bab 6

885 68 8
                                    

Mentari jam 10 pagi itu menerangi sebahagian bumi dengan gamaknya, angin sepoi sepoi melanggar Putera danial dan Assri yang sedang berjalan di perkarangan istana itu. Mereka berhenti di pancuran air yang besar itu.

Assri berjalan di belakang putera, dia tidak boleh berjalan di sebelah putera danial kerana mereka tidak setaraf.

"Jadi tuanku memang selalu alone alone ker kat istana ni?" Tanya Assri tanpa segan silu menggunakan bahasanya yang entah dari planet mana itu.

Putera danial melihat kedalam pancuran air itu, apa yang dilihatnya ialah pantulan dirinya.

"Ya" balas nya ringkas.

"Tuanku takde kawan ker, saya kalau masa masa macam ni.. biasa pergi latihan taekwando ngan kawan saya" terang Assri lagi.

"Ouh.. " balas tuanku lagi. Menampakkan keengganan nya berbicara lebih dengan Assri.

Assri mencebik, hujung kotnya ditarik bagi merapikan lagi kotnya itu, Assri kelihatan segak dengan kot hitam polos yang digunakan, rambutnya pula dilurutkan keatas ala ala elvis.

"Kawan kawan tuanku mesti anak raja juga kan"

"Benar"

"Mesti tuanku pandai bahasa bahasa negara lain kan"

"Ya"

Tidak lama selepas itu sebuah kereta mewah hitam masuk ke perkarangan istana.

"Siapa ni.. saya tak tau pula tuanku ada tetamu hari ni" ucap assri.

"Bukan tetamu beta "

"jadi siapa? Sultan?"

" bukan"

" jadi"

"Tetamu kamu" balas putera.

Lalu kereta itu berhenti berdekatan mereka. Pemandu itu bergegas keluar dari kereta itu lalu membuka pintu belakang dan keluar seekor kucing bercorak jingga putih pada badannya.

"Pinkgu!" ucap Assri lalu menyambut pinkgu yang berlari kearahnya.

"Thnks tuanku" tambah nya lagi.

"Beta tidak mahu kamu mengganggu beta lagi di kamar beta" balas putera.

sejurus selepas itu, datang seorang pengawal mendekati putera dan berkata sesuatu.

"Haqni" panggil putera, tatkala melihat Assri sudah leka bermain dengan pinkgu.

"Ya?" Tanya assri.

"Biar pembantu yang membawa Pinkgu ke kamar kamu, kamu pula ikut beta, beta dipanggil oleh ayahanda ke pejabat istana indera kayangan" Ucap putera daniel dan berlalu pergi bersama pengawal yang memanggilnya sebentar tadi.

********************

"Ayahanda akan ke luar negeri untuk menguruskan beberapa perkara" ucap sultan iskandar, yang duduk di hadapan putera, di atas sofa yang bersulamkan benang berwarna emas.

Assri pula berdiri di belakang putera.
Dia tidak ikut duduk.

"Ke luar negeri? Ayahanda hendak ke mana?" Tanya putera daniel yang sudah mula gusar.

"Ayahanda akan ke switzerland, atas beberapa urusan"

"Switzerland? Jadi bagaimana dengan urusan mengikat perjanjian damai dengan negara lostland?" Tanya putera daniel lagi, kesabarannya mula menipis.

"Ayahanda akan melakukan urusan itu nanti, jika anakanda risaukan tentang keselamatan, ayahanda akan titahkan kepada tuan fahmi untuk menambah bilangan pengawal yang menjaga anakanda"cadang Sultan lalu beralih ke meja pejabatnya dan membelek beberapa kertas.

Hikayat seorang putera dan bodyguardnyaWhere stories live. Discover now