Suara tv itu dikuatkan.. ,keningnya berkerut.
"Ish ish" ucapnya lagi smbil menggeleng kepala, lelaki berumur lingkungan 40 an itu bersandar di sofa buatan itali berwarna putih,sambil menonton berita.
"Kenapa ayah?" Tanya Assrizan Haqni berumur 19 tahun, yang baru datang dengan berpakaian taekwando yang sudah penuh peluh dibadannya itu,juga beg kecil yang disangkut di bahunya, barangkali berisi air, sebenarnya ya ahahah.
"Assri, kamu sudah balik? Ayah tidak perasan, terlalu khusyuk menonton berita" ujar encik dihyah, melihat kearah Assri sebentar lalu mengalihkan kembali pandangannya ke television. Encik dihyah mempunyai syarikat yang mengkomersialkan kuih kuih tempatan.. , syarikatnya sudah berada di psaran antarabangsa, kerana berada diluar dan dalam negara
" Berita apa yah?" Tanya Assri, lalu mengambil tempat disebelah ayahnya disofa itu.
"Berita pasal negeri kita diserang, tapi dibahagian timur, ayah gusar, risau akan nasib kita, bukan apa mereka yang menyerang tu, mahukan tanah mereka balik" terang ayahnya, mata encik dihyah tidak alih alih lagi dari skrin television yang besar itu.
" siapa mereka tu ayah?" Tanya Assri lagi.
Lantas kepala nya diketuk.
" aduh" ucapnya.
" bukankah kamu belajar sejarah disekolah?, atau kamu tidur masa mata pelajaran sejarah" tegas encik dihyah, apa nak jadi dengan anak nya seorang ini.
'Ayah ni macam tahu tahu saja aku tidur masa sejarah' bisik hatinya.
Secara tidak langsung, encik dihyah menjadi guru sejarah tidak bergaji, kerana terpaksa menceritakan kembali sejarah , negeri mereka iaitu negeri indera kayangan.
"Ouh ayah, maksudnya kita sudah membuat perjanjian bertulis yang memaksudkan kita berjaya mentakluk negeri ni dari dorang, so kenapa dorang nak ambil balik sekarang?"
"Sebab mereka.. mahu menegakkan hak nenek moyang mereka, padahal nenek moyang mereka yang memberi tanah ini kepada sultan kita dahulu, kerana mereka kalah berperang, ayah risau sekiranya mereka ingin mengisytiharkan perang" terang encik dihyah.
Mereka didatangi puan aminah, ibu adam, yang mengenakan baju jubah simple dan tudung ringkas d kepalanya.. dia mebawa dulang yang berisi teko, dan beberapa cawan.
"Ibu" ucap Assri sambil tersenyum.
"Assri.. pergi mandi, dah la berpeluh-peluh" ujar puan aminah sambil menuang air kedalam cawan.
"Ibu ni orang nak rehat kejap, eh.. bu lepas ni orang nak pergi berlatih menembak ya" ucap Assri lalu menghirup tea.
"Pergi la.. pistol kamu, ada kat tempat biasa ya" balas puan aminah.
Tiba-tiba telefon encik dihyah berbunyi.
Assri pula akur.. dia memanjat tangga rumah banglo mereka itu ketingkat dua, dan masuk kebiliknya.
Selepas menyalin baju, Assri pergi ke belakang rumah mereka yang luas, kerana tanah mereka ini tanah persendirian, di sini lah Assri selalu berlatih menembak, kerana Assri selalu mengikuti pertandingan menembak.
Writer words,
Hehe my new story, harap berminat and enjoy your reading, kalau suka vote la... any yg slah comment ehehe, and jangan lupa solat! Hihi stay tuned for other chapter ok
YOU ARE READING
Hikayat seorang putera dan bodyguardnya
Teen Fictionsaya teringat kisah anak raja yang bercinta dengan orang biasa, so saya terfikir why not buat kisah macam begitu kan? but then, xkn la saya buat kisah cinta jugakn jadi cerita yang saya buat ni, berkisarkan anak raja dengan orang biasa tapi bertemak...