketawa. Taesil dah mencebik melihat Youri yang macam tak dapat nak berhenti ketawa.
------
DazzlBila balik dari rumah hari ni, benda pertama yang dia dengar adalah nama 'Sehun'. Omma dia sedang bercakap dengan seseorang (yang dia tak nak ambil tahu siapa) melalui telefon bimbitnya. Terdengar je nama Sehun, Taesil lalu ruang tamu sambil kedua-dua tangannya menutup telinganya dan menutup mata.
Dia jalan ke depan tanpa buka mata lepas tu dia terasa jari kaki kanannya sakit sebab terlanggar anak tangga. Taesil terus buka matanya. Dia terloncat-loncat di depan tangga sambil mulutnya terkumat-kamit bercakap dalam bahasa yang dia tak tahu lah apa. Omma Taesil yang nak bercakap terhenti sebab terpandang Taesil yang terloncat-loncat tu.
"Apa kena dengan budak tu?" omma Taesil berkata perlahan.
Taesil menghempas pintu biliknya dan mencampak beg sekolahnya di atas katil. Taesil mengusutkan rambutnya, lagi. Dia baring atas lantai pastu bergolek-golek atas lantai. Dia ke kiri dan ke kanan sambut menyebut 'Aku benci kau Sehun. Aku benci kau' Selepas penat bergolek di atas lantai, Taesil duduk secara mendadak. Dia pandang pintu bilik yang ada di hadapannya. Rambut dia kusut, serabai dan kembang. Macam orang baru bangun tidur. Tiba-tiba pintu biliknya terbuka.
Appa dia nak masuk tapi terjerit apabila ternampak keadaan Taesil. Taesil pandang appanya.
"AHHH!! HANTU!!" pintu biliknya di tutup dengan kuat. Taesil masih tak bergerak. Dia rasa pelik. Kenapa appa dia kata hantu. Taesil tengok kiri dan kanan. Hanya ada dia sahaja. Tiba-tiba Taesil rasa bulu romanya meremang. Taesil terus bangun. Bilik dia senyap je. Taesil pusing kiri perlahan-lahan.
"AHHH!!" Dia terjerit apabila melihat cermin. Dush! Taesil pengsan.
------
Taesil meregangkan badannya. Youri baru masuk dalam kelas dan duduk di sebelahnya.
"Kau kenapa?" tanya Youri.
"Aku sakit belakang sebab semalam aku tidur atas lantai" Youri angguk kepala. Dia tukar dari pengsan jadi tidur sebab kalau dia cerita dekat Youri pasal semalam mesti Youri akan ketawakannya lagi. Cis, hantu tu dia rupanya!
"Youri-ah"
"Hmm..." Youri sedang membaca buku sejarah.
"Aku... Aku sebenarnya... Aku sebenarnya tertanya-tanya..." Youri masih tak pandang Taesil sebab dia sedang membaca tetapi telinganya sentiasa terbuka untuk mendengar kata-kata Taesil.
"...Sehun tu... Sehun tu... Siapa Sehun tu? Walaupun omma selalu cakap pasal dia tapi aku tak tau pun macam mana rupa dia yang sebenarnya. Betul ke dia kacak dan selalu dapat nombor 1?" Youri terus pandang Taesil dengan pandangan tak percaya.
"Kau tak tau? Kau tak kenal?" Taesil angguk kepalanya.
"Semua orang dekat sekolah ni kenal dia. Yelah, dia kan pandai, kacak. Ramai budak perempuan minat dekat dia"
"Minat? Huh! Whatever. Kau tunjukkan aku siapa Sehun tu. Aku kena kenal rupa paras musuh aku sendiri. Kalau tak macam nak kalahkan dia"
"Kau nak jumpa dia?" pantas Taesil menggeleng. Cukuplah sekadar dia dan Youri je yang tau pasal permainan dia ni.
"Tak nak jumpa. Aku nak tau rupa dia je"
"Kalau macam tu, jom" Youri menarik tangan Taesil dan berlari keluar dari kelas. Selepas beberapa minit berlari, Youri ingin belok ke kiri tetapi terus dia kebelakang semula apabila ternampak sesuatu. Taesil yang berada di belakang Youri terlanggar bahu Youri sebab dia tak sempat nak break. Sakit hidung Taesil. Belum sempat Taesil kata apa-apa Youri sudah menyuruh dia diam.
"Shush! Sehun ada dekat sana. Cuba kau tengok" Taesil keluarkan kepalanya sedikit tetapi badannya masih dilindungi oleh dinding.
"Yang mana satu? Dekat sana ada banyak lelaki lah" bisik Taesil. Youri pun keluarkan kepalanya sedikit.
"Sehun yang berambut blond tu. Dia pegang buku dan bersandar dekat tingkap" Taesil memandang budak lelaki yang berambut blond yang Youri kata Sehun. Sehun nampak cool bila dia baca buku sambil bersandar dekat dinding.
'Hmm... Boleh tahan kacak lah. Tapi dia bukan taste aku lah. Apa-apa pun, kau tetap musuh aku. I'll remem-' Taesil rasa macam jantung dia nak berhenti berdegup apabila nampak Sehun macam nak pandang ke arahnya jadi dia dan Youri (yang sedar Sehun nak pandang arah mereka) terus bersembunyi di balik dinding. Nasib baik Sehun tak nampak mereka berdua kalau tak mesti Sehun akan nampak muka Taesil dan akan menganggap yang Taesil tu pun sebahagian dari peminat dia dan perkara itu Taesil memang tak nak terjadi. Langsung!
Loceng kelas bermula pun berbunyi...
'I'll remember you, my enemy. Hehe' kata hati Taesil sambil dia tersenyum. Entah mengapa dia rasa bersemangat nak mengalahkan Sehun pulak. Hatinya masih berdegup dengan laju.
YOU ARE READING
You're My Enemy
Fanfiction"Siapa Sehun tu? Dari pagi sampai ke malam Sehun, Sehun, Sehun. Benci lah. Sehun sana, Sehun sini. Sehun pandai, Sehun baik, Sehun handsome. Huh! Sakit telinga mendengar" - Eunji "Keputusan kamu ni tak pernah menaik, menurun je. Apa yang kamu belaja...