"Hah?" Ucap Assri terkejut beruk, mukanya lagi buruk dari beruk.
Suasana diruang tamu itu berubah hening.
"Ya, pakngah dah terlanjur cakap dengan sultan, jadi memang dah tak boleh tarik balik dah, tapi Assri jangan risau pasal gaji" terang encik fahmi, adik encik dihyah.
"Ayah rasa baik Assri terima job ni, sbb Assri bukannya ada kerja pun, sambung belajar pun taknak" cadang encik dihyah, Assri hanya belajar sehingga tingkatan 6, keputusan peperiksaan nya amat baik tetapi disebabkan sikap malas, dia tidak ingin sambung belajar.
**********************
"Hah?" Ucap tunku putera terkejut.
"Mengapa? Anakanda tidak faham dengan ayat ayahanda sebentar tadi?"ucap sultan iskandar lalu duduk di kerusi meja pejabat nya.
Tunku putera danial beralih dari sofa, dia berdiri dihadapan ayahandanya.
"Kenapa ayahanda tidak pernah membincangkan perihal ini kepada danial" ujar tunku putera danial bengang.
Sultan mengangkat kepalanya melihat kearah anaknya yang berdiri dihadapan mejanya itu. Baginda bangkit dari duduknya, mukanya langsung tidak dihiasi dengan senyuman.
"Sejak bila, keputusan yang ayahanda lakukan perlu dibincangkan dengan anakanda terlebih dahulu, kenapa adakah anakanda tidak bersetuju dengan apa yang ayahanda lakukan" ucap sultan.
"Tidak, maafkan anakanda, anakanda ingkar akan ayanhanda" balas tunku putera, pasrah, memang ini sikap ayahnadanya sejak kematian permaisuri, bonda tunku putera.
*****************************
Assri tiba diistana, sebaik sahaja pintu pagar yang besar itu dibuka, kereta yang dipandu oleh Assri memasuki perkarangan istana, terlopong dia melihat kemegahan istana yang tersergam indah itu.
Terdapatan pancutan air yang besar dihadapan istana.
Sebaik sahaja keretanya berhenti di hadapan istana, pintu keretanya di bukakan oleh pengawal di istana itu, pekerja itu mengenakan baju melayu berwarna kuning dan samping, sultan tetap mahu menerapkan ciri-ciri melayu dalam kalangan pekerjanya, pembantu diistana pula mengenakan baju kurung berwarna kuning dengan tudung. Agama rasmi di negeri indra kayangan ialah agama islam.
Pengawal itu tersenyum.
Assri pula memandang dengan pelik. Pakaian yang dikenakan oleh Assri amat ringkas, dia menggunakan tshirt dan kot, juga seluar slek hitam. Simple tapi elegen.
"Pak ngah" ucap Assri sebaik sahaja melihat, encik fahmi mendatanginya.
"Cepat la sultan dah tunggu" balas tuan fahmi, lalu nembawa assri masuk ke istana.
Assri terlopong melihat istana yang besar itu. Satu sudut Di Dinding istana itu digantung gambar-gambar sultan dahulu sehingga la sultan iskandar.
Mereka menaiki lif ke tingkat 2, menuju ke pejabat diraja.
"Tuanku, mereka datang menghadap" ucap seorang pengawal di tepi pintu.
Sultan yang sedang duduk di sofa didalam pejabatnya itu mengangguk.
Assri dan tuan fahmi pun masuk lalu berdiri dihadapan sultan, disebelah sultan pula berdirinya tunku putera danial, di sofa lagi satu pula tempat tuan Amin, penasihat tuanku sultan iskandar.
YOU ARE READING
Hikayat seorang putera dan bodyguardnya
Novela Juvenilsaya teringat kisah anak raja yang bercinta dengan orang biasa, so saya terfikir why not buat kisah macam begitu kan? but then, xkn la saya buat kisah cinta jugakn jadi cerita yang saya buat ni, berkisarkan anak raja dengan orang biasa tapi bertemak...