Selesai solat zuhur dan mengqada' solat-solat yang dia tertinggal, Assri tidak terus mngemas sejadahnya, dia masih lagi duduk atas sejadah tersebut, terkenangkan apa yang di bicarakan oleh Yang Mulia Sultan Iskandar.
"Assri? Boleh beta bertanyakan sesuatu?" Tanya sultan Iskandar penuh sopan, dia duduk dihadapan Assri yang masih diaatas katil pesakit itu.
"Mestilah boleh tuanku" jawabnya selamba.
"Beta gusar melihat keadaan anakanda beta, putera Danial tidak mahu makan dan enggan berbicara kepada sesiapa, mungkin kah dia marah kepada beta kerana beta dia di culik? Ini semua berlaku sejak selepas kamu berdua di selamatkan, atau mungkin ada apa apa terjadi semasa kamu di culik? " Tanya sultan , jelas kelihatan perasaan risau di muka baginda.
Assri diam, rasanya dia tahu kenapa, tetapi manakan pula dia mahu memberitahu kepada sultan, pasti putera marah, mungkin putera malu, atau mahukan privasi. Tetapi dia juga kurang pasti, jadi untuk jawapan selamat...
"Sebenarnya, patik juga kurang pasti tuanku, tapi tidak mengapa, akan patik bertanyakan perihal ini kepada Putera danial nanti" ujar Assri, dia sudah semakin fasih berbicara melayu lama, mungkin kerana pengaruh putera.
"Alhamdulillah, baiklah jikalau begitu, beta amat berterima kasih kepada kamu" balas sultan lalu keluar dari wad Assri.
Sejadahnya dilipat kemas lalu di sangkut di tempat penyangkut, Assri terpaksa menggunakan tangan kanan sahaja, bagi mempercepatkan proses penyembuhan tangannya, sudahlah haritu lengan kirinya kirinya di tembak, kini bahu kirinya pula, 'dia memang aim,badan bahagian kiri aku ker apa ni..' bisik hatinya.
Songkok hitam di kepalanya di biarkan, he... acah acah alim sikit.. , astaghfirullahalazim riak! Riak!.
Pintu wadnya di tutup, dia meneruskan langkah ke wad putera yang selang 2 bilik wad dari wadnya.
Ibu bapa Assri pula sudah balik ke indera kayangan, mereka tidak boleh lama memandangkan banyak lagi yang perlu di uruskan.Pintu wad itu dikuak perlahan.
"Apa lagi yang kamu mahu! Beta tidak mahu makan!! Pergi!!" Teriak putera dari katilnya, mungkin dia menyangka dayang dayang istana yang masuk.
Assri tersenyum kecil, 'macam budak budak juga dia ni'.
"Relaks la .. kalau ya pun" ucap Assri lalu duduk di atas katil putera.
"Haqni?"
"Huh.. kenapa dah rindu?" Tanya Assri membuat lawak tak jadinya tu.
Putera danial mengerutkan keningnya.
"Keluar, beta mahu sendiri" balas putera danial.
"Kenapa tuanku tak nak makan, sya dengar tuanku tak makan sejak semalam" butir bicaranya besertakan simpati.
"Keluar" putera masih enggan.
"Tuanku sakit ka? Demam?" Assri juga tetap dengan pendiriannya, tangannya pantas merasa dahi putera.
Tangan Assri di tolak kasar. "Keluar! Beta mahu sendiri!" Kali ini putera berkasar, mengapa putera sebenarnya.
"Tuanku ni kenapa sebenarnya, tuanku tau tak semua orang risau! Dah! makan!" ucap Assri lagi lalu mengangkat dulang makanan yang tadinya diatas meja ke katil tuanku.
Assri mengangkat pinggan itu, namun ditolak kasar oleh putera danial mnnyebab kan nasi nya tumpah.
"Beta kata beta tidak mahu!" Teriak putera lagi lalu pinggan itu dihumban ke lantai, habis berkecai pinggan kaca putih itu.
Assri terkejut, "tuanku.. tuanku kenapa sebenarnya ni?" Tanya Assri, lembut.
Tiada jawapan dari putera, dia menggenggam kuat selimutnya.
YOU ARE READING
Hikayat seorang putera dan bodyguardnya
Teen Fictionsaya teringat kisah anak raja yang bercinta dengan orang biasa, so saya terfikir why not buat kisah macam begitu kan? but then, xkn la saya buat kisah cinta jugakn jadi cerita yang saya buat ni, berkisarkan anak raja dengan orang biasa tapi bertemak...