Part 15

1.1K 12 0
                                    

Dadanya berombak kencang,sampai hati Mikail buat dia begini.Sakit hatinya,...sampai hati Mikail.Terasa panas tubir matanya,Catherine menahan diri agar tidak menangis.Giginya di ketap kuat,kalau bukan kerana cinta..memang lama sudah Mikail di tinggalkan.Bukannya tidak ada yang melamar dirinya,tetapi..demi Mikail di tinggalkan semua itu.Tapi,..ini balasannya.Catherine tidak berpuas hati...akan di cari sehingga ke lubang cacing perempuan yang merampas Mikail darinya.Huh...Catherine meninggalkan bangunan itu.Mikail tidak sudi berjumpa dengannya,..Langkahnya di percepatkan menuju ke kereta yang di letakkan di bahu jalan.Catherine menangis semahunya di dalam kereta.Hatinya terasa pilu sekali.Sudah dua bulan dia tidak berjumpa dengan Mikail,rindunya yang menggunung terasa tidak tertahan.Hari ini dia ingin memberi surprise kepada kekasihnya itu,tetapi di halau pula..isk..isk...

Aileen bersembunyi di tandas,telefon yang berbunyi minta di angkat di tukar kepada silent.Tertera nama Affendi di skrin,sah memang dia.Entah mengapa dua minggu sejak kebelakangan ini jejaka itu senantiasa mengekori dirinya.Naik rimas di buatnya.Aileen membasahkan muka,terasa nyaman sekali.Di susun nafasnya agar teratur...1,2,3..pintu tandas di buka.Aileen memandang keliling,tiada kelibat Affendi.Selamat...

'Woi sis,apa kau buat kat sini.Aku ke sana ke mari cari kau tau.' Sergah AyuNatasha,Aileen mengurut dada..kurang asam boi betul si AyuNatasha ni..nasib abik dia tak menjerit ke pengsan sebab terkejut tadi.

'Kau ke mana,puas aku cari.Si Fendi tu entah berapa kali telefon aku tanya pasal kau.' Beritahu AyuNatasha,Aileen hanya berdiam diri.Malas menceritakan hal yang sebenar.

'Aku di library tadi,study..' bohong Aileen..pura-pura membetulkan hijabnya.

'Kau jangan bohong,aku kat sana tadi..kau takda pun.' Marah AyuNatasha..lipbalm di sapu ke bibir. Ek..terkantoi..

'Betul,aku tak tipu.Ni baru sekejap aje aku pi tandas.' Bohong Aileen lagi.

'Suka hati kaulah,ni aku nak bagi tau Si Fendi nak jumpa kau kat taman nanti.Petang ni...' beritahu AyuNatasha.Aileen mengeluh kecil,otaknya ligat mancari idea melepaskan diri.

'Ayu,kau boleh tolong aku tak..' pujuk Aileen..tangan AyuNatasha di gosok perlahan..AyuNatasha menarik muka masam,dah tau taktik tu..

'Ni mesti nak sesuatu ni,..' teka AyuNatasha.Aileen tersengih-sengih.

'Boleh lah..' pujuk Aileen lagi..tangan temannya itu di genggam erat..

'Apa dia?' tanya AyuNatasha.

'Sayang kau,bagi tau si Fendi..aku tak boleh jumpa dia petang ni...kau carilah apa-apa alasan.' Kata Aileen.

'Kenapa kau tak nak jumpa Fendi,kesian dia tau.' Tanya AyuNatasha.

'Aku...' Aileen tidak dapat memberi alasan.

'Hmm...okai.Aku bagi tau..' kata AyuNtasha apabila terlihat jelas di wajah temannya itu kegelisahan.Ni mesti sembunyikan sesuatu..takpa,lambat laun aku tahu juga.

'Thanks..aku cau dulu.' Beritahu Aileen meninggalkan AyuNatasha.Aileen tersenyum riang.Hilang satu masalah...






