Pengawal yang bernama hakim dan berusia sekitar 30 an itu pun memulakan tugasnya bersama rakannya adli juga berumur 30 an.. mereka bertugas menjadi pengawal di pintu bilik tunku putera muhammad danial naufal.
Setelah beberapa minit menjaga , hakim menjadi pelik, kerana tiada suara atau bunyi dari bilik putera danial, kebiasaanya pada pukul 4 setengah subuh ini, putera pasti sudah bangun membaca al-Quran sementara menunggu azan subuh.
Tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi alarm dari jam loceng dalam bilik putera, berbunyi dan terus berbunyi. Jikalau putera danial ada pasti dia sudah terbangun dan mematikan lonceng itu, tapi lonceng itu berterusan berbunyi.
Hakim berasa tidak senang hati, pintu bilik putera danial di ketuk beberapa kali.
"Tuanku?" Ucap hakim namun tiada sahutan.
"Tuanku?" Ucapnya lagi.. namun masih tiada sahutan.
"Jika yang kali ketiga ini juga tiada sahutan dari tuanku , kita masuk saja" ucap adli.. risau akan putera danial.
"Tuanku?" Masih tiada sahutan.
Pintu bilik dibuka perlahan, hakim dan adli masuk, suis lampu ditekan serta merta cahaya lampu menerangi segenap bilik putera danial.
"Tuanku!" Ucap hakim apabila melihat tuanku tiada dikatilnya, katilnya pula berselerak, selimut berada diatas lantai.
Adli menjenguk kedalam bilik belajar, bilik pakaian, dan bilik mandi. Dia melihat kearah hakim lalu menggelengkan kepalanya.
"Kita perlu segera memaklumkan berita ini pada sultan" ucap hakim lalu dia bergegas ke tingkat 3, untuk kebilik sultan.
Ketika sampai dipintu, kedengaran suara merdu sultan mengalunkan bacaan ayat ayat suci al-quran.
Hakim memberanikan diri untuk mengetuk pintu.
"Tuanku?" Ucap hakim lalu pintu bilik beradu sultan iskandar dibuka.
"Hamba memohon ampun tuanku, tetapi ada hal kecemasan" tambah nya lagi, dia takut dianggap tidak menghormati tuanku sultan iskandar.
"Tidak mengapa, tapi hal kecemasan apa?" Tanya sultan yang sudah berdiri dari sejadahnya, al-quran pula sudah ditutup dan diletakkan didalam almari.
"Tunku putera danial, hilang" ucap hakim, resah.
"Anakanda beta! Pergi maklumkan perihal ini kepada assri dengan segera" balas sultan.
Mereka berkejar ke bilik assri.
"Assri bangun!" Ucap adli, lalu hakim menghidupkan lampu.
"Tuanku putera telah.." ayat hakim terhenti tatkala melihat tunku putera danial sedang duduk sambil bersandar dikepala katil sambil... tidur.
"Tuanku?" Tanya hakim smbil mengoncang lembut badan putera danial.
"Apa yang tuanku buat disini" tanya Adli yang berada disebelah Hakim.
Tunku putera danial membuka matanya perlahan, tatkala baginda sedar, baginda serta merta turun dari katil.
Assri pula baru terbangun.
"Kenapa anakanda ada dibilik Assri?" Tanya sultan yang baru tiba, diikuti dengan 2 orang pengawalnya.
Putera danial, tunduk separa, lalu dia menjeling geram ke arah Assri.
Assri segera ke sisi Putera Danial.
"Ampun ayahanda, sebenarnya Assri takut, kerana ini malam pertamanya di istana" terang Putera Danial.
Sultan tertawa kecil lalu berkata "Assri usah kamu risau kerana di istana beta tiada hantu jikalau ada pun.. jin."
"Jadi benarlah ada?" Tanya Assri.
YOU ARE READING
Hikayat seorang putera dan bodyguardnya
Teen Fictionsaya teringat kisah anak raja yang bercinta dengan orang biasa, so saya terfikir why not buat kisah macam begitu kan? but then, xkn la saya buat kisah cinta jugakn jadi cerita yang saya buat ni, berkisarkan anak raja dengan orang biasa tapi bertemak...