Part 11

1.2K 16 0
                                    

Aileen bersendirian di taman mini buatan uminya,terselit novel ANDAI ITU TAKDIRNYA di tangan.Dihampiri buaian yang berada di tengah-tengah taman,biru warnanya.Emm...udara petang yang nyaman sekali,kedengaran bunyi kicauan burung balik ke sarang.Novel di tangan di tatap,hampir setengah muka surat sudah di bacanya.Aileen bersandar tenang,di tolak ke tepi masalah yang bersarang di dalam kepala.Hilang semuanya..Hari yang tadi kemerah-merahan bertukar gelap.Malam telah menjelma..sesekali rambutnya berayun-ayun di tiup angin malam.Cahaya lampu menyuluh tepat ke sepasang mata Aileen.Silau...

'Baby apa yang kamu buat kat luar ni?' tegur encik Zainorddin.Enjin kereta di matikan.Aileen hanya tersenyum,di hampiri Ayahnya itu.Kesian Ayah aku ni...malam baru balik.Di ambil beg dari tangan itu...

'Baby buat apa tadi?' soal encik Zainorddin lagi setelah hampir di pintu utama.

'Baby tengah baca novel,sambil tunggu ayah.Lambat ayah balik,banyak kerja ke...' tanya Aileen.Encik Zainorddin hanya menganggukkan kepala.Hidungnya menghidu sesuatu yang enak,perutnya yang belum di isi..menyanyi lapar.

'Yam,awak masak apa? Sedap aje baunya.....' panggil ayah.Terjengul wajah umi di sebalik pintu,di tangannya ada senduk.

'Abang,.bila abang balik? Tak dengar pun bunyi kereta.'

'Baru aje,sedap ni..awak masak apa?'

'Udang sambal petai..' beritahu umi.Ayah tersengih lebar.

'Hmm..abang pi mandi dulu,nak solat jap.' Kata ayah lalu menaiki tangga menuju ke bilik.Umi hanya mengangguk faham.

'Baby,tolong umi jap.Ayah kau tu kalau turun nanti mesti nak makan...' Aileen hanya menurut,pinggan di atur di meja makan.Bau udang masak sambal petai menusuk ke hidung..terliur Aileen di buatnya.Umi hanya tersenyum...






Jarum jam terasa berputar perlahan,Matanya kembali terarah ke jam yang tergantung di dinding.Baru lapan setengah malam.Kenapa dengan aku ni?Lukisan pelan untuk Syarikat BAYU DAMAI di biar tidak terusik,di siapkan hanya sekerat sahaja.Dia merasakan ada yang tidak kena,tapi apa?? Kakinya melangkah ke sisi tingkap,indah langit di taburi bintang-bintang.Tenang...hatinya di rasakan.Entah apa yang tak kena dengan dirinya..sejak beberapa hari dia tidak lalu makan dan gelisah.Fikirannya serabut..Huh,satu keluhan kedengaran.

TUK..TUK...

'Abang,dah siap?' tanya Erika,bersedia untuk membeli-belah.Awal-awal dia mandi dan bersiap.Mikail tersedar dari lamunannya..

'Kejap Ika,abang tengah pakai baju ni..'bohong Mikail,padahal dia belum mandi lagi.

'Cepat tau,adik tunggu kat bawah..' beritahu Erika.

'Okai,..jap lagi.' Usai mandi ,Mikail hanya mengenakan jeans lusuh dan kemeja.Cap biru di kenakan dengan warna kemejanya yang hitam kebiruan.Lagaknya seperti pelajar sahaja.

'Ika jom..' kata Mikail menghampiri adiknya di ruang tamu.

'Fuh,abang..nak ngurat awek ke?' sindir Erika.Mikail hanya tersenyum,kepalanya di gelengkan.

'Taklah,nak jadi bodyguard adik abang ni.Takut di kacau orang..' usik Mikail.

'Mana aci..' Marah Erika,lengan Mikail di cubit geram.

'Abang gurau ajelah,dah siapkan..jom.' Mikail melangkah ke pintu.Enjin kereta di hidupkan,Erika duduk di sebelah abangnya.Wajahnya masam mencuka..Mikail hanya tersenyum.Baru usik sikit..dah muncung panjang macam tu.

'Dahlah sis,abang gurau aje.' Pujuk Mikail,tangannya mencubit pipi adiknya itu.

'Aduh,..abang.Merah pipi Ika.' Marah Erika.Mikail ketawa riang,kereta di pandu keluar laman.Erika di sebelah masam mencuka...pipinya masih kemerahan dek di cubit oleh abangnya.Sakit tau...Mikail hanya mengulum senyuman.

Kereta di pandu perlahan,sesekali kepala Mikail terangguk-angguk mengikut rentak lagu.Erika di sebelah hanya berdiam diri memerhati gelagat si abang,bergayut senyuman di bibir.Abang ni....

'Apasal senyum?' tegur Mikail,Erika hanya mengelengkan kepala.

'Takda apa-apa..abang kenapa,something want to share?' tanya Erika.

'Kenapa tanya,muka abang macam ada masalah ke?' Mikail pura-pura ceria.Entah mengapa,hatinya merasa gelisah.Tadi tak pula...

'Yup,abang sembunyikan sesuatu ek.Ni mesti pasal kak Cat..' serkap Erika.Mikail menelan air liur,di toleh adiknya di sisi.

'Abang dah putus ngan dia...lama dah.' Beritahu Mikail.Erika yang mendengar terkejut.Biar betul! Syukur....Erika berkata dalam hati.

'Bila?' tanya Erika,bagaikan tidak percaya.Setahunya abang dan Kak Cat telah lama berkawan,ni pasal tetiba putus pula.Tapi,hehehe...bagus juga.Kak Cat tu sombong sangat,dengan ibu pun bermasam muka,tu yang nak jadi kakak ipar aku.Huh,..boleh blah.

'Tak payah nak ingat lagi...abang nak lupakan.' Beritahu Mikail,menoleh kearah adiknya itu.Erika mengangguk faham.

'Maaf..' ucap Erika.Mikail hanya tersenyum tawar..dia focus pada pemanduan semula.

'Tapi,Ika peliklah tengok abang ni.Macam bukan orang tengah frust je...' Mikail tersenyum,..hairan Erika melihat senyuman yang teukir di wajah Mikail..

'Ni mesti...abang,siapa?' tanya Erika ingin tahu.,lengan si abang di cuit..

'Siapa?' soal Mikail balik.Pura-pura tidak faham...

'Eleh,..kura-kura dalam perahu pula dia..' lantas tangan abangnya itu di cubit.

'Aduh,..ada ketamlah pula..' Mikail menyindir.Erika memandang kearah abangnya,his..geram...Takpa,ada lori ada bas,esok lusa aku balas.Erika berpeluk tubuh..sakit hati akan sindiran si abang,muncungnya panjang ke depan..

Mikail hanya tersenyum melihat gelagat adiknya itu.Emm..ada-ada saja....terbayang peristiwa beberapa bulan lepas,wajah gadis itu menerpa ke ruang ingatan.Tadi macam terlihat wajah dia,tapi..takkan pelanduk dua serupa kot.Tapi,sepasang mata itu...cukup di kenali. Tergambar perasaan marah dan benci di dalam mata itu ketika dia menatapnya.Entah mengapa perasaan ingin tahu berkobar-kobar di rasakan,....mengapa dia jadi begitu.Adakah kerana peristiwa silam .



ONE FINE DAY (FIN)Where stories live. Discover now