BAB 9

86 6 0
                                    

***

"Okay bro, biar hari ni aku belanja kau makan " cadang Nash yang berjalan di sebelah Cam.

"Eh sejak bila kau pemurah ni? bukan dulu susah gila ke kau nak spend duit kau. tangkai jering " Cam tergelak.

Nash tergelak sekali.

"Laaa aku nak celebrate kau balik, kau kan dah lama tinggalkan aku... " Nash mencebik.

Cam terdiam. Dia berlari ke arah batu kecil dan menyepaknya sekuat hati.

"Aku pulak aku pulak" Nash berebut-rebut untuk menyepak batu itu.

"HAHAHAHAHA " nash dan Cam gelak sakan. Nash mengurut-ngurut perutnya.

"Jen" sebut Nash melihat Jen berdiri memandang ke arah mereka.

Cam mengangkat kepalanya.

"Nash cop tempat dulu nanti aku datang " arah Cam sebelum menarik Jen pergi.

Nash hanya menuruti arahan dan memasuki kedai.

Kedai makan ni memang tengah lengang tak ramai pengunjung. Makanan belum diorder. Takut kalau Cam nak makan benda lain pula.

Cam muncul dengan muka yang merah.

"Kau okay ke?" soal Nash risau.

"Tak, sebab aku lapar " Cam menayang gigi tapi mata tak boleh menipu.

Nash hanya mengangguk walaupun dia tahu Cam membohonginya.

"Adik nak makan apa? " soal lelaki yang jelas lebih tua daripada mereka berdua.

"Emmm... bagi saya nasi pataya dengan air sirap" ujar Nash.

Waiter itu memandang Cam pula untuk mendapatkan pesanan.

"samalah abang " kata Cam.

"Hm air bagi jus-" belum sempat Nash bagi cadangan Cam sudah memotong mengatakan dia mahukan air yang sama seperti Nash iaitu sirap.

"itu je " soal waiter.

"itu je bang "jawab Nash.

Waiter beredar pergi.

Nash memandang Cam yang ralik main handphone.

"Apa? " soal Cam yang sedar Nash sedang merenungnya pelik.

"Sejak bila kau minum air sirap? Bukan kau tak suka ke? " Nash meletakkan siku dia di meja makan serupa gaya gangster.

"okay " Cam meletakkan phone yang melekat ditangannya dari tadi di meja.

"Masa dua minggu kat luar negeri haritu, aku start minum sirap sebab bila aku nampak air sirap je nampak kau. So bagi mengisi ketiadaan kau disisi aku minumlah sirap. Not bad "jelas Cam panjang lebar.

"Nah ni adik pesanan adik " kata waiter tadi.

Nash dan Cam menikmati hidangan mereka seolah kebulur tak makan sebulan.

****

"Thanks bro belanja makan tadi, tak payah lah aku makan masakan ibu aku " kata Cam tergelak.

Ibu Cam memang tak pandai masak tu sebab Cam selalu menempel di rumah Nash.

"Hey Mak Cik Anne! " sapa Nash pada ibu Cam yang sudah berada di muka pintu.

Tapi tidak disahut sapaan Nash.

"Mak aku sakit gigi lah bro " kata Cam.

"Oh patutlah "

"Aku masuk dalam dulu jumpa nanti bye! " kata Cam.

Cam berlari anak ke muka pintu dan melambai ke arah Nash sebelum masuk.

Nash mengambil nafas yang dalam sebelum menyambung perjalanan ke rumahnya yang hanya bersebelahan dengan Cam.

" Hey Nash! "sapa Hayes yang sedang menyiram pokok.

" Awal kau balik "Nash aneh dengan Hayes yang balik awal darinya.

Walaupun dia singgah makan kejap tapi Hayes selalunya akan pulang lewat petang.

"Aku mana ada sekolah aku demam " balas Hayes senafas.

Nash cepat-cepat meletakkan tangannya pada dahi Hayes bagi check suhu badan adiknya itu.

"tak panas sangat " kata Nash.

"Hishh" hayes menepis tangan Nash.

"Aku dah eloklah " ujar Hayes.

"Dah masuk dalam rehat " Nash menarik Hayes masuk ke dalam rumah.

"Ni tak tak siram pokok pula " bebel Nash.

"Risau gak kau pasal aku eh? " Hayes chuckled.

"Risaulah kau satu-satunya adik aku dah masuk " Nash memaksa Hayes masuk ke rumah.

Alamak Kawan Aku Vampire Rupanya (COMPLETED)Where stories live. Discover now