"Weyh jum.. pegi jumpa cikgu sammy " cadang Mike tiba-tiba.Entah mengigau apa dia.
"kan dah lama tak jumpa cikgu kita tu, alik-alik dah pindah " kata Ash pula.Ash setuju . Lagipun,mereka bukan nak buat apa cuti empat hari ni.
"Jum Cam " Nash menyiku perut Cam tiba-tiba .
Cam mengurut perutnya yang senak.
"Ish kau ni! " Cam menduku kepala Nash.
Nash cepat-cepat menghadang dengan tangan.
"sebaik keturunan Grier " Cam bengang.
Calum tergelak melihat gelagat dua sahabat tu.
"Jum aku drive " Calum bangun setelah lama mencangkung. Kunci dikocek seluar di keluarkan.
Cam terdiam.
"Dah jum sayangku " Mike merangkul pinggang Cam untuk memaksa Cam bangun dari duduk yang lama.
Cam terhegeh-hegeh bangun.
Macam biasa Calum jadi tukang driver. Sebaik dia tak pernah berkira. Baik juga hati budak bernama Calum Hood ni nampak je brutal.
Pemandangan sawah padi dihadiahkan ketika melusuri ke arah kediaman Sir Sammy.
Kali terakhir mereka ke sini dua tahun lepas. Trip kelas mereka diadakan di sini.
Masih segar diingatan di mana...
flashback
"Calummmm hooddd kejar la aku kalau kau beraniiii" cabar Luke selepas merembat beanie berwarna biru laut kesukaan Calum.
Ash jadi tukang gelak. Mike pula jadi tukang rakam untuk memori katanya.
Nash dan Cam pula entah tengah buat apa entah berdua tidak jauh dari mereka.
"Luke jangan ar camni kasi ar balik. Becak ar! " Calum bising tadi masih mengejar.
"Hahahaha " Luke tergelak gelak sampai terbongkok-bongkok.
"Bagi bagi " Calum menarik balik dari tangan Luke .Luke terkejut dengan Calum yang dekat dengannya padahal Calum jauh ditinggalkannya.
"Ahhhhhhh" terjelopok Luke dan Calum jatuh di dalam bendang. Splash! Air membasahi hingga terbenam muka Calum. terjatuh sebab terlanggar joran Cam dan Nash.
"korang buat apa? " berang Luke.
"kitorang tangkap ikan, kan Nash" jawab Cam.
"Mangkuk kau! Sini mana ada ikan eii! " Calum segera menghalang Luke dari memukul Cam.
end flashback.
Tula dulu Luke layan Nash dengan Cam teruk gila.Lagi-lagi bila Magie perempuan yang disukai Luke menyukai Cam. Even Cam tak melayan tapi Luke still berang.
Tapi Mike, Calum dengan Ash hanya melayan biasa.
Namun, Cam dan Nash pula turut bantu ingin membela kematian Luke.
"Yeay dah sampai! " teriak Mike sebaik keluar dari kereta.
Dah kebas punggung. Lama juga perjalanan yang memakan dua jam.
"Hey Mike! Calum! Nash and... Cam " sapa Sir Sammy yang seakan baru keluar dari rumahnya.
"Hey Sir! '" Mike maju ke hadapan membuat gaya askar.
"Hey mana Luke? " mata Sir Sammy melilau mencari Luke di antara mereka.
Mike yang dahulunya ceria berubah diam membisu.
"Kalau ye pun Sir bagilah kami masuk " kata Ash yang sememangnya pelajar kegemaran Sir begitu juga Cam.
"Oh lupa pula jemputlah masuk" ramah Sir Sammy.
Selepas saja mereka dibawa masuk. Mereka menceritakan apa yang terjadi pada Luke. Sir Sammy merasakan turut bersimpati.
Tapi Sir Sammy seperti menyembunyikan sesuatu.
"korang bermalam lah kat sini... dua hari ke? " pelawa Sir Sammy.
"alright sir " kata Mike lantas tanpa berbincang dengan yang lain.
"matilah aku " bisik calum sendirian. Even mak ayahnya keluar oversea tapi takut takut kalau ibubapanya pulang awal dari yang diberitahu.
Ash hanya membisu seribu kata .Menyampah dari tadi tengok lalat menghurung.Banyak betul lalat dekat sini.
Nash yang duduk bersila bersebelahan Ash terus menampar pipi kanan Ash.Ash tersentak.
"Ish kau ni nak apa !" Ash membuat muka bengis tahap infiniti.Habis kecut perut Nash dibuatnya.Niat dia baik,nak halau lalat dari kacau Ash je .
"Tula dari tadi lagi perangai macam tu " Cam menyokong Ash yang memarahi Nash.Masih tidak berpuas hati dengan insiden pagi tadi mungkin.
"Alaa..Ash aku nak halau lalat tu je " Nash mencebik sendirian.
"Ish Ash tu pun nak marah " Mike memeluk bahu Nash.
Cam merasa bersalah pula naik angin dengan Nash tak tentu pasal.
"sorry Nash" Cam meminta maaf dengan nada perlahan.
"sorry Nash " kini giliran Ash pula meminta maaf .Guna ayat sama pula tu , tu pun nak copy paste.
"takpela,aku okay je " Nash tayang gigi barisan hadapan.
Calum yang dari tadi menyepi tekun menelaah telefon pintar miliknya yang baru bertukar jenama.
"sini memang banyak lalat pun , ikut musim " jelas Sir Sam yang datang setelah pamit dengan sedulang talam di tangan .
Sir Sam menghidangkan air teh panas kepada bekas pelajar-pelajarnya.
"Pandai Sir bancuh air " Calum memuji.Phone yang menghangat di tangan disimpan di kocek.
"Hm hidup lagi kau !" kata Mike sinis sambil menghirup air teh gelojoh.
"Ah panas panas !" Mike memegang lidahnya yang rasa seperti terbakar.
"padan muka " Calum menjeling Mike.
Ash,Cam ,Nash dengan Sir Sam hanya jadi tukang tengok .Seronok juga tengok , telatah manusia yang berpelbagai ragam ni.Cuma tak best sangat sebab takde popcorn.
****************************************************************************************************************************************************************************************
p/s : So , apa korang rasa ? Kesian , Nash kan Cam marah dia , Ash pun marah dia.
YOU ARE READING
Alamak Kawan Aku Vampire Rupanya (COMPLETED)
Про вампировCerita(kelakar seram) ni berkisarkan tentang dua jejaka yang bersahabat baik sejak dari kecil, Nash Grier dan Cameron Dallas. Semuanya tampak normal hingga satu ketika apabila salah seorang rakan sekelas mereka Luke ditemui mati di dalam kelas. Pun...