***
" Cam aku balik kelas kejap dompet aku tertinggal lah " ujar Nash bergegas pergi.
"Cepat sikit nanti Cikgu Lew marah " jerit Cam pada Nash.
Cikgu Lew guru pjk mereka. Siapa yang tak kenal Cikgu Lew sesiapa yang lambat ke kelasnya pasti akan didenda. Pumpinglah,jalan itiklah,cuci tandas,siram pokok bunga.Siram pokok bunga seriousy ?Betul ,ada...
"macam mana la boleh tertinggal " keluh Nash sendirian sebelum memasuki muka pintu kelas.
Nash berdiri tegak di hadapan muka pintu kelas. Langkah yang dahulunya laju diberhentikan serta-merta.
"Weyh Luke asal kau tak pergi kelas pjk lagi " soal Nash.Dia bukannya mahu menyibuk tapi entah dia saja mahu menanya.
Luke masih statik membaringkan kepalanya di meja.
Nash bergerak ke meja miliknya yang berada dibaris hadapan dan mengambil dompet yang tertinggal di dalam laci.
'Fuh nasib baik , kalau tak confirm lesap duit aku ' desis hati Nash setelah check dompetnya masih lengkap dengan wang saku yang diberi ayahnya.
"Weyh nanti cikgu Lew marah lah "
Nash jalan mendekati Luke yang langsung tidak bergerak walau seinci.
Penat jugalah tadi kena berlari sebab tertinggal dompet sekarang kena layan mamat bajet macho ni .Dahlah segala pertanyaannya tidak berjawab .Kalau nak diikutkan hati mahu disikunya.
"D-darah "
Nash tergamam apabila mendapati darah membasahi baju Luke.
Nash cuba beranikan diri untuk mencuit-cuit Luke.
"ARGHHHHHH!!!! " Nash menjerit mendapati Luke sudah tidak bernyawa.
Nash jatuh terduduk . Dia menggeletar.
"Nash kau kenapa!! " jerit Cam tercungap-cungap selepas berlari mendengar jeritan Cam.
Murid-murid di kelas sebelah juga mulai mengemuruni.
"Kenapa ni? " soal Sir Lew yang baru muncul selang beberapa minit.
"l-luke sir " Nash tergagap menunding jari pada Luke.
"Omg apa dah jadi ni " jerit Sir Lew terkejut.
Polis dipanggil dan ambulance datang untuk mengambil mayat Luke.
Mike, Ashton dan Calum menangis teresak-esak setelah kehilangan rakan karib mereka.
Kelas cancel. Semua murid kelas disoal siasat. Pokoknya semua manusia yang wujud di sekolah St Cambridge disoal siasat.
Hampir lewat malam baru mereka dilepas pulang.
Punca utama kematian Luke kerana kehilangan darah. Tapi insiden yang menyebabkan kematiannya tidak pula dikongsi.
"Nash relaks " nasihat Cam.
Hayes memapah Nash yang jelas masih trauma.
"Aku nak call papa suruh ambil naik kereta tak mahu " bebel Hayes.
"Dah kau juga yang nak papah. Aku nak buat tak kasi. Takut kau jealous pula " boleh pula Cam berbuat lawak time macam ni.
"Dah pegi masuk " Cam membukakan tombol pintu rumah Nash.
Hayes membawa Nash masuk ke kamar biliknya.
"Nash are u alright " soal mamanya.
Mama dan ayah Nash sudah diberitahu melalui telefon oleh pihak sekolah
Nash memang jenis lemah semangat.
Ada satu hari tu Cam pedajal masukkan lipas di dalam baju dia habis seminggu jugalah demam.
Bernanah jugalah telinga Cam mendengar leteran ibunya setiap hari hingga Nash sihat sepenuhnya.
Apa yang bagusnya Nash langsung tak ambil hati dengan Cam. Dia membalas apa yang dilakukan Cam kepadanya dengan cara membuang kasut kegemaran Cam ke dalam tong sampah.Apabila disedari lori sampah telah mengangkut sampah berserta kasut kesukaan Cam baru tergopoh-gapah Nash memberitahu Cam.
Cam dan Nash pergi ke pusat ke pelepusan sampah haritu juga walaupun sudah lewat malam.
Bersusah payah Cam mengayuh basikal dan Nash hanya membonceng dalam jarak satu kilometer.
Setelah tiba ditempat yang ingin dituju Cam perlahan-lahan meletakkan basikal di tepi pagar .
Pak guard berjaga di pagar hadapan.
Saja mereka cuba mencerobohi tempat pelupusan sampah tu dari pagar belakang yang tidak dikawal sesiapa.
"Cam kau panjat dulu " bisik Nash.
Cam pun panjat pagar besi yang tidak tinggi mana .Selesai part Cam yang sudah mendarat disebelah sana Nash pula memanjat.Sampai je di atas pagar kakinya seakan ditarik.
Nash dengan muka panik melihat anjing sedang menggigit kasutnya.
"Oh Shit !"
Nash menggerakkan kaki sehingga kasutnya tertanggal lalu dibawa pergi oleh anjing gila tadi.
See what u give u get back.Kini Nash hanya memakai sebelah kasut.
"Ehem jumlah "Cam cuba untuk tahan gelak selepas Nash turun dari pagar.
Mereka mengoyakkan plastik sampah satu-persatu. Pelbagai rintangan yang mereka perlu tangani dengan Pak Guard, anjing gila. Sebaik Pak Guard tidur jadi senang untuk mereka panjat pagar untuk memasuki tempat pelupusan itu.
Hampir separuh sampah disitu mereka selongkar.
"Dah jumpa! " jerit Cam mengangkat kasut Kegemarannya di langit.
Nash bersyukur tak perlulah dia melakukan kerja tak bermoral tu lagi.
"Sape tu " jerit Pak Guard yang sudah terbangun dari tidurnya yang lena.
Habis lintang-pukang Nash dan Cam berlari. Ligat kaki Nash pula mengayuh Cam pula tak habis-habis menjerit "Cepat Nashhhhh Pak Guard tu kejar kitaaa!! "
Sampai je dirumah habis dileter kedua keluarga sebab balik pukul dua pagi bukan sebab tu saja faktor di marahi. Major reason sebab berbau sampah.
Habis dikuarantinkan tidur di luar rumah selama seminggu. Taknak rumah bau sampah. Nash dan Cam tidur di luar rumah di dalam khemah bersama selama seminggu.
Memori yang tak akan dilupakan mereka berdua.
***
p/s : Sorry lambat update . Vote or comment apa yang korang rasa ;)
YOU ARE READING
Alamak Kawan Aku Vampire Rupanya (COMPLETED)
VampireCerita(kelakar seram) ni berkisarkan tentang dua jejaka yang bersahabat baik sejak dari kecil, Nash Grier dan Cameron Dallas. Semuanya tampak normal hingga satu ketika apabila salah seorang rakan sekelas mereka Luke ditemui mati di dalam kelas. Pun...