Bab 20

79 7 0
                                    

**

"Weyh korang sape lambat tido tutup lampu !" Ash memberi arahan .Mata pun dah layu kepenatan macam dia pula yang drive tadi , padahal Calum yang jadi supir.

"hmm yela " balas Mike malas .

Mereka berlima tidur di ruang tamu cikgu Sam yang agak luas.Mereka tidur menggunakan toto yang diberikan cikgu Sam.Bergelimpangan mereka tidur.Serupa macam anak tak cukup kasih sayang.

" Cam !" panggil Nash pada Cam disebelahnya seakan berbisik.

"ye " balas Cam ringkas .Dia baring mengiring memandang arah Nash.

"tengok ni " Nash menyerahkan handphone miliknya pada Cam.

"Asal minah ni ? macam gatal semacam je " Cam aneh dengan tweet minah yang bertweet dengan Nash.

"tula pasal ,cam mana eh ?" Nash sudah tidak keruan.Nash memang tak boleh handle minah hormon terlebih ni . Kalau masa form 3 dulu pun , Nash pernah diganggu perempuan psycho dan Cam lah menjadi penyelamatnya . 

"nama pun pelik , Mrs Cun ! Gambar panda .Cun tang mana pun aku tak tahu " Cam berleter pada Nash .

Nash dan Cam berdekah gelak.

Mereka terhenti setelah menyedari Ash yang sedang tidur disebelah Nash. Cam tidur hujung sekali.

(susunan tidur dari kiri Mike ,Calum ,Ash,Nash ,Cam )

"ha gelak apa tu ? kutuk aku lah tu " Calum perasan nak mati.Entah kenapa pula Calum emo semacam.

"bila masa ?" Nash mengerutkan kening.Sebaik Nash ni chill . Cam dah rasa nak penumuk Calum je.

Calum kembali bermain phone.Mike pula dari tadi memang dah fokus main phone sampai tersengih-sengih.

"Eh dia balaslah " Nash menggigit kuku sambil skroll telefon menggunakan ibu jari.

Cam kembali tumpukan pandangan pada Nash setelah memerhatikan Mike yang seakan aneh.

"dia cakap apa ?" Cam menyoal Nash yang tertangkap pandangannya pada telefon yang dipegang dengan erat.

"nak jumpa " Nash bertukar pandangan mata dengan Cam.

"Hell yah korang baru bertweet berapa minit kot " Cam meluahkan apa yang dirasakan.

Mike terkekek gelak .

"Diamlah Mike aku nak fikir karangan nak karang bagi kat mak ayah aku " Calum yang jelas terganggu dengan ketawa Mike yang serupa pig.

"sorry sorry " Mike buat tangan ala minta maaf .Dia tahu Calum dah memang cuak dari tadi.Confirm kena ceramah lagilah mereka berlima secara berjemaah.

Kesalahan pertama , curi curi pandu kereta ayah Calum lagi.Kedua , menginap di rumah cikgu tanpa inform family.

Cam memandang Mike pelik .

"Mike bagi telefon kau " Cam segera bangun dan berjalan ke arah Mike.

"Apsal pula " Mike yang dahulunya baring kini kembali duduk bersila .

"Aku cakap bagi bagi jela " Cam cuba merampas handphone milik Mike.

"Ah tak boleh " Mike berkeras hingga menyebabkan pergelutan.

Nash segera bangun bagi memberi bantuan kepada Cam walaupun dia tidak mengetahui apa yang sebenarnya yang terjadi.

"Give that to him !" Nash sekali melibatkan diri dalam pergelutan tu.

"Hish korang ni kenapa " kata Calum sedikit menjerit kerana  disebabkan Mike dia sekali kena terlibat.

"Bagi phone kau "

"no way ni phone aku ko kenapa nak ambil "

"sebab ko lah Mrs Cun yang kacau Nash kan "Cam berkata pada Mike yang kini meneguk air liurnya payah.

"m-macam mana kau tau " Mike tersengih macam kerang busuk.

"What ! "

"Tak guna kau Mike ! Patutlah kau memang miang pun " Nash menarik rambut Mike.

"Ah sakitlah rambut aku gila ! " Mike cuba menolak Nash .

Namun dia masih menyempat untuk gelak.

"macam mana ni macam mana ni " Calum buntu nak bantu Mike.Dia pun terus menarik rambut Nash yang masih menggenggam helaian rambut Mike.

"Ahhh rambut akuu " kini Nash pula menjerit tapi masih tak melepaskan Mike.

Cam dalam usaha membantu Nash terus menarik rambut Calum pula.

"Adoi mak sakitlah !" Calum meronta ronta.

Entah macam mana mereka berempat terhempap Ash yang sememangnya sudah dibuai mimpi.

"korang ni dah kenapa " jerit Ash dalam mamai .

Mereka berempat terus senyap.Hanya bunyi kipas yang kedengaran.

Mike menunding jari ke arah Cam.

"diam , kalau tak aku tumbuk sekor sekor "Ash memberi amaran seakan surat merah .

Ash terus kembali tidur.

"tapikan , macam mana kau tahu " soal Mike memandang ke Cam.

"gambar panda tu kan aku punya wallpaper , kau suruh aku bluetooth kat kau pagi tadikan" Cam memperjelaskan situasi yang terang lagi bersuluh.

Calum terus menduku kepala Mike.

"Ah sakitlah " Mike memegang kepala.Mike check mana tahu berdarah sebab diduku Calum.

"Nak buat jahat , tapi bongok" kata Calum.

Mereka berempat ketawa dan kembali senyap setelah sedar Ash sedang memberikan pandangan tajam kepada mereka.

Mereka mengambil keputusan untuk tidur .

"Jangan risau , Calum nanti aku back up kau kalau mak ayah kau marah nanti " bisik Mike pada Calum.

Calum hanya tersenyum . Mike memang macam tu walaupun gila-gila tapi dia memang kawan yang berguna saat genting.

********************************************************************************************************************************************************************************************************************************************

p/s : Sorry lambat update busy lately :) 

Alamak Kawan Aku Vampire Rupanya (COMPLETED)Where stories live. Discover now