2.AYAH?

201 10 4
                                    

Seminggu sudah berlalu peristiwa yang mengubah hidup aku.
Aku telah menganggap Budak budak itu seperti anak aku sendiri .Oleh itu aku telah melakukan segala urusan untuk menjadikan mereka rakyat malaysia kerana aku terfikir jika ibu bapa mereka tidak selamat kemana mereka berdua akan pergi .Aku telah cuba mendapatkan maklumat Fujiki di laman sosial tetapi gagal kerana setiap pertanyaan aku tidak di balas.

Aku telah memberikan nama baru kepada mereka. Hayami fujiki telah ditukar kepada Ahmad Fatih bin Abdullah manakala Handa Fujiki ialah Ahmad Fikri Bin Abdullah. Hayami seakan akan suka dengan nama barunya itu .Fatih berumur 4 tahun manakala adik nya Fikri baru pandai merangkak. Fatih sudah mula dapat menguasai bahasa melayu kerana setiap hari aku menghantar nya ke taska yang berhampiran dengan Hotel penginapan kami di kuala lumpur .

Ada sekali Fatih bertanya..

Fatih:Ayah saya di mana?
Aku terkejut Dengan soalan itu sebelum sempat aku membalas dia memberitahu,
Fatih:Tidak mengapa jika tidak boleh menjawab,
Fatih terus mendiamkan diri, Lalu aku memberitahu bahawa ibubapa nya ada tetapi berada jauh di kepulauan sana.Fatih mula tersenyum mendengarkan kata kata itu,

Fikri masih kecil, dia hanya mampu
tersenyum dengan mukanya yang comel ,Dia telah Mula meminati susu botol yang aku beri .sering juga dia menangis tanpa henti dan membuatkan aku risau, pelbagai ragam yang telah aku lakukan untuk hentikan tangisan nya tetapi hanya anak patung beruang yang diberi oleh ibunya sahaja yang dapat membantu. Aku sentiasa mengambil gambar Fikri sewaktu dia tidur lalu menghantar nya ke FB dan sering ditanyakan oleh kawan kawan aku,

"Woi anak kau ke tu? "
"Kau kahwin bila? tak ajak aku pun"
"Minah jepun mana kau kahwin ni"

Persoalan mereka begitu banyak sampaikan tidak dapat aku membalasnya. Perkara ini telah diketahui oleh sepupu aku yang bernama Amir yang telah menjadi seorang guru di Sandakan Sabah, Dia begitu hairan dengan gambar Fikri seolah-olah memikirkan bahawa aku ini penculik budak , Dia terus mendesak aku untuk memberitahu hal yang sebenar di laman sosial tersebut, Aku mengambil masa beberapa jam untuk menerangkan perkara ini kepada nya, akhirnya dia sudah mula faham tetapi tidak bersetuju dengan cara aku mengambil anak angkat dengan amat mudah.

Amir: "kau masih muda Ahmad lagipun kau ibarat adik bagi aku, Tak akan nak sia-siakan usia muda kau dengan menjadi ayah angkat "(Aku dan amir ibaratkan adik-beradik kerana ibubapa aku telah lama meninggal dunia semenjak aku berumur 12tahun dan aku tinggal bersama makcik aku iaitu ibu kepada Amir)

Aku:Aku tidak peduli pada usia Amir kerana ibubapa budak budak ini telah bergadai nyawa dan aku telah berjanji untuk menjaga mereka sehingga urusan ibubapa mereka selasai

Amir: ok lah kalau begitu jika kau nak bantuan apa apa kau boleh pergi ke rumah mak dan dia akan dapat membantu kau menguruskan budak budak itu.

Aku:baiklah Amir aku akan pergi ke rumah mak di perak jika memerlukan bantuan.

Setiap malam aku perlu tidurkan Fateh dan Fikri, Fikri amat mudah untuk tidur dengan hanya perlu diberikan susu botol manakala Fatih amat Sukar untuk tidur kerana dia menyuruh aku menyanyikan lagu jepun sebelum dia menutup mata, Aku cuba menyanyikan sebuah lagu jepun iaitu KIRORO MIRAE
entah bagaimana lagu itu pula terlintas di fikiran aku, Fatih mula ketawa mendengar lagu itu dan mengucapkan selamat malam "Ayah"kepada aku, Aku terkejut mendengarkan untuk kali pertama dipanggil ayah oleh Fatih dan bagaikan ingin menitis air mata tetapi tetap menahan lalu aku dengan malunya membalas "Selamat malam nak"

MY OTOOSANWhere stories live. Discover now