Part 20

366 26 0
                                    

Setiap kali ada orang buka pintu kelas mesti Taesil akan pandang ke arah pintu tetapi dia hampa kerana setiap kali orang yang buka pintu tadi dan masuk bukanlah orang yang dia tertunggu-tunggu.
'Mana Luhan ni? Kata lepas luka dah dirawat dia akan masuk kelas tapi dia tak masuk pun' fikir Taesil lalu melihat tempat Luhan yang kosong. Dia mengeluh. Youri sudah pergi ke kantin dulu. Hanya tinggal dia yang masih berada di dalam kelas. Akhirnya dia mengalah. Dia bangun dari duduknya dan keluar dari kelas.
Belum sempat dia melangkah pergi, ada satu suara memanggilnya. Taesil pun pusing belakang. Seorang lelaki yang dia tak kenali mendekatinya.
"Apa?" Taesil keliru. Siapa pula budak ni? Rasanya macam pernah nampak tetapi dekat mana, ek?
"Awak Choi Tae Sil, bukan?" Taesil mengangguk perlahan.
"Ya saya, ada apa?" lelaki itu tersenyum dan memberi satu sampul surat kepada Taesil. Taesil mengambil surat itu secara teragak-agak dan meneliti sampul surat yang berwarna putih tu. Taesil memandang lelaki tadi untuk meminta penjelasan.
"Tadi ada orang bagi saya surat ni dan suruh saya bagi dekat awak. Tu yang saya tercari-cari awak dari tadi tapi tak jumpa" Taesil memandang sampul surat itu semula.
"Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu" Taesil pandang lelaki tadi yang mula berjalan pergi.
Setelah lelaki itu hilang dari pandangan, Taesil memerhati surat itu semula. Siapa pula yang memberi dia surat itu kepadanya? Sebelum ni tak pernah-pernah dia dapat surat apatah lagi surat cinta tapi sekarang tiba-tiba dia dapat satu.
Taesil membuka sampul surat itu dengan berhati-hati. Dia keluarkan isinya. Kandungan sampul surat itu terdapat satu surat yang berwarna hijau cair yang dilipat kepada tiga bahagian. Taesil membaca tulisan yang tertulis di surat itu.

Jumpa saya di kelas 7B. Ada benda penting yang saya nak cakap
- Luhan

"Luhan?" Taesil pelik. Kenapa Luhan nak jumpa dia dekat situ? Bukan ke tu kelas yang dah tak digunakan lagi? Taesil jongket bahu.
"Mungkin ada benda penting yang dia nak cakap dekat aku kot" tetapi kenapa perlu guna orang lain untuk menghantar surat ni kepadanya? Kenapa Luhan tak berjumpa dengannya sahaja.
"Mungkin dia sibuk? Tak pun dia berada dalam keadaan yang bahaya. Tadi dia tak masuk ke kelas pun" Kenapa nak guna kertas yang besar-besar semata nak tulis 13 perkataan tu je. Pelik lah Luhan ni.
Taesil berjalan mendekati kelas itu. Dia sudah memegang tombol pintu kelas itu tetapi masih belum memusingkan lagi. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati. Jantungnya berdegup dengan kencang. Luhan memang berada dalam keadaan bahaya ke? Taesil memusing tombol pintu kelas itu dan masuk ke dalamnya.
"Luhan!"

You're My EnemyWhere stories live. Discover now