Part 23

424 26 1
                                    

Taesil membuka matanya. Mula-mula dia tak rasa apa-apa. Dia melihat sekeliling dengan mata yang kabur. Beberapa saat lepas mengelipkan mata banyak kali baru Taesil dapat melihat dengan jelas.
5, 4, 3, 2, 1!!
"Auch! Taesil bangun secara mendadak. Dia rasa sakit-sakit di bahagian perut, pinggang dan wajahnya, mesti akibat dari pergaduhan dia dengan Inna tadi. Sikunya yang di balut dengan kain putih itu diperhatikan. Seseorang masuk ke dalam biliknya. Mesti dia terdengar jeritan kecilnya tadi. Taesil memegang kepalanya yang terasa dibalut.
"Saya dekat mana ni?" Lelaki yang baru masuk tadi duduk di kerusi yang berada di sebelah katil Taesil.
"Hospital. Dah dekat 12 jam awak pengsan" Taesil melihat lelaki yang berada di sebelahnya dengan muka keliru.
"Pengsan?" lelaki itu memandangnya dengan muka risau.
"Ya, awak pengsan. Awak bergaduh dengan Inna waktu rehat dekat sekolah tadi" ketika dia berkata sebegitu, ada 2 orang lelaki masuk ke dalam wadnya. Taesil dan lelaki itu memandang mereka. Taesil memandang 2 orang lelaki itu dan lelaki yang berada di sebelahnya bersilih ganti.
"Awak... Awak bertiga ni siapa?" lelaki yang tengah duduk tu cuba bangun untuk dekati 2 orang lelaki tadi tersepak kaki katil Taesil dan terjatuh akibat terkejut mendengar kata-kata Taesil.
2 orang lelaki tadi pun terkejut. Seorang tinggi dan seorang lagi pendek. Lelaki yang terjatuh tadi terus mendekati Taesil. Ketika itu seorang perempuan yang memakai baju sekolah yang sama lenca dengan 3 orang lelaki tadi masuk ke dalam wadnya.
"Yah! Taesil, awak tak ingat saya lagi ke?" lelaki itu memegang kedua-dua bahu Taesil. Taesil agak terkejut dengan reaksi lelaki itu.
"Apa? Tak ingat? Taesil hilang ingatan ke?" perempuan itu menolak 2 orang lelaki tadi yang menghalang jalannya, ke tepi dan mendekati katil Taesil. Mereka berdua hampir terjatuh.
"Kau dah hilang ingatan ke? Ah! Tak mungkin! Kalau macam ni, macam nak bagitau perkara sebenar dekat dia orang?!" perempuan itu hampir menjerit tetapi budak lelaki yang pendek dan mata besar itu terus menutup mulutnya. Perempuan itu kalut.
Taesil pula terus memandang mata lelaki yang masih memegang bahunya. Matanya menunjukkan yang dia takut, risau dan marah. Kenapa?
"Taesil-ah, awak tak ingat saya lagi ke? Saya Luhan. Saya... kawan awak... Awak tak ingat lagi ke?" keadaan sunyi dan serius sekarang ini. Perempuan tadi turut berhenti bergerak tetapi lelaki yang pendek tadi masih menutup mulutnya.
"Saya..." Taesil melihat tempat lain. Dan...


