Part 22

372 23 0
                                    

Beberapa minit sebelum ni...
Sehun masih lagi keliru. Dia tak dapat tanya Inna apa yang terbuku dalam fikirannya kerana Inna tak datang bersama dengannya tadi jadi dia buat keputusan untuk berjumpa dengan Luhan. Belum sempat dia nak pergi ke kelas Luhan, Luhan dah melalui kelasnya. Sehun terus mendekati Luhan.
"Luhan... Aku.. Aku sebenarnya nak tanya pasal hal tu" Luhan hanya pandang Sehun tanpa berkata apa-apa. Dia baru balik dari bilik kesihatan. Dia ingat lepas luka dia dah dirawat, dia boleh balik ke kelas semula tetapi cikgu yang merawatnya suruh dia berehat pulak. Jadi dia tidur sampai dia sedar waktu rehat dah tiba.
"L-luka kau macam mana?" tanya Sehun gagap. Luhan pandang tempat lain.
"Dah ok" Sehun angguk.
"Tak sangka Kai tumbuk kau pagi tadi" Busted! Yang tumbuk Luhan bukan Sehun tapi Kai. Waktu datang sekolah tadi mereka 12 orang datang bersama-sama.
Flashback
"Luhan, apa yang terjadi sebenarnya?" tanya Tao.
"Kau orang tanyalah perempuan tak guna tu. Kau orang percayakan dia lebih dari aku kan? Dia lah penyebab kita jadi macam ni. Tak guna punya pe-"
"Perempuan tak guna? Siapa?" tanya Baekhyun.
"Dia? Aish, perempuan tak guna tu, Inna lah. Aku tak tau lah apa motif dia bu-" Sehun rasa marah. Dia hanya diam mendengar Luhan bercakap tapi bila Luhan cakap Inna perempuan tak guna. Ish. Belum sempat Sehun buat-buat apa-apa, Kai dah meluru ke arah Luhan dan menumbuknya.Kris, Tao, Chanyeol menahan Kai dari mendekati Luhan. Xiumin mendekati Luhan yang terjatuh disebabkan tumbukan Kai.
"Siapa tak guna? Kau ke Inna? Aku rasa kau yang tak guna. Kau buat Inna menangis!" marah Kai. Tengok, cakap pasal Inna je dah buat mereka bergaduh
End flashback
Sehun ingin membuka mulut untuk bertanya tapi terdiam apabila terdengar perbualan sekumpulan pelajar lelaki dari kelasnya.
"Banyak duit yang kau dapat?" Lelaki yang menghantar surat dekat Inna tadi tersengih sambil mengira duitnya.
"Mana kau dapat?"
"Tadi, Inna suruh hantar surat dekat Taesil jadi aku minta lah upah untuk menghantar surat tu. Tak sangka dia bagi banyak ni. Kaya gila dia" dia menyimpan semula duit tadi didalam poketnya.
"Surat? Surat apa?"
"Entah, dia suruh hantar dekat Taesil je"
"Kau tak rasa macam... dia orang... bergaduh ke?"
"Gaduh?"
"Aish, tak mungkin lah"
"Mungkin Inna nak berbincang dengan Taesil je kot. Yelah, Inna tu kan budak baik, takkan lah dia nak bergaduh dengan Taesil pulak. Kalau dia orang bergaduh mungkin Taesil yang mulakan dulu" Luhan terus menangkap koler uniform lelaki yang bercakap tadi. Lelaki itu agak terkejut.
"Lu-Lu-Luhan"
"Mana dia orang?" tanya Luhan marah.
"Ap-ap-apa?"
"Mana Inna dengan Taesil?!" Luhan hampir jerit dengan kuat.
"Ke-ke-kelas 7B" Luhan terus melepaskan koler dia dan pergi ke bangunan satu lagi dimana terletaknya kelas 7B. Sehun juga turut ikut sama. Mereka berada di bangunan kelas 7B. Nafas mereka tercungap-cungap. Luhan rasa tak sedap hati. Tiba-tiba mereka terdengar jeritan seseorang.
"TOLONG!! TOLONG SAYA!! TOLONG!! SESIAPA TOLONG SAYA!! ADA ORANG NAK BUNUH SAYA!! TOLONG!! CHOI TAE SIL NAK BUNUH SAYA!!" Sehun terus naik tangga. Luhan berada di belakang. Sehun menendang pintu kelas 7B dengan kuat dan terlihat Taesil hampir menumbuk Inna... 
"Inna!" jerit Sehun. Dia terus meluru ke arah mereka dan menolak Taesil ke tepi. Inna pengsan. Taesil rasa sakit sebab Sehun menolaknya dengan kuat. Luhan mendekati Taesil.
"Yah! Inna! Sedarlah! Jangan pengsan lagi!" Sehun menepuk lembut pipi Inna tapi masih tiada reaksi. Taesil rasa tak percaya.
"Yah! Yoo In Na. Berhentilah buat benda ni! Jangan pura-pura lagi lah! Aku akan pastikan kau sendiri yang tertangkap dengan apa yang kau buat. Aku akan buktikan yang aku tak bersalah. Auw! Uhukk!" Taesil memegang perutnya yang terasa senak sebabkan sepakan dan tendangan Inna tadi. Sehun memberi pandangan maut dekat Taesil. Luhan mendekati Inna manakala Sehun mendekati Taesil yang duduk bersandar di dinding.
"Kau kata kau tak bersalah?!" Taesil pandang Sehun.
"Sehun-ah!"
