BAB 17

91 6 0
                                    

***

"Weyh Mike mana? " soal Nash yang baru tiba di cafe bersama Cam.

"Mana lagi, jumpa Mak Cik Erish tula " Calum masih dalam mood mengunyah burger double cheese yang baru dibelinya.

"sape tu? " tanya Nash seraya menyelit di antara Ash dan Calum.

"Mak cik cleaner sekolah ni,  dah tua dah time rehat macam ni Mike akan sembang dan bagi makanan kat mak cik tu " jelas Ash sambil mulutnya enak ngup-ngap ngup ngap mengunyah makanan.

"Mak cik betul ke? " tanya Cam pula.

Calum menggelengkan kepala. "bukanlah Mike rapat dengan mak cik tu since form 1 lagi" ujar Calum.

Dia menepis tangan Nash yang mencubit ayam gorengnya.Ayam goreng yang menjadi makanan tambahnnya.

"Dia dah anggap macam mak dia sendiri.  Parents Mike kan selalu pergi oversea tinggal dia sorang " Ash terangkan .Ash dan Mike berjiran.  Rumah Ash lah yang menjadi tempat Mike untuk bertandang.

Cam dan Nash hanya o kan aje.

Mike masih tidak kelihatan sehingga tamat waktu rehat.

***

Ash dan Calum dah minta diri mahu ke koperasi terlebih dahulu sebelum loceng berdering.

Kini tinggal Nash dan Cam otw ke kelas.

"Malam ni skype nak? " tanya Cam.

"tu duty kau skype dengan aku hari-hari jangan banyak ngomong pula" balas Nash.

Cam tergelak dengan jawapan diberikan Nash.

"Eh tu Mike la " Nash mencuit tangan Cam.

Cam juga nampak Mike dari jauh di bilik kecil. Bilik dikhaskan untuk cleaner.
Mike seolah bercakap dengan seseorang tapi tidak nampak pula siapa kalau dari arah Nash dan Cam.

Nash dan Cam excited nak terkejutkan Mike. Mereka menjengkit dan hanya hujung jari yang cecah lantai supaya tidak disedari Mike.

Sedang mereka menapak dengan lebih dekat Nash terkedu. Mike sendirian tiada siapa disebelahnya.

Mike cakap dengan siapa?

Cam segera menarik Nash pergi. Mereka membatalkan hasrat nak kenakan Mike.

Dalam kelas Nash hanya perhatikan Mike  .

'Mike ada masalah mental ke? ' soal hati Nash.

Cam pula menyedari tindakan Nash. Dia tahu apa yang difikirkan Nash tapi dibiarkan since pembelajaran sedang berlangsung.

***

-Di hadapan pagar sekolah -

"Tak kau tipu aku! " bentak Mike pada Cam.

Ash, Calum dan Nash muncul berapa detik selepasnya.

"Kenapa ni? " soal Nash memandang Cam.

Cam hanya membisu.

Mike duduk dengan memeluk kakinya didada dan menutup mukanya.

Tangisan Mike kedengaran.

"Kau okay ke bro? " soal Calum. Mike menepis tangan Calum kasar.

"Kau kenapa jawab ar! " Ash berang.  Ash memang senang naik angin. Calum mengurut belakang Ash bagi menenangkannya.

"Cam kata Mak Cik Erish dah mati! " teriak Mike yang akhirnya bersuara.  Muka Mike merah padam.

Alamak Kawan Aku Vampire Rupanya (COMPLETED)Where stories live. Discover now