Semua rasa berdebar-debar untuk mengetahui perkara yang sebenar. Adakah Taesil memang betul-betul hilang ingatan sebab terkena hentakan di dinding sebab ditolak Inna itu hari?
Tiba-tiba Taesil tersenyum
"Saya bergurau jelah" Taesil tersengih.
Krik... Krik... Krik... Youri mengelipkan matanya banyak kali. Youri menggigit tangan D.O
"AHH!" D.O terus menarik tangannya dan menutup mulut Youri. Youri mendekati Taesil.
"Aish, yah! Kau hampir buat aku sakit jantung je lah. Aku ingat kau betul-betul hilang ingatan tadi" Youri nak menampar tangan Taesil tetapi terberhenti sebab Taesil dah jerit supaya Youri tidak memukulnya. Takut Taesil kalau Youri pukulnya dalam keadaan dia macam ni. Hish. Luhan mengeluh berat.
"Mianhae. Aku saja je nak tengok reaksi kau orang" Kris mendekati Taesil.
"Perlu ke sampai gigit tangan aku?!" marah D.O dan berdiri di sebelah Luhan iaitu hadapan Youri dan Kris pula di sebelah kanan Youri. Youri hanya jelir lidah dan melihat D.O yang sedang melihat tangannya.
"Kau ingat semuanya, bukan? Tak hilang ingatan, bukan?" tanya Luhan. Taesil angguk dan tersenyum lembut.
"Saya ok je. Tak perlu risau"
"Jangan buat macam tu lagi tau" Krsi mencebik apabila terdengar kata-kata Luhan yang lembut itu.
"Omma dengan appa saya tau tak pasal ni?" Youri angguk.
"Kejap lagi dia orang sampailah" Taesil mengeluh.
"Habislah aku nanti. Anyway, Inna macam mana? Dia hospital dekat sini jugakkan?" tanya Taesil dan memandang mereka satu-satu.
"Kau masih lagi tanya pasal dia? sedangkan dia yang buat kau macam ni" kata Youri tak puas hati. Dia tak ingat pun tentang luka di kepalanya.
"Dia ok je. Malah terlebih ok. Luka kau lagi teruk dari dia" kata Kris dan tunjuk balutan di kepalanya.
"Aku ada luka dekat kepala?" Taesil menyentuh kepalanya lagi. Dia rasa sakit dan terus menutup matanya.
"A'ah, aku ingat kau memang betul-betul hilang ingatan sebab kau terkena hentakan tu. Nasib baik tak. Mungkin Inna tolak kau dan kepala kau terkena dekat dinding" kata Youri sambil buat muka ngeri apabila terbayangkan kepalanya terhentak dekat dinding. Auw!!
"Jadi Inna ada bagitau kau apa-apa tak?" tanya Kris. Taesil menunduk. Belum sempat dia nak cakap apa-apa omma dengan appa dia masuk ke dalam wadnya. Nasib baik mereka tak marah. Hanya risau je lagipun mereka tau apa yang Taesil buat mesti ada sebab.
Terkejut mereka apabila mendapat panggilan dari sekolah mengatakan yang Taesil terlibat dalam pergaduhan di sekolah dan di hantar ke hospital. Mereka ingin tau sebab mengapa Taesil buat begitu. Agak susah untuk Taesil menjawab tapi Taesil terpaksa beritahu. Sedikit je, tak semua, itu pun ada yang tak betul.
Luhan, Kris, D.O dan Youri pula sudah pulang ke rumah masing-masing meninggalkan Taesil bersama dengan omma dan appanya. Hal tentang Inna Taesil akan beritahu lain hari.
Esoknya, Taesil buat check up lagi dan petangnya dia boleh pulang ke rumah. Duduk hospital memang tak seronok tetapi duduk rumah pun sama jugak. Dia tak boleh keluar pergi mana atau pergi sekolah. Taesil digantung sekolah selama seminggu sebab ramai orang cakap Taesil yang mulakan pergaduhan dulu. Dia tak pahamlah. Kenapa dia yang jadi mangsa? Tapi tak mengapalah sebab dia nak biarkan organ dalamannya (yang hampir rosak) sembuh.
Setiap hari dia akan makan makanan yang lembut dan kadang-kadang dia rasa bosan sebab asyik makan bubur je, nak makan daging jugak. Kadang-kadang tu seronok juga sebab Luhan dengan Youri selalu datang melawat lepas sekolah.
Taesil tak tau apa yang terjadi dekat Sehun dan Inna. Sehun dah lama tak datang ke rumahnya. Malah, kelas lepas sekolah tu pun dah tamat macam tu je. Ommanya kata Sehun ada masalah dan tak dapat nak sambung mengajar dia lagi. Mestilah, dia akan berhenti dan takkan datang sini lagi lepas apa yang terjadi. Taesil tak faham dengan Sehun. Kenapa Sehun tak pernah nampak apa yang berlaku? Taesil lagi tak faham dengan Inna. Inna cakap Sehun tu hak miliknya tetapi kenapa dia nak bersama dengan Luhan semula? Kenapa Inna buat semua ni?!!

You're My EnemyWhere stories live. Discover now