"Tak bersalah apa?! Kau hampir bunuh Inna! Aku baru je nak cuba percayakan kau tapi dengan keadaan sekarang ni... Aku rasa aku tak patut percayakan kau lagi dah" Taesil memandang mata Sehun. Dia ingin beritahu perkara sebenar dekat Sehun. Dia takkan benarkan Sehun terperangkap antara kebenaran dan penipuan lagi. Air mata Taesil mengalir bercampur dengan darah yang menitis dari kepalanya.
"Sehun. Oh Se Hun. Ini semua perangkap. Inna sendiri yang pasang perangkap ni untuk perangkap aku. Inna yang suruh aku datang sini" Taesil cuba untuk menyentuh Sehun tetapi tangan Sehun menepis tangan Taesil. Sehun rasa dia dikianati. 
"Aku tak rasa Inna panggil kau untuk bergaduh. Kau yang mulakan pergaduhan ni dan kau kata tak bersalah?" Taesil rasa sakit. Sakit sangat. Hatinya, badannya, semuanya sakit.
"Aku takkan percayakan kau lagi selepas apa yang kau dah buat dekat Inna" Luhan yang baru lepas menelefon exo yang lain untuk datang ke bangunan kelas 7B dengan cepat, rasa marah dekat Sehun. Luhan terus menangkap koler Sehun dan menumbuknya Sehun.
"Luhan!" Tiba-tiba datang ahli exo yang lain. Mereka pisahkan Luhan dan Sehun yang sedang bertumbuk. Xiumin mendekati Taesil. Masing-masing, muka Luhan dan Sehun lebam. Sehun lepaskan diri dari pegangan Tao dan Kai dan memberi pandangan maut dekat Luhan lalu pergi ke arah Inna yang terbaring di atas lantai.
"Aku benci kau, Taesil sebab dah buat hidup aku dan Inna macam ni" kata Sehun tanpa melihat Taesil yang sedang menangis di belakangnya. Diluar kelas 7B, ada banyak pelajar berkumpul melihat kejadian itu.
"S-Se-Sehun" Sehun mengangkat Inna, bride stail dan pergi ke arah pintu. Xiumin mengelap muka Taesil yang berdarah dengan sapu tangan.
"Yah! Yoo In Na! Aku tau kau boleh dengar! Aku akan pastikan hidup kau merana sebab kau dah hancurkan hidup orang lain! Kau dah hancurkan persahabatan dia orang! Aku takkan benarkan rancangan kau berjaya! Tak akan! Orang yang akan hancurkan rancangan kau adalah aku! Ah!" Taesil memegang perutnya, sakitnya. Dia tak kisah kalau orang lain tersilap tafsir kata-katanya. Inna mesti tau apa maksud kata-katanya. Kepalanya mula berpusing-pusing. Dia rasa tenaga dia dah tinggal 1%, dunia dia mulai gelap.
"Yah! Yah!" Xiumin menangkap Taesil sebelum dia jatuh ke lantai. Luhan pergi ke arah Taesil. Sehun yang berhenti sebab ingin mendengar kata-kata Taesil pusing belakang sekejap untuk melihat Taesil yang dipegang oleh Xiumin dengan matanya tertutup. Dia rasa macam kakinya ingin pergi ke arah Taesil. 
Ada rasa sedikit risau di dalam hatinya melihat Taesil sebegitu. Badannya seperti menyuruhnya memeluk Taesil tetapi apabila dia teringat tentang apa yang terjadi sekarang ni, dia terus pusing depan semula dan keluar dari kelas. Pelajar lain memberi laluan. Youri yang baru datang masuk ke dalam kelas itu mendekati Taesil dengan muka terkejut. Kris menepuk bahu Suho dan D.O.
"Yang tu baru pengsan yang sebenar" kata Kris dan mendekati Taesil yang diangkat bride stail oleh Luhan. Suho dan D.O pandang satu sama lain dan menjongket bahu. Tao baru masuk ke dalam kelas melihat sekeliling.
"Apa yang terjadi ni?! Yah! Choi Tae Sil, kenapa kau pukul Inna" tanya Tao. Kris pandang Tao.
"Kau ingat dia boleh jawab ke? Dia dah pengsanlah. Lagipun Inna pun pukul dia mungkin Ina sepak perut dia sebab perut dia nampak sakit" kata Kris.
"Sepak? Di perut?" tanya Tao tak percaya. Kai mencemuh kata-kata Kris.
"Entah-entah Inna buat macam tu sebab nak mempertahankan dirinya. Entah-entah Taesil yang mulakan dulu" kata Kai.
"Kalau kau orang nak tau jawapannya kena tanya Taesil bila dia dah bangun nanti" kata Kris. Youri sudah mengikuti Luhan yang membawa Taesil keluar dari kelas.
"Kenapa Taesil? Macam mana kalau dia reka cerita?" tanya Kai tak puas hati. Xiumin menepuk bahu Kai. Kai pandang Xiumin.
"Belajarlah untuk menerima kenyataan. Aku, Kris dengan Luhan dah bagi banyak petunjuk, dulu" muka Tao, Kai, Chanyeol, Baekhyun, Chen blur. Suho dan D.O dah mendekati Kris untuk membincangkan sesuatu. Lay mendekati meja yang ada di situ dan mengambil sesuatu yang berada di laci meja itu.
"Dekat sini rupanya ia" Dia melihat benda itu sambil tersenyum gembira dan menyimpan ia di dalam poket uniformnya. 
"Lay, jom pergi. Luhan dengan Taesil bersama Youri ada dekat hospital" Xiumin mendekati Lay dan menarik Lay keluar dari kelas itu.

You're My EnemyWhere stories live. Discover now