Aku ni telah tua rupanya,umur aku dah hampir memasuki 40tahun Aku rasa lebih selesa menjadi Ayah angkat daripada berkahwin sebab budak budak itu umpama anak aku, Jika aku ditentukan berkahwin mungkin aku tidak akan dapat menjaga Fatih dan Fikri kerana sibuk dengan urusan rumah tangga,
Sekarang telah lewat malam ,Budak budak itu sudah nyenyak tidur di buai mimpi, Mereka amat rapat sehinggakan tidur pun bersama,Aku melihat Fatih tidak seperti remaja yang lain, Dia tidak pernah meminta apa apa gajet moden dari aku sampaikan aku pula yang ingin membelikan kepadanya, Aku ada membelikan komputer riba kepada Fatih tetapi aku melihat dia tidak pernah menggunakannya,Malahan Fikri pula yang mengambil peluang untuk bermain permainan video, Aku teringat perbualan aku dengan Fatih
Aku: Fatih takde kerja sekolah yang menggunakan komputer ka?
Fatih: ada tapi Fatih dah siapkan di makmal komputer sekolah ,
Aku: ohhh patutlah Fatih balik lewat dari sekolah, Ayah ingatkan Fatih ada girlfriend
Fatih: mana ada ayah buang masa ja semua tu (balas Fatih sambil ketawa)
Fatih memang suka membaca buku, jika di masa lapang buku buku agama mak lah yang akan dibacanya, berbanding pula dengan Fikri yang sentiasa dengan permainan video , aku memang jarang melihat Fikri dengan buku tetapi aku hairan kerana keputusan peperiksaan nya sentiasa memperolehi markah tinggi, Aku pernah menegurnya
Aku: Fikri ni asyik main game ja ayah takpernah tengok Fikri belajar tetapi markah ujian semua tinggi, Apa rahsia Fikri sebenarnya?
Fikri:ayah nak tahu semasa abang tengah study sebelum subuh, abang akan mengejutkan Fikri untuk bangun belajar sekali, Fikri akan menanyakan abang jika ada perkara yang tidak faham
Patutlah aku tak pernah tengok dia belajar sebab masa tu aku tidur mati
Ayah:ohhh baguslah macam tu, tapi ayah nak Fikri kurangkan bermain permainan video
Fikri: baiklah ayah (sambil tersenyum)
Mereka berdua memang bijak dan sentiasa bantu-membantu apabila salah seorang ada kesusahan,
Aku teringat akan peristiwa Fikri hampir diculik di sekolah, masa itu dia berumur 9tahun dan bersekolah bersama abangnya,Mereka berjalan kaki untuk pulang kerumah tiba-tiba ada seorang pakcik yang bertubuh besar ingin mengambil Fikri dari Fatih tetapi Fatih tangkas bertindak dengan membaling batu kepada pakcik itu lalu membawa adik nya berlari ke rumah, Mereka tidak memberitahu aku peristiwa itu sampailah aku terjumpa luka di tangan Fikri akibat bergelut dan Fatih terus menceritakan segalanya. Mulai hari itu aku akan mencuri sedikit waktu untuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah walaupun berjarak dekat dengan rumah kerana aku bimbang dengan keselamatan mereka,
Semasa sibuk aku termenung dengan tiba tiba telefon aku berdering ,siapa pula yang menelefon aku malam malam begini(kata aku didalam hati) Aku terkejut kerana melihat panggilan daripada Fujiki lalu aku menjawab nya dengan berdebar-debar,
Fujiki:"Moshi moshi"(hello)Encik Ahmad ,Maaf mengganggu kamu tidur
Aku:Iya tak mengapa, lama tak mendengar khabar kamu, (beribu-ribu persoalan mula timbul dalam fikiran aku sekarang )
Fujiki:aku sihat sahaja di sini, bagaimana dengan Hayami dan handa adakah mereka sihat sahaja,
"Aku terkejut apabila Fujiki menanyakan tentang Fatih dan Fikri"
Aku: mereka sihat sihat sahaja disini dan mereka telah meningkat dewasa
Fujiki:bagus lah kalau begitu kerana urusan aku di sini telah selesai dan aku mahukan mereka di kembalikan ke pangkuan aku.
Aku:ohh baiklah Kalau begitu (aku membalasnya dengan tergagap-gagap)
Fujiki:segala tiket penerbangan akan aku uruskan (lalu perbual kami terputus )
Akhirnya perkara yang aku paling takuti telah muncul di mana aku akan berpisah dengan Fatih dan Fikri, Aku pergi ke bilik mereka dan melihat mereka masih nyenyak tidur, Aku mengusap-usap rambut mereka lalu dengan tiba tiba air mata aku mula membasahi pipi dan tidak dapat aku menahan kesedihan hati yang akan ditinggalkan oleh orang yang aku sayang.
YOU ARE READING
MY OTOOSAN
Short StoryKisah seorang lelaki yang bernama Ahmad yang terpaksa mengambil dua orang anak kawannya Fujiki dari jepun,Kisah hidup nya bermula dengan sebuah cabaran untuk menjadi seorang Otoosan(ayah) kepada anak angkat tersebut