Youri dan Taesil termengah-mengah masuk ke dalam gim sekolah yang dipenuhi dengan pelajar kelasnya dan pelajar kelas lain. Nanti... Pelajar kelas lain? Kelas apa? Mata Taesil memerhati semua pelajar kelas lain untuk mengetahui kelas apa yang bersama dengan mereka hari ni. Pandangan Taesil terhenti pada rambut blond yang dia rasa familiar. Mata Taesil membuntang. Sehun? Oh Se Hun?!!
"Kelas 7-A" kata Youri, serentak itu Taesil bersembunyi di belakang Youri yang sedang mengikat rambutnya.
"Tak sangka ada juga istilah terserempak ni. Sekolah pun sama, mestilah akan terserempak" kata Youri. Kejadian pasal Luhan tadi terus hilang di fikirannya. Kenapa mesti dia? Cikgu telah bahagikan perempuan dengan lelaki. Gim sekolah tu besar. Lelaki main boleh keranjang manakala perempuan hanya baling bola.
Perempuan buat bulatan dan mainlah baling bola. Cikgu dah keluar dari gim. Mungkin dia ada hal. Taesil melihat Sehun main bola keranjang. Ketinggian dia memang sesuai untuk dia main bola keranjang. Bola yang Sehun shot masuk dalam gol. Kumpulan Sehun bersorak gembira.
'Wah! Pandainya dia main bola keranjang" Sehun sedang menjaringkan gol lagi. Taesil nampak peluh Sehun. Sehun mengelap peluhnya dengan menggunakan baju sukannya yang menyebabkan baju dia terangkat menampakkan perutnya. Taesil sedikit ternganga. Tiba-tiba...
Dush!!
(tutup lagu B.A.P dan bukak lagu ni)
"Ah!"
Taesil rasa kepalanya sakit. Dia terduduk disebabkan serangan yang dia dapat. Youri mendekati Taesil yang sedang memegang dahinya. Taesil memandang budak perempuan yang ada tak jauh di hadapannya. Budak perempuan tu dari kelas 7-A, dia tersenyum sinis tapi Taesil rasa hanya dia je yang nampak senyuman sinis tu.
"Lain kali mata tu pandang arah sini bukannya melencong ke tempat lain" perempuan itu berkata. Taesil mencebik. Apa masalah dia ni? Salah ke dia pandang tempat lain. Dia orang bukannya nak bagi bola tu dekat dia pun.
"Kau ok?" tanya Youri. Taesil bangun dari duduknya.
Rambut depannya yang sedikit menutupi mukanya tu diselak dengan kasar. Taesil rasa amarah dia meningkat. Dahlah budak perempuan tu dah rosakkan rambut dia yang Luhan baru sikat tadi. Tak guna betul. Taesil keluarkan getah rambut dari poket seluar sukannya. Dia mengikat rambutnya. Pelajar lelaki masih tak sedar keadaan pelajar perempuan yang jadi tegang sekarang ni. Dia mengambil bola yang berdekatan dengannya. Taesil tersenyum sinis.
'Kau nak aku fokus dekat permainan ni ke? Ok, dengan senang hati je aku boleh melakukannya' Taesil baling bola tu ke atas dan smash bola tu ke arah perempuan tadi (macam bola tampar) Perempuan tu terkejut. Belum sempat bola tu kena dia, dia dah terduduk. Pukulan Taesil tu agak kuat. Bola tu kena dinding gim, itu yang menyebabkan bunyi kuat daripada bola itu mengundang pelajar lelaki melihat pelajar perempuan.
Perempuan tadi mula menangis. Taesil mencebik. Youri hampir tergelak memandang perempuan tadi yang telah dikelilingi kawan sekelasnya yang cuba memujuk dia. Taesil nampak perempuan tu sedang memegang kepalanya. Perempuan kelas Taesil hanya pandang tanpa buat apa-apa. Kedengaran soalan yang ditanyakan dari pelajar perempuan kelas 7-A kepada perempuan yang terduduk tu yang menyebabkan Taesil mencebik.
"Kau ok tak?"
"Kuat sangat ke?"
"Sakit sangat"
"Yah! Kenapa kau buat macam tu dekat dia, ha?" tanya pelajar perempuan kelas 7-A.
"Tadi nak sangat aku fokus tapi bila aku dah masuk dalam permainan ni mula pulak nak takut" balas Taesil sambil memberi pandangan maut dekat perempuan tu.
"Kau sengaja baling bola tu kena kepala dia kan?" Taesil mengeluh perlahan. Sepatutnya benda tu dia yang tanya.
"Apa yang terjadi ni?" pelajar lelaki mula mendekati mereka. Oh ya, soalan tu Sehun yang tanya.
"Tu. Budak perempuan tu baling bola kena kepala Inna" salah seorang daripada pelajar kelas 7-A menunjuk ke arah Taesil. Sehun memandang Taesil tapi Taesil tak perasan sebab dia tengah merenung budak perempuan yang bernama Inna yang masih menangis. Mungkin pura-pura menangis.
