Part 14 : meeting Him...Him??

1.1K 12 0
                                    

Biliknya masih terang-benderang,Aileen termenung di meja study...buku di hadapan di biar terselak di tiup kipas.Emm...lain macam saja hatinya ini.Macam ada sesuatu.Aileen bersila di kerusi malas..tangannya di silang bawah kepala.Ada sesuatu yang merunsingkan fikirannya.Huh...Lantas matanya di pejam rapat,terbayang peristiwa petang itu..sakit hatinya.




' Emm..datang pun. Ingatkan dah sesat..' sindir Mikail,penat dia menunggu selama dua jam,dahlah panas..habis basah bajunya dek peluh.Aileen hanya diam,..matanya tepat menatap wajah Mikail. Eee,..mamat ni..aku tumbuk karang..tetapi,di berikan senyuman manis pada pemuda itu..nanti kau..sabar Aileen.

' Awak nak apa..' tanya Aileen kasar..dia berpeluk tubuh,berdiri beberapa tapak dari lelaki itu..tetiba aje sms aku,nak jumpa... mamat ni ..huh..menyampah..

' Takda apa-apa,saja nak jumpa awak..' sakat Mikail,buku yang ada di tangannya sengaja di belek-belek di hadapan Aileen. Dia tersenyum kecil,Aileen masuk ke dalam perangkapnya. Mimik muka Aileen yang tetiba masam menarik perhatiannya..so cute.

'Kalau takda apa-apa,saya nak balik..' kata Aileen,malas di berlama-lama disitu,sakitkan hati aje. Mikail hanya memerhati gadis itu meninggalkan dirinya.Pada asalnya dia ingin mengembalikan buku itu,tetapi,..entah mengapa dia suka melihat Aileen bermasam muka. Menarik sekali...Mikail berlari mengejar Aileen..

'awak..wait..' kini dia berdiri di hadapan Aileen.Wajah putih bersih itu di tatap,terukir senyuman di wajahnya..

His,apasal mamat ni? Aileen melangkah setapak ke belakang apabila di rasakan tubuh Mikail terlalu hampir dengannya. Mikail melangkah lagi ke depan menghampiri si gadis,Aileen kegelisahan. Kerutan di dahi kelihatan,Mikail tertawa kecil. Kekagetan Aileen akan dirinya mencuit hati.Hehehe..seronok pula mainkan dia ni.Dia perasan akan wajah yang tadi putih kini kemerahan..cantiknya..dia.Puji Mikail dalam hati..dia melangkah setapak lagi.

' Awak nak apa?' tanya Aileen lagi..tangannya menghalang agar tubuh Mikail tidak dekat padanya.Mikail tidak jadi melangkah,dia berpeluk tubuh.

Suasana sepi menyelubungi mereka,his,..apasal dengan dia ni..aku tanya,dia diam pula.Renungan mata Mikail terhadap dirinya meresahkan Aileen. Matanya di larikan ke arah kanak-kanak yang riang bermain sesama mereka, dia tidak mahu bertentangan dengan sepasang mata itu. Mikail tertawa dalam hati..novel yang sedari tadi di pegang di hulurkan pada Aileen.

'nah..awak punya kan..' Tanya Mikail..

' Kenapa?' Aileen kehairanan..sepasang mata itu kembali di tatap.

42

' Awak punya,..tak nak? Kalau tak nak,saya simpan..' kata Mikail,Aileen mencebik. Novel itu di ambil,tetapi sesaat kemudian di serahkan kembali pada Mikail.Dia teringat akan ..oh,no...Mikail hanya tersenyum..gotcha!!

' Hmm,..jadi awaklah orangnya yang langgar saya hari tu..' teka Mikail.Aileen terpempam,dia ingat? Apa aku nak buat ni..tapi,..

' Ek..sorry eh..awak yang langgar saya..huh..' kata Aileen,Mikail hanya tersenyum..

' Takda apa-apa lagikan,saya nak balik..' Aileen menukar topik..malas berbual panjang dengan lelaki di hadapnnya itu..something feels not rite.

Baharu sahaja dia ingin melangkah,pergelangan tangannya di rentap.Aileen menoleh,..matanya merenung ke arah tangannya yang kini dalam genggaman Mikail. Aileen cuba menarik tangannya,tapi..pegangan Mikail terlalu kuat..Mikail menarik Aileen agar menghampiri dirinya. Aileen cuba melepaskan diri.Apasal dengan mamat ni? Tubuhnya kini berada di hadapan Mikail..matanya memandang keliling,janganlah dia buat apa-apa.

' Jangan..let go of me..' bantah Aileen,Mikail tidak mempedulikan..tubuh itu semakin di dekatkan lagi kepada dirinya. Aileen menarik pergelangan tangannya.. terlepas...

'Huh..awak nak apa sebenarnya?' marah Aileen. Dia berundur setapak ke belakang. Mikail tidak mempedulikan apa yang di katakan oleh Aileen.sekali lagi,di Tarik tangan Aileen..dan tubuh itu di tarik lagi agar menghampiri dirinya..Aileen meronta melepaskan diri..tetapi,jarak antara dia dan lelaki itu hanya dua tapak kaki..Aileen memejamkan mata..tidak tahu apa yang akan di lakukan oleh Mikail.Ya Allah..please help me..

' Awak ingat saya nak buat apa?' ketawa Mikail..pelukan terhadap Aileen terlerai.Aileen menjeling marah,kurang asam..dia mainkan aku.Huh,...Aileen melangkah pergi...buku novel tadi di serahkan kembali pada Mikail.Tidak di hiraukan akan panggilan Mikail memanggil namanya. Aileen menoleh ke belakang,.weeek..Aileen menjelirkan lidah pada Mikail.

Mikail tersenyum,..di seluk poket seluarnya..foto Aileen yang terselit pada novel di tatap.Hehehe,..aku dah jumpa dia. Tunggulah...

' Adik..' panggil ayah,Aileen melangkah ke pintu..bayangan peristiwa semalam terpadam dengan sendiri.

' Ya ayah,..' Encik Zainorddin yang berdiri di hadapannya tersenyum,..di hulurkan suatu bungkusan hadiah pada anaknya. Aileen..terpesona,kertas bungkusan yang cantik menarik hati.Aileen cuba meneka apa yang ada dalam bungkusan hadiah itu.

' Apa ni,ayah?' tanya Aileen.

' Adik buka aje,..nanti turun tau,makan...Dah solat?' Aileen hanya menganggukkan kepala.

' Ayah turun dulu,..lah,ayah lupa..mungkin dalam minggu depan angah balik..'

Pintu bilik di tutup,tubuhnya di rebahkan atas kerusi panjang di tepi tingkap.Di amati bungkusan itu,..sesekali Aileen menggoncang perlahan. Bungkusan yang cantik itu di buka dengan rapi,terasa sayang ingin mengoyakkannya.Kini,tertera di hadapannya sebuah kotak kayu,halus buatannya. Di dalamnya ada sekalung rantai perak berbuahkan patung teddy bear.Aileen tersenyum riang..

/��_oǕ�


ONE FINE DAY (FIN)Where stories live. Discover now