Part 26

922 14 0
                                    

Kahwin! Dalam usia dua puluh dua tahun..huh,aku tak terfikir akan perkara ini.Serabut kepalanya,tadi semasa dikelas,..fikirannya melayang entah ke mana.Apa yang di terangkan oleh prof Meei lansung tidak melekat dalam kotak fikirannya.Kakinya melangkah laju ke cafeteria,..milo ais di hirup perlahan. Mana AyuNatasha ni,kata jumpa kat sini? Aileen menoleh keliling,..penuh cafeteria oleh pelajar..maklumlah hari khamis,pelajar lebih suka makan di dalam kampus..dari membuang duit di luar. Hampir setengah gelas air telah di hirup,bayangan AyuNatasha masih belum kelihatan.

'Assalammualaikum..' tegur seseorang,Ailen mengangkat muka.

'Awak tunggu siapa? Dari tadi duduk kat sini sorang-sorang..' Aileen masih lagi membisu. His,apasallah terjumpa dengan mamat ni..buku yang sejak tadi di pegang,di belek satu persatu.Zafrin tersenyum kecil,dia tahu Aileen mengelak dari berbual dengannya.

'Berapa tahun kita tak jumpa,Leen?' pancing Zafrin,agar gadis di hadapannya bersuara.

' Dalam tiga tahun kan..' kata Zafrin,apabila Aileen masih lagi membisu.

'Assalamualaikum..' kata seseoarang,Aileen dan Zafrin menoleh ke arah suara itu. Degupan jantung Aileen bertambah laju,apalah nasib aku hari ni..belum selesai bala satu ni..datang bala kedua. Segaris senyuman di berikan pada Mikail.

'Awak dari mana?' tanya Aileen,bermanis kata.Mikail melabuhkan punggung bersebelahan dengan Aileen.Terdengar dengusan kecil dari bibir mungil itu.

'Saya cari awak kat library tadi..kenapa tak call ada kat sini..' Mikail berbohong...baharu sebentar tadi dia cuba berbincang dengan Aileen pasal perkahwinan mereka Seleranya terbantut melihat gadis itu kegelisahan di ganggu mamat sorang ni..baik-baik dia menjamah mee goring mamak,ada panorama yang menyakitkan hati.

' Sorry,..' kata Aileen,dia tertunduk.

'Takpa,..tak nak kenalkan kawan awak ni..' Mikail memandang ke arah Zafrin,lelaki itu hanya tersenyum sumbing.

' Lupa,..ni Zafrin,kawan dari sekolah menengah dulu..lama dah kami tak jumpa.' Jelas Aileen..memperkenalkan mereka berdua.Mikail bersalaman dengan Zafrin..

'Mikail...' pandangan matanya meneliti pemuda di hadapannya..boleh tahan.

'Zafrin..' Mikail menganggukkan kepala.

'Awak free tak malam ni?' tanya Zafrin kepada Aileen,..

Mikail dan Aileen berpandangan sesama sendiri..His,mamat ni..naik rimas aku di buatnya.Omel Aileen dalam hati..terasa tangannya di pegang erat di bawah meja. Aileen menoleh ke sisi,Mikail hanya selamba.Ni lagi sorang..

'Aileen...?' tanya Zafrin lagi.

'Maaf,malam ni saya nak temankan Umi..dah janji.' Bohongnya..Mikail tersenyum simpul.

'Ohh..kalau macam tu,esok..boleh?' kata Zafrin tidak putus asa,tidak di hiraukan kelibat Mikail.

' Saudara,nak ngurat anak dara orang tu berpada-pada..' sindir Mikail..

' Zafrin,please..go. We finish..' ucap Aileen.

' Tapi,Leen...I am,...'

' Please,...' tubir matanya mula berkaca..

'Kalau saya mesti pergi,dia pun juga..' tunding Zafrin pada Mikail.Wajahnya merah menahan marah.

'Pasal aku pula..' marah Mikail,Aileen tertunduk..di toleh Mikail di sisi.

' Zafrin,please...dia ni..' his,macam mana aku nak bagi tahu ni..gengaman tangan Mikail masih melekat pada tangannya.

