Tibanya aku di tanah air dengan membawa pulang tangisan hati, Aku terus pulang ke rumah mak,dan mendapati mak sedang duduk di tangga rumah sambil menantikan kepulangan aku,
Mak: Ahmad Kenapa sorang ja ni mana budak budak,
Aku hanya terdiam dan tidak mampu menjawab soalan mak
Mak:mereka dah balik ya hmm tak mengapa, Lagi pun ibubapa mereka mempunyai hak penjagaan keatas budak budak itu, dan mak faham perasaan kamu Sebab mak pernah mengalaminya,Ahmad ingat tak masa kali pertama mak mengambil kamu sebagai anak angkat, Masa itu kamu seorang pemalu dan susah untuk bermanja manja dengan mak tetapi mak tetap mencuba untuk mendekati kamu dan akhirnya kamu telah menjadi orang yang paling rapat dengan mak selepas Amir, Dan sama lah dengan budak budak itu yang akan menjadi rapat semula dengan ibubapa mereka, tidak usah lah kamu bimbang keatas budak budak itu kerana tugas kamu sebagai seorang ayah telah selesai.
Aku mula tersenyum dan terus memeluk mak dengan erat sekali
Aku terus naik kerumah namun terlihat akan gambar kemenangan Fatih dab Fikri di dinding lalu membuatkan hati aku bersedih mengingatkan mereka, kemudian aku masuk ke bilik budak budak itu dan ternampak anak patung beruang kesayangan Fikri di atas katil, Itulah sahaja pengubat rindu aku kepada mereka, Entah bagaimana aku tertidur di atas katil mereka sambil memeluk anak patung beruang kepunyaan Fikri,
SEMENTARA ITU DI TOKYO
Fatih dan Fikri masih mendiamkan diri di ruang tamu rumah Fujiki seperti masih tidak dapat melupakan aku, Sampai lah Fujiki menegur mereka
Fujiki: Hayami, Handa ayah tahu kamu tidak boleh melupakan kebaikan pakcik Ahmad dan segala kenangan di malaysia tetapi kamu jangan risau kerana ayah akan membawa kamu ke menara tokyo esok mungkin kamu akan suka, Dan ayah pasti kamu tidak dapat berbahasa jepun lagi jadi ayah telah sediakan guru tuisyen bahasa jepun untuk mengajar kamu berdua ok.
Fatih hanya mendiamkan diri tetapi Fikri berani bersuara
Fikri: awak bukan ayah saya,(Balas Fikri dengan tegas )
Fatih menahan adiknya manakala Fujiki terkejut terdengar kata-kata itu daripada anaknya sendiri,
Fatih: maafkan adik Handa ayah sebab bercakap kasar seperti itu,
Sementara itu Puan Koizumi menarik Fujiki ke dapur .
Puan Koizumi: Suamiku bagaimana sekarang ni mereka sudah seperti orang lain dan sudah tidak mengenali kita terutama sekali Handa, Kita seperti menculik mereka dari Encik Ahmad sedangkan mereka ini adalah anak kita, Mereka pun telah beragama islam dan telah mempunyai nama yang baru serta bukan lagi nama dari keluarga kita, Apa yang perlu kita buat sekarang ini suamiku,
Fujiki: Hmm betul juga tu, kita tidak boleh menjadi seperti Oda Nobunaga yang hanya mementingkan diri sendiri dan membuatkan orang lain pula menderita, Abang akan cuba mencari cara untuk menyelesaikan perkara ini supaya budak budak itu akan ceria kembali.
Pada masa itu Fatih dan Fikri sedang berbual di ruang tamu
Fikri: Abang adik nak pergi jumpa ayah kat malaysia, Adik taknak duduk sini (kata Fikri sambil menangis )
Fatih: Adik! Adik dah besar kan,
Kalau adik nak jumpa ayah adik kena kuat kan semangat, Ingat Allah sentiasa berada dengan umatnya yang sentiasa bersabar , dan adik ingat tak pesan ayah supaya kita ceria apabila berada di sini (jawap Fatih sambil mengesat air mata adiknya)Fikri: Tapi abang kenapa ayah tinggalkan kita, adakah dia benci sebab adik selalu nakal
Fatih: tidak, ayah sayang akan kita dan tidak kira lah berapa jauhnya jarak ayah dengan kita sekarang, ayah tetap berada di dalam hati kita,
Fikri pun memeluk Fatih sambil menahan tangisannya.
YOU ARE READING
MY OTOOSAN
Short StoryKisah seorang lelaki yang bernama Ahmad yang terpaksa mengambil dua orang anak kawannya Fujiki dari jepun,Kisah hidup nya bermula dengan sebuah cabaran untuk menjadi seorang Otoosan(ayah) kepada anak angkat tersebut