Part 42

950 11 0
                                    

Kepalanya terasa pening...badannya sakit sana sini.. ingin menyentuh kepalanya tetapi..tangannya terikat. Aileen membuka mata...dia berada didalam sebuah bilik yang usang..sungguh asing bagi dirinya.Sampah bertaburan..air kotor bertakung,..rumput lalang tumbuh meliar.Aku kat mana ni? Macam mana mana aku boleh ada di sini? Matanya memerhati setiap sudut bilik itu..hanya ada sebuah meja dan kerusi kayu yang separuh di makan oleh anai-anai.Kelihatan ada kepulan asap di atas meja..mungkin dari sebatang rokok...Aileen terbatuk kecil..telinganya menangkap erangan kecil..Aileen menoleh ke sudut kiri,..sesusuk tubuh lelaki terdampar di ruang mata..siapa?? Hahahaha..kedengaran ketawa yang kuat dari luar bilik..Aileen memejamkan mata apabila terlihat tombol pintu di pulas...pura-pura pengsan.

' Bagus,habis kerja ni aku bayar korang separuh lagi...mana lelaki tu..?' senyuman kepuasan terukir di wajah itu,.Aileen mematungkan diri.

' Sana,bos..' kata suara lain lagi..garau..lelaki? Yang seorang tu macam perempuan,,tapi...bos? Aileen berteka-teki..

' Hmm..bagus..kau dah bantai dia cukup-cukup...' Tanya suara itu lagi..sah memang perempuan..tapi,siapa?

'Sudah pasti bos,itukan kerja kami...' kata suara lain,bukan yang garau tadi..derapan kasut menghampirinya..dagunya di pegang,Aileen hanya mendiamkan diri..tubuhnya mengigil ketakutan..

' Huh..padan muka kau..dasar perampas....' Kata suara itu,kuat di cuping telinga Aileen..pipi Aileen di picit geram..

Aileen tersentak.suara itu cukup di kenalinya...takkan lah..Aileen meneka...

'Tarik perempuan tu ke tepi,..aku nak bercakap dengan lelaki tu..' arah suara itu.

' Baik bos..' sakit badannya di heret begitu..Aileen hanya menahan dalam diam.

' Bawa dia ke bilik sebelah..biarkan dengan ulat dan tikus..' kata suara itu lagi,menakutkan Aileen..tubuhnya mengigil...Ya Allah,bantulah hamba-Mu ini..doa Aileen dalam hati.

Tubuhnya terus menerus di pukul...Mikail terduduk lesu,rasa sakit menjalar ke seluruh badan...darah merah pekat mengalir dari mulutnya..dia cuba untuk bangun tetapi,sekali lagi sebatang kayu menghempas tubuhnya.argghh..

' Hahahaha...oh,cuba nak bangun ek...' perutnya di tumbuk beberapa kali..Mikhail terasa senak.Dia tidak mampu berbuat apa-apa..tangannya telah di ikat,begitu juga kakinya.. menyukarkan dia melawan.

' Cukup...' arah suara lain...pukulan terhadapnya terhenti serta-merta..Mikhail mengangkat muka..ingin melihat gerangan siapakah bos mereka...Mikail terngagam.

' Dah sedar,sayang...' kata suara itu manja..Catherine?

' Catherine?" Mikail bersuara..lemah.

'Ya aku,..kenapa terkejut? Hahahaha...jangan terkejut sayang.. itulah padahnya tinggalkan aku dulu..hanya kerana budak hingusan ini...' tunding Catherine ke arah Aileen yang terbaring di suatu sudut...akibat di tampar beberapa kali oleh Catherine melepaskan amarahnya..

'kau,pergi bawa budak tu ke bilik sebelah..sakit mata aku tengok dia..' arah Catherine..konconya mengangguk faham.

'baik bos..' tubuh lemah Aileen di angkat..

Gadis itu,...Aileen? Tubuh itu terbaring lesu..wajahnya yang putih bersih kemerahan..Mikail berasa bersalah..di sebabkan dirinya..gadis itu terlibat..

' Kenapa...' soal Mikail.

' Kenapa...emm,macam mana aku nak jawab ek..soalan yang bagus...' Catherine mundar-mandir di hadapannya...Mikhail tertunduk lemah,darah mengalir keluar dari bibirnya yang pecah di pukul oleh Ketot..

ONE FINE DAY (FIN)Where stories live. Discover now