' Dahlah,jom pergi...' pujuk Mikail,di tarik tangan gadis itu agar mengikutinya. Aileen mengangguk lemah..airmata yang ingin menitis di tahan agar tidak jatuh.

'Leen..' panggil Zafrin,dia menoleh ke belakang..wajah kecewa Zafrin menyakitkan hatinya.

'Maaf,kau dah sia-siakan peluang yang aku beri..tiga tahun aku tunggu..tapi,..' kata Aileen,lalu menarik Mikail berlalu dari situ. Mikail hanya menurut,airmata yang mengalir di pipi gadis itu menimbulkan persoalan di benaknya. Siapa lelaki itu? Apa kaitannya dengan gadis ini? Kekasih..??

Apasal dengan mamat ni,janganlah tengok aku macam tu.. His,..Aileen mengesat air mata yang membasahi pipi.Bodoh betul,pasallah aku menangis sebab dia. Bodoh!! Aileen memarahi dirinya sendiri. Dia menoleh ke sisi,panahan mata itu menikam ke hati,..lidahnya kelu untuk berkata-kata. Aileen kembali memandang ke depan. Sesaat..seminit..kebisuan menyelubungi mereka.

Mikail masih lagi berteka-teki dengan dirinya..siapa lelaki itu...apa kaitannya dengan gadis di sisinya ini?? Wajah yang putih bersih itu di tenung tanpa berkelip..entah mengapa suatu perasaan asing timbul di benaknya. Cemburu? Tidak mungkin..kami baharu aje kenal.

' Tentu awak tertanya-tanyakan siapa lelaki tu..' Aileen berbicara..

' Dia teman lelaki saya,tetapi..dah tiga tahun kami tak jumpa..apatah lagi sms dan telefon. Entahlah,..saya tak tahu sebabnya.' Beritahu Aileen,..jujur.

 'Awak masih sayangkandia,..' tanya Mikail..entah mengapa dia cemburu..

'Entah,..perasaan itu semakin pudar..'kata Aileen tersenyum kelat. Jari-jemarinya di patahkan satu persatu. Hmm..Mikail tersenyum,tabiat Aileen yang sukar di buang..

' Emm..' tubuhnya di sandarkan ke kerusi batu itu..lega.

' Terima kasih,sebab tolong saya tadi..' wajah lelaki itu di tatap..kelihatan lesung pipit pada bibir apabila Mikail tersenyum.Aileen terkesima...comeinya.

'Not a big deal..' kata Mikail.

' Okai,saya pulang dulu..' pinta Aileen,..

' Ehh..nanti dulu,ada benda saya nak bagi tahu. Pasal kita,saya rasa..terpaksa kahwin.Saya dah bincang dengan ayah,..maybe minggu depan saya hantar rombongan meminang.' Beritahu Mikail..tidak mahu tertangguh lagi.

'Tapi,..huh.' baru aje sekejap aku tersuka dia..dah buat masalah balik. Aileen menjeling tajam..

'Huh,..tengoklah,tapi,..saya memang tak setuju.' Bantah Aileen..lalu meninggalkan Mikail..tetapi,tangannya di tarik ke belakang..

'Lepaskanlah..' marah Aileen,Mikail tidak mempedulikan..tubuh itu di tarik menghampiri dirinya. Pinggang ramping Aileen di peluk erat..matanya merenung tajam ke sepasang mata itu. Di tatap lama,Aileen kegelisahan.Apasal mamat ni..his..ni yang aku tak suka,suka hati dia aje nak peluk orang..ingat aku ni patung..pandangan matanya di arah ke tempat lain.

Wajahnya terasa panas membahang,kurang ajar. Marah Aileen apabila terlihat Mikail tersenyum suka. Mikail mendekatkan wajahnya pada Aileen,..dia membisikkan sesuatu pada gadis itu..Aileen terpempam.

' Huh..biar betul.' Kata Aileen tidak percaya,..Mikail tertawa kecil,melihat mimik muka Aileen yang terkejut kelihatan lucu.

' Bye,jumpa minggu depan.' Ucap Mikail,dia mengucup pipi Aileen..sebelum melangkah pergi.

' Huh,berani dia..' marah Aileen di kesat pipinya..kurang asam..sukasuki cium pipi aku..


ONE FINE DAY (FIN)Where stories live. Discover now