Part 33

958 12 0
                                    

Mikail berjalan ke hulu ke hilir di dalam biliknya,hatinya berasa tidak keruan. Apa kata umi nanti,..his,..pening aku di buatnya.Peluh yang merintik keluar membasahi baju yang di pakainya..panaslah pula dalam bilik ni. Mikail melangkah menghampiri tingkap..deruan angin yang masuk menerpa ke wajah..apa aku nak buat ni?? Tuala yang tersangkut di belakang pintu di ambil...

Langkah kakinya laju menuruni tangga,hanya t-shirt merah hati dan jeans lusuh tersarung di badannya. Kunci kereta yang di letakkan atas meja berhampiran telefon di genggam..

' Angah nak pergi mana?' tanya Along,yang baharu sahaja pulang dari kerja. Mikail tidak menjawab,..dalam kotak fikirannya hanya ada Aileen.Matilah aku kena marah..omel Mikail. Terbayang di ruang mata wajah garang Aileen.

' Angah,nak pergi mana malam-malam macam ni..?' tanya puan Maisarah yang duduk di ruang tamu..kelihatan anak terunanya itu kegelisahan.

' Keluar sekejab ma,abah..' beritahu Mikail.

' Yelah,pergi mana? Jangan nak buat hal lagi..' puan Maisarah memberi amaran. Mikail hanya mengangguk tanda faham..

' Kirim salam kat Aileen dan umi tau..' sakat puanMaisarah.Mikail tersenyum simpul,mama...

Enjin kereta di matikan,Mikail meliarkan pandangan ke halaman rumah Aileen. Puan Mariam dan Encik Zainuddin sedang bersantai di balkoni. Bismillah...handphonenya berdering.

' His,..siapa pula lah ni..' tertera nama Zarin di skrin telefon. Alamak abang dia..apa aku nak buat ni..Mikal berdiam diri dalam kereta. Beberapa minit setelah telefon itu tidak berhenti berdering baharu diangkat..

' Hello..bro..' kata Mikail ceria..

' Bro..assalmualaikum..tetiba sunyi..' tanya Zarin.

' Busy sikit..kau macam mana..' tipu Mikail..

' Okai ja..wei,bulan depan aku nak balik..tapi jangan kasi tau Aileen..nanti macam-macam dia minta aku beli..' pesan Zarin...Mikhail tersenyum,

' Yelah..wei,sebenarnya aku kat depan rumah kau ni..nak jumpa dengan Aileen,ada hal yang belum di selesaikan..' kata Mikail.Dia tidak mahu terusan berbual dengan Zarin nanti terlepas cakap..

' Ye..apa kau buat kat sana?' tanya Zarin..Mikail menelan air liur.Apa aku nak jawab ni..

' Bro..emm..okailah,kedit aku dah nak habis ni..nanti aku call kau lagi..adios.' kata Zarin sebelum memutuskan talian. Fuh..selamat aku..

' Siapa yang datang tu,Yam?' Tanya Encik Zainuddin,matanya masih terarah pada BERITA HARIAN di depannya.

' Mikail,bang. Nak jumpa dengan baby kot..' kata puan Maisara.

' Assalammualaikum umi,abah..' sopan Mikail,kedua tangan mertuanya di salam.

' Waalaikumsalam..Mikail..tetiba aje datang malam ni. Ada janji dengan baby ke..Umi tak tau pun..' kata umi. Mikail mengeleng laju.

' Bukan umi,Mikail datang ni...nak minta maaf.Mikail dah buat salah..' kata Mikail..mukanya tertunduk.

' Maaf,pasal apa..salah?' kata abah hairan..matanya berpandangan dengan isterinya.

' Kalau yang dulu,umi dan abah dah maafkan..' beritahu abah,bahu menantunya itu di usap lembut..memang benar dia telah memaafkan Mikail..ini kerana pemuda itu membuktikan bahawa dia seorang yang bertanggungjawab akan kesalahannya. Mikail hanya tesenyum nipis.

' Mama tak bagi tau pada umi?' tanya Mikail.

' Ohh..yang tu,umi dah tau..tapi bukan salah Mikail kan..mama kamu dah ceritakan.' Beritahu umi...wajahnya tenang sahaja..

ONE FINE DAY (FIN)Where stories live. Discover now