6.SI MANJA

100 8 1
                                    

Tahun demi tahun telah berlalu namun khabar berita dari Fujiki tidak pernah aku ketahui sampai ke hari ini, Budak-budak itu sudah banyak berubah dan telah lama memasuki alam persekolahan

Fatih telah berumur 14 tahun dan telah memasuki sekolah menengah, Manakala Fikri berumur 11 tahun tetapi masih bermanja manja dengan aku, Mereka sudah mempunyai hak untuk memilih masa hadapan.

Ada seketika Amir menegur aku di FB
Amir:Ahmad kau jangan terlampau rapat sangat dengan budak budak tu nanti susah nak berpisah, dan kau cuma penjaga sementara sebab ibubapa mereka belum diketahui lagi hidup atau mati.

Aku hanya terdiam apabila terbaca mesej daripada Amir, Aku tetap tabah jika Fatih dan Fikri akan kembali kepada ibubapa mereka,

Aku melihat sijil yang diperolehi Fatih serta gambar nya semasa mendapat tempat kedua dalam pertandingan Al-quran peringkat daerah,Aku mengimbas peristiwa itu dimana Fatih berdebar debar sebelum menunggu gilirannya, Aku cuba memberi kata kata semangat kepadanya

Aku: Fatih! Kamu beranikan

Fatih:Hmm (Hanya mengangguk kepala )

Aku: Fatih tak boleh takut sebab Fatih dah pergi sejauh ni

Fatih: Baik ayah (sambil tersenyum)

Fatih mendapat naib juara pada pertandingan itu tetapi ada seorang ayah kepada peserta yang lain tidak berpuas hati akan kemenangan Fatih, kalau tak silap aku mamanya Encik Kamal

Encik Kamal pergi kepada Fatih

Encik Kamal: woi! budak kau ni bukan agama islam, Tak layak kau dapat sijil ni (katanya dengan tegas keatas Fatih)

Fatih: Tapi pakcik saya orang islam (Balas Fatih dengan Suara yang lemah lembut )

Encik Kamal: Orang islam apa rambut panjang macam ni,

Fatih mula menangis mendengarkan kata kata itu, sementara aku menegur encik kamal

Aku: Encik Kamal, kenapa encik kamal tidak berpuas hati dengan anak saya

Encik Kamal: Engkau lah ayah dia ya, mesti kau ni bukan islam juga, tengok lah anak rambu panjang,

Aku: Encik kamal tidak baik menuduh orang sesuka hati dengan hanya melihat luarannya sahaja, Rambut panjang ni sunnah

Encik kamal mula terdiam

Aku: Dikatakan oleh Iman Ahmad rahimahullah taala bahawa memanjangkan rambut itu adalah sunnah, seandainya kita mampu pasti kita sudah memanjangkannya, Akan tetapi hal ini perlu penjagaan dan perhatian. (Tazkirah lah aku kepada Encik kamal) dan lagi satu, encik
kamal ni islam juga kan tapi kenapa suka bersangka buruk dekat orang lain, Ini bukan ajaran islam encik kamal.

Encik kamal terus pergi dengan muka yang malu

Sementara aku melihat Fatih yang rambutnya basah kerana air mata,

Aku:Fatih! Tahniah kamu memang hebat,

Fatih: Terimakasih ayah sebab membantu Fatih (sambil mengesat air
matanya) tapi Fatih hanya mendapat tempat kedua sahaja,

Aku:jangan risau sebab Fatih tetap mendapat tempat pertama bagi ayah,

Fatih mula tersenyum, Itulah kenangan aku paling manis bersama Fatih.

Aku menggantungkan gambar kemenangan Fatih itu di dinding rumah, sementara itu aku terjumpa gambar kemenangan Fikri

Fikri seorang budak yang pendiam tetapi bijak seperti kata peribahasa diam diam ubi berisi, Fikri sentiasa rapat dengan aku dan selalu manja, Dia pernah mewakili sekolah dalam pertandingan catur, Dia memang handal dalam permainan itu walaupun aku tidak pernah mengajar cara cara bermainnya,Fikri mendapat tempat juara dalam pertandingan itu dan telah membanggakan abangnya,

Aku menggantungkan gambar kemenangan Fikri bersebelahan gambar kemenangan abangnya di dinding rumah

Sesudah malam Itu entah kenapa Fatih dan Fikri meminta aku untuk tidur bersama mereka

Fikri: Ayah marilah tudur bersama kami malam ni, boleh lah ayah.

Fatih:Bolehlah ayah.

Aku: Kenapa pula ni, kamu berdua kan dah besar

Mak menyampuk perbualan kami

Mak: Alah! Mereka nak bermanja dengan kamu lah tu Ahmad (sambil ketawa )

Aku ketawa kecil mendengarkan kata kata mak, Aku pun setuju dan membuatkan Fatih dan Fikri gembira.

Sebelum tidur Fikri menanyakan soalan kepada aku

Fikri:Ayah sayang kami tak?

Aku:Sayang selain nenek, kamu berdualah orang yang paling ayah sayang.

Mereka berdua tersenyum dengan ceria mendengarkan jawapan aku,



MY OTOOSANWhere stories live. Discover now