Seperti biasa, Taesil bangun pagi dan bersiap-siap untuk pergi ke sekolah. Taesil membuka lokernya yang berada di luar kelas (bukan dalam kelas) untuk mengambil buku yang dia tertinggal. Apabila dia menutup pintu loker, dia tengok ada seseorang tersenyum sinis di sebelah kanannya. Di kepalanya berbalut dengan kain berwarna putih menandakan yang ada luka di kepala.
"Huh!" Taesil mendengus kasar. Rasa jelik pulak melihat muka musuh dia pada pagi-pagi ni sekali gus menghancurkan mood happy dia bila datang sekolah tadi.
Siapa lagi kalau bukan Yoo In Na. Kes semalam telah membuatkan nama musuh dia bertambah lagi satu. Bagus Taesil. Memang bagus. Taesil nak berlalu pergi tetapi Inna cepat mencapai lengan Taesil dan menolak Taesil kasar ke loker semula. Taesil mengaduh kesakitan. Kuatnya cengkaman budak ni. Inna masih tak lepaskan cengkamannya pada lengan kiri Taesil malah dia makin kuatkan cengkamannya.
"Kau nak pergi mana? Kita belum selesai lagi" kata Inna sambil memandang Taesil. Ketinggian Inna tinggi sikit dari Taesil. Taesil 163cm rasanya Inna mungkin 166-167cm je.
"Kau nak apa lagi? Dah miskin sangat ke? Apa? Nak minta duit dekat aku?" Taesil membalas renungan Inna. Inna menekan lagi cengkamannya.
"Kau dengar sini, eh. Aku tak miskin pun lah. Aku ada banyak duit. Apa yang aku mintak mesti aku dapat. Walau dengan apa cara sekali pun. Tak macam kau, miskin dan hodoh pulak tu. Huh! Ada hati nak mendekati hak milik orang lain" Taesil malas nak menjawab.
'Bila masa pulak aku mendekati hak milik orang lain? Dan, aku tak miskin pun lah. Walaupun tak kaya macam jutawan Korea tu tapi kira baguslah yang aku boleh hidup dengan cara yang baik. Tak macam orang kaya macam kau. Guna duit sewenang-wenangnya. Gila!' Taesil fikir nak je dia balas guna ayat tu tapi lebih dia diam je mungkin budak ni takkan ganggu dia lagi.
"Aku nak berterima kasih dekat kau sebab buat kepala aku macam ni. Heh. Sebabkan kau lah hubungan aku dengan Sehun yang menjauh makin rapat semula" Inna menunjukkan kepalanya yang berbalut sambil tersenyum sinis. Kawasan loker itu kosong je. Hanya ada Taesil dengan Inna sahaja. Berterima kasih?
"Tak payahlah kau nak berterima kasih sangat dengan benda yang aku tak pernah buat. Membazir masa aku je" Taesil menarik tangan kirinya sekuat hati dari cengkaman Inna.
Belum sempat Taesil nak beredar, Inna menarik rambut Taesil yang tidak berikat tu lalu Taesil mengaduh kesakitan. Buku yang dia pegang terlepas dari pegangan. Taesil terjatuh ke lantai.
"Aku bagi warning dekat kau. Jauhi Sehun aku. Aku rasa menyampah bila nampak kau tengok Sehun aku. Menyakitkan mata je" Taesil rasa hatinya bergelodak dengan api kemarahan.
Kenapalah bila terserempak dengan dua musuh dia ni mesti suhu badan dia akan naik. Taesil memegang kepalanya yang berdenyut-denyut. Inna pusing untuk pergi tetapi Taesil dengan kemarahannya yang membuak-buak menyandung kaki Inna dan menyebabkan Inna jatuh ke lantai. Taesil mula bangun.
"Kau ingat aku kisah dengan warning kau tu? Tak! Langsung tak! So get away from me dan jangan sesekali kau mengganggu hidup aku lagi. Don't mess with me! Aku boleh je menghancurkan hidup kau kalau kau mengganggu hidup aku lagi. Kau faham tak?!!" Inna terkejut melihat Taesil yang mengamuk tu.
'Baru kau sedar yang aku ni lebih menakutkan daripada apa yang kau tau. Kau ingat aku kisah dengan warning kau tu? Tak mungkin aku akan kisah! Huh'
"Apa benda yang terjadi ni?" suara seseorang menyapa telinga Taesil. Pandangan Taesil yang melihat Inna yang terduduk di atas lantai terus memandang depan. Sesusuk tubuh yang sangat dia kenali. Aish!
'Aku rasa aku dapat mengagak apa yang akan terjadi lepas ni' Melihat dua orang ni membuatkan amarah yang dia rasa ni makin bertambah. Mata Taesil merenung mata orang yang mendekati dia dan Inna. Taesil meniup rambut depannya. Fuhhh!
YOU ARE READING
You're My Enemy
Fanfiction"Siapa Sehun tu? Dari pagi sampai ke malam Sehun, Sehun, Sehun. Benci lah. Sehun sana, Sehun sini. Sehun pandai, Sehun baik, Sehun handsome. Huh! Sakit telinga mendengar" - Eunji "Keputusan kamu ni tak pernah menaik, menurun je. Apa yang kamu belaja...