Part 13

357 25 0
                                    

"Apa yang kau buat dekat sini, Oh Se Hun?!" Taesil cuba mengawal nada suaranya dengan baik mungkin. Sehun tersenyum sinis. Taesil tersedar dengan soalannya.
'Babo! Kau sendiri tau yang dia 'cikgu' yang akan mengajar kau'
"Oleh sebab apa lagi kalau bukan mengajar budak yang kurang pandai yang ada dekat sini" Sehun menunjukkan senyumannya yang kurang ikhlas. Mungkin tak ikhlas langsung. BOM!! Rasa macam ada satu bom telah meletup di atas kepalanya. Debaran yang dia rasa tadi bertambah laju ditambah dengan amarah dan rasa malu.
"Kan aku dah cakap jangan muncul depan aku lagi" Taesil memberi pandangan maut dekat Sehun. Nasib baik dulang tadi dia dah letak atas meja kalau tak mesti dah terlepas dari tangannya. Habis kena marah dengan teruk depan budak lelaki ni, memalukan je nanti.
"Sorry, it's too late. Aku dah lama terima tawaran Puan Choi untuk mengajar anaknya dalam pelajaran. Ikutkan hati nak je aku tolak sebab aku ni bukan jenis yang suka mengajar budak tetapi apakan daya aku tak sampai hati pula nak menolak sebab terlihat keputusan peperiksaan anak dia selalu dapat... 15%, 19%, 11%... pfft" Sehun menutup mulutnya menahan ketawa. BOM!! Satu lagi bom dilepaskan. Kalau bom tu betul-betul wujud mesti muka Taesil dah gelap sekarang ni.
'OMMA!!! Kenapa omma tunjuk keputusan peperiksaan Taesil dekat lelaki tak guna ni!' Taesil menutup mukanya dan menunduk.
"So, terima kenyataan jelah. Aku datang sini pun simpati dekat kau jadi dengan rasa rendah diri mengajar kau untuk berjaya di masa depan nanti dan tak menyusahkan omma dengan appa kau sendiri" Taesil angkat kepala merenung wajah Sehun dengan pandangan yang penuh dengan marah, malu, benci dan kecewa. Dia memang tak nak kecewakan ommanya yang dah bersusah payah mencari 'cikgu' dia ni.
"I don't need your sympathy" Sehun pandang Taesil dengan pandangan yang kagum.
"Oh! Aku asyik dengar kau cakap dalam bahasa inggeris... Hmm... Boleh tahan gaya percakapan kau..." Sehun keluarkan sehelai kertas warna putih dan membaca isinya, lagi.
"Patutlah keputusan bahasa inggeris kau boleh tahan, 50%" Taesil mendekati Sehun dan merampas kertas yang Sehun pegang lalu membaca isinya.
'Rasanya kertas ni aku dah simpan dekat tempat yang tersembunyi yang tak ada sesiapa pun tahu jadi macam mana budak ni boleh ada... Tak mungkin..."
"Kau minta cikgu keputusan aku?!" Taesil terpaksa mendongak sebab ketinggian dia bukannya tinggi sangat. Jauh berbeza dengan ketinggian Sehun yang 180 lebih tu.
"Tak ada masa aku. Omma kau yang photostat benda ni pastu bagi dekat aku" OMMA!!
"Ok, now, kau nak aku ajar kau atau kau nak sambung menanya soalan yang tak berkaitan dengan pelajar kita hari ni atau aku boleh balik dan sambung baca buku dan kau akan mendengar segala leteran dari omma kau kerana dah buat aku keluar dari rumah ni tanpa mula mengajar kau" Taesil tak nak cakap atau buat sesuatu sekarang ni sebab dia memang tak nak mendengar leteran ommanya atau mengecewakan ibu bapanya dalam pelajaran lagi.

You're My EnemyWhere stories live. Discover now