"Oh, tolonglah. Semua orang nampak bola tu tak kena dia pun apatah lagi kepala dia" balas Taesil.
"Jangan nak menipu lah. Aku sendiri nampak. Bola tu kena kepala Inna" Taesil mengeluh. Mungkin sebab bola itu hampir kena dekat Inna, itu yang orang lain nampak macam kena tapi sebenarnya tak kena pun.
"Kau, minta maaf dekat Inna" kata Sehun dan pandang dekat Taesil.
"Buat apa aku nak minta maaf sedangkan aku tak bersalah" suara Taesil bergema dalam gim sekolah tu.
"Choi Tae Sil. Minta maaf" Sehun bersuara tegas. Taesil rasa hatinya makin membara dengan api kemarahan. Taesil merenung Sehun.
"Tak nak" dua patah je Taesil jawab sebelum memberi pandangan maut dekat Inna.
"Choi Tae Sil" Sehun menekan nama Taesil. Taesil menjongketkan sebelah keningnya. Kenapa dia asyik menggunakan nama penuh dia je? Tak nampak ke siapa yang salah? Tiba-tiba Inna bangun di 'bantu' oleh kawan-kawan sekelasnya.
"Tak pe, oppa. Inna ok" Inna senyum lembut mendekati Sehun. Alahai..
"Betul ke awak ok?" tanya Sehun.
Inna angguk perlahan dan (menambahkan lagi) memegang kepalanya seolah-olah dia nak jatuh pengsan. Sehun menangkap pinggang Inna. Taesil hanya memerhati. Kepalanya yang berdenyut-denyut disebabkan terkena bola tadi diabaikan. Sekarang perasaan benci dia dekat Sehun makin bertambah. Cikgu Ahn (cikgu pj) masuk ke dalam gim. Semuanya mengambil tempat masing-masing kecuali Sehun yang sedang memapah Inna keluar dari gim. Mungkin menghantar dia ke bilik rehat.
"Kau ok?" tanya Youri. Taesil dan Youri sekarang ni duduk bersandar di dinding. Taesil angguk perlahan.
"Aku o-Ahh!" rasa sakit tu muncul lagi apabila ada seseorang menekan dahinya yang benjol sekarang ni.
"Ok apa, sampai benjol macam ni" suara seseorang yang dia kenali menyapa telinganya. Oh My Crush!
"Awak nampak ke, Luhan?" tanya Youri. Luhan angguk. Taesil mengeluh. Mesti Luhan ingat dia pun bersalah juga
"Tulah sebabnya saya cari ais untuk awak"
"Eh?" Bukan Luhan ingat dia baling bola kena Inna ke? Kenapa nak cari ais untuk dia pulak?
"Saya nampak segalanya lah. Dari Inna baling bola tu kena awak sampai lah sekarang" kata Luhan sambil melekapkan satu beg ais tu ke tempat benjolan yang ada di dahi Taesil. Taesil rasa berdebar-debar sebab Luhan rapat sangat dengan wajah dia sekarang ni.
"Awak kenal Sehun ke, Taesil? Macam mana dia boleh tahu nama penuh awak?" tanya Luhan.
"Tak. Tak kenal pun. Saya pun tak tahu macam mana dia tau nama penuh saya" balas Taesil sambil merenung lantai.
"Nampaknya hentakkan tadi membuatkan kau amnesia" kata Youri tanpa nada.
"Amnesia?" tanya luhan terkejut. Takkan lah pukulan bola tadi menyebabkan dia hilang ingatan pulak.
"Kau sendiri yang bagitau nama sebenar kau, Taesil. Dah lupa?" kata Youri. Luhan pelik. Dia tak tau apa-apa yang Youri maksudkan.
"Oh. A'ah. Aku lupa pulak" Taesil ketawa kecil.
"Luhan! Jom main sekali" pelajar lelaki kelas Taesil memanggil Luhan. Luhan angguk.
"Kalau awak ok, saya pergi dulu lah. Bye" Luhan senyum dekat Taesil dan masuk ke gelanggang bola keranjang. Taesil angguk dengan senyuman tapi senyuman tu terus hilang selepas dia teringat apa yang terjadi sebelum ni.
"Aku tak sangka dia sebodoh tu. Makin lama makin benci pulak aku dekat dia. Aku. Benci. Kau. Oh. Se. Hun" kata Taesil. Youri hanya menggeleng-gelengkan kepala je.
Benci! Benci! Benci! Aku benci kau!
YOU ARE READING
You're My Enemy
Fanfiction"Siapa Sehun tu? Dari pagi sampai ke malam Sehun, Sehun, Sehun. Benci lah. Sehun sana, Sehun sini. Sehun pandai, Sehun baik, Sehun handsome. Huh! Sakit telinga mendengar" - Eunji "Keputusan kamu ni tak pernah menaik, menurun je. Apa yang kamu belaja...