Part 28

943 12 0
                                    

Kedua sahabat itu berpelukkan..encik Alias dan encik Zainorddin tersenyum mesra,..

' eh,maaf..masuklah..apa mimpi hang tetiba je ada depan pintu rumah aku ni..' Tanya encik Zainorddin..

' aku datang bawa hajat..entah,budak-budak sekarang ni..orang tua suruh kahwin tak nak.ni tetiba minta hantar rombongan meminang..' jelas encik Alias menyatakan maksud kedatangannya..encik Zainorddin dan puan Mariam berpandangan sesama mereka..kerutan kelihatan di wajah masing-masing..rombongan meminang..

' ye kak..maaflah secara mengejut..saya pun baru tahu semalam..' jelas puan Maisara..

' hmm..tapi,hari tu Mikhail membantah..kenapa nak bertunang pula..' Tanya encik Zainorddin meminta kepastian..

' sebab saya dah jatuh cinta pada Aileen..dan saya nak memperisterikan dia..' kata Mikhail di sebalik pintu utama..jujur memberitahu perasaannya..encik Zainorddin tersenyum..

' Mikhail..tapi,Aileen dah tahu ke..' tanya encik Zainorddin..wajah Mikhail di renung..mencari kepastian..dia tidak mahu Aileen di permainkan..

' tidak uncle..saya dah jelaskan pada dia..tapi dia menolak..' kata Mikhail..

' hmm..uncle tak boleh buat keputusan..uncle kena tanya tuan tubuh..' kata encik Zainorddin..senyuman tersuging di wajah itu..keberanian Mikhail menambat hati tuanya..wajah isterinya di tatap kasih..puan Mariam tersenyum..faham akan maksud pandangan si suami..


****************

Wajah lelaki di hadapannya itu di renung tajam..apasallah mamat ni bodoh betul. Tak faham bahasa ke? Aku bukan cakap bahasa tamil atau mandarin,bahasa melayu aje..his geramnya aku...masih terbayang di ruang mata wajah umi dan ayah terkejut akan kedatangan rombongan meminang dari pihak Mikail.Hujan takda,ribut takda..alih-alih rombongan datang.Nasib baik ayah cuti,kalau tak..pengsan umi di buatnya. Pedih telinganya mendengar leteran umi dan ayah semalam..siap di sindir lagi.

' Kalau dah kemaruk tu bagi tau nak kahwin..ni tak main serbu aje..' marah ayah.Aileen hanya tertunduk membisu angah tiada untuk membantu,minggu lepas dah terbang ke Australia...mukanya merah membahang..nanti kau Mikail. Kini lelaki itu di hadapannya,nak saja aku cekik-cekik mamat ni..sabar Aileen..sabar..

'Awak ni kenapa? Tak faham ke apa yang saya katakan tempoh hari..saya tak nak kahwin dengan awak.Hal dua bulan lepas tu,lupakan aje..dah settle kan..' marah Aileen. Mikail merenung lembut wajah itu..Aku bukan tak faham bahasa,tapi..entahlah.Aku memang nak kahwin dengan kau..lagipun abah yang desak,but to be honest..i think..ye ke..?Takkan kot..Mikail bersoaljawab dengan dirinya sendiri..

' Mikail..' panggil Aileen..lengan Mikail di cubit geram.

' Aduh,..sakitlah..' marah Mikail..habis merah lengan aku..dia ni kan..

' Tau pun,orang tengah cakap dengan dia..boleh berangan pula?' marah Aileen..eei,mamat ni ..

'Maaf,..saya faham..tapi,saya nak kahwin dengan awak..' beritahu Mikail tanpa selindung..dia telah jatuh cinta pada Aileen..sejak bila dia tidak tahu.

' Huh..alasan..' Aileen mengeluh..tidak percaya apa yang di katakan oleh Mikail. Lelaki,..hanya cinta manis di mulut,hati tiada siapa yang tahu.

' Suka hati awak..nak percaya atau tidak,tetapi..saya takkan batalkan niat saya..' tegas Mikail..sepasang mata Aileen di renung tajam..dup..dap..dup..beberapa minit kemuadia Aileen menoleh kea rah lain..yay,aku menang..hehehehehe..

'Huh,jangan nak perasan..' jeling Aileen melihat Mikail tersengih-sengih suka.

' Memang saya perasan pun,sebab saya tahu saya dah jatuh cinta pada awak..' kata Mikail...berani..biar betul..boleh percaya ke..tak..no way..

ONE FINE DAY (FIN)Where stories live. Discover now