Aileen bersembunyi di sebalik tiang,matanya memerhati sesusuk tubuh itu.His..hilang satu masalah timbul masalah lain.Kalau macam ni setiap hari,boleh jadi gila aku.Fuh..fuh..cepatlah kau pergi dari sini.Aileen berdoa dalam hati.Di renung jam di pergelangan tangan,tepat jam tiga petang.Dah dekat setengah jam aku berdiri kat sini,mamat tu tak blah juga.Macam mana ni? Fikir Aileen....Hehehe..,aku lalu kat taman jelah.Tunggulah kau jejaka,sampai esok pagi pun takpa.Kata Aileen di dalam hati.Riang hatinya,...kesian Mikail..begitu juga Affendi..ah,lantaklah...








Di tatap gambar itu berkali-kali,entah mengapa.Huh..Mikail mengeluh kecil.Sudah beberapa kali dia mengunjungi UPTM,tetapi gerangan yang di cari tidak kelihatan..Atau dia bersembunyi dari terserempak dengan aku? Mikail merebahkan badan ke atas tilam empuknya.Emm.....

'Abang..' panggil Erika dari luar.Di ketuk pintu bilik itu bertalu-talu.

'Apa?' tanya Mikail,malas hendak membuka pintu.

'Ada orang telefon...' beritahu Erika.Huh..malasnya aku.

'Jap,..abang turun.' Mikail melangkah malas ke pintu,terjengul wajah ceria adiknya.

'Kenapa tak tanya nama?' marah Mikail.Erika hanya tersengih-sengih.

'Sorry bro,tapi perempuan..' pancing Erika.Mikail menoleh,berkerut dahinya.Siapa??

'Hehehe..yang tu adik tak tau.Abang tanyalah,kot-kot berkenan.' Gurau Erika.Mikail mencebikkan muka.

'Jangan nak ngada-ngada.Tapi,bukan Catherine kan..' tanya Mikail..telefon beralih tangan..

'Yang tu,pasti..' Erika duduk bersebelahan Mikail,memasang telinga.His,budak ni...tubuh Erika di tolak menjauhi dirinya..

'hello' kata Mikail

'Mike..' senyuman terukir tatkala mendengar suara di hujung talian.Lama dia tidak berjumpa dengan sahabatnya yang satu ini.Alice..hehehe,ingat juga kau kat aku.

'Nak visit Malaysia,not a problem.But when..' tanya Mikail.Erika di sebelah tertanya-tanya,hairan melihat gelagat abangnya.Tadi murung,ni ketawa sakanlah pula.Hmm...

'Next week? Hmm,..okai,tapi kena bagi tau Ezzad lah.Hehehe..' sakat Mikail.Dia tahu sejarah silam antara Alice dan Ezzad..tetapi kecundang di tengah jalan.

'dont..' marah Alice,sambil memanggil nama timangan Mikail.

'Gurau aje lah sis,jangan marah..tapi,kau tak rindu ke kat dia.Kesian dia tau?' beritahu Mikail.

'Sorry,tapi...nanti aku bagi tau kau.Ingat next week..jangan takda pula.' Alice memberi amaran.Mikail hanya mengangguk setuju..

'Hehehe...tak lupalah.Hmm..okai,nanti call aku tau.Bye..' ucap Mikail lalu meletakkan ganggang telefon.Senyuman meleret hingga ke telinga.Tergambar di kotak fikiran kenangan yang lalu...

'Abang,siapa tu? ' tanya Erika ingin tahu.

'Alice,kawan abang,..alah girlfriend si Ezzad dulu.Ingat tak?' beritahu Mikail.Erika terangguk-angguk.Samar-samar wajah kak Alice di ruang matanya.Ingat-ingat lupa..yang mana ek?

'Sis,temankan abang makan? Laparlah..' pinta Mikail.

'Nak makan kat mana?' tanya Erika

'Hmm...apa kata makan sate kat bukit Bintang nak?' cadang Mikail.Di usap perutnya yang terasa lapar.Erika hanya mengangguk perlahan.

'Abang belanja?' gurau Erika.

'Nak makan,bayar sendirilah..' sindir Mikail.Erika menjelirkan lidah.Week....kedekut.






ONE FINE DAY (FIN)Where stories live. Discover now