Keesokannya Kami bertiga telah berlepas ke jepun pada seawal 7.00pagi,Semasa di dalam pesawat beribu-ribu soalan yang di tanyakan oleh Fikri kepada aku,
Fikri: Ayah kita nak pergi mana ni, nak pergi bercuti ka?
Aku: iya kita nak pergi bercuti
Fikri tersenyum tetapi Fatih hanya bermuram sahaja seperti mengetahui yang mereka akan berpisah dengan aku, Aku cuba menegur Fatih tetapi dia tidak membalas teguran aku, Aku tahu perasaan Fatih yang akan mengalami perpisahan.
Selepas beberapa lama kami telah sampai ke kepulauan matahari terbit itu, Di luar kawasan Airport terdapat banyak pokok sakura dan aku memberitahu Fatih.
Aku: Fatih ayah dah janjikan nak bawak Fatih tengok pokok sakura,
Tetapi Fatih hanya mendiamkan diri
Fikri: wah! Cantik nya pokok ni ayah (jawab Fikri sambil tersenyum )
Aku pergi kepada Fikri,
Aku: nanti Fikri akan sentiasa dapat lihat bunga bunga yang indah ini.
"Fikri seakan-akan tidak memahami apa yang aku katakan"
Fikri: Ayah jom lah kita jalan jalan kat tempat ni, mesti best kan
Aku:baiklah boss kecil (balas aku sambil ketawa)
Semasa tengah gembira aku berbual-bual dengan Fikri dengan tiba tiba Fatih memeluk aku dengan kuat dari belakang sambil menangis
Fatih: Ayah!
Aku: iya,Kenapa ni nangis, Fatih kan dah besar.
Fikri: eaaa abang tak malu bermanja manja dengan ayah depan orang ramai ni.
Fatih pedulikan kata kata adiknya dan semakin kuat memeluk aku dari belakang,
Aku:Fatih, Ayah tahu Fatih tidak mahu berpisah dengan ayah tetapi ini bukannya kehendak ayah, ini semua telah dicatat oleh allah supaya kita berpisah,
Seketika itu datang sebuah teksi yang akan membawa kami ke rumah Fujiki, Harapan aku supaya agama islam tetap kukuh di dalam jiwa Fatih dan Fikri apabila tinggal bersama ibubapa mereka yang beragama Shinto,
Sesudah sampai ke halaman rumah Fujiki, Aku melihat dia dan isterinya sedang menunggu ketibaan kami bertiga dengan penuh debaran, Sesudah ja Fatih dan Fikri melangkah kan kaki di halaman rumah mereka,
Puan koizumi terus berlari lalu memeluk Fatih dan Fikri dengan sepenuh kasih sayang yang selama ini berpisah bertahun tahun lamanya,Puan koizumi: Hayami!, Handa! anak mama
Fikri seakan akan terkejut apabila di peluk oleh ibunya yang telah lama berpisah manakala Fatih menangis sambil memegang erat tangan Fikri, Fujiki tersenyum sambil melimpahkan air mata,Dia datang kepada aku sambil membawakan beg bimbit di tangannya
Fujiki:Encik Ahmad terima kasih kerana menjaga anak saya dan menunaikan janji, Saya dan isteri sangat terhutang budi dengan kamu jadi ambillah wang ini sebagai tanda terima kasih kami kepada kamu (katanya sambil tersenyum )
"Aku melihat ada beribu-ribu wang ringgit negara jepun yang diberikan kepada aku tetapi aku enggan menerimanya"
Aku:ehh tak payah lah Fujiki ,saya ikhlas membantu kamu, dan saya pun gembira dapat menjaga mereka berdua,
Fujiki tersenyum kepada aku sambil diperhatikan oleh Fatih dan Fikri yang sedang dipeluk oleh ibunya,
Selepas aku bersalam dengan Fujiki aku terus pergi kepada Fatih dan Fikri,
Aku: Fatih!Fikri!, ayah nak kamu sentiasa bergembira tinggal di sini, kamu berdua jangan sesekali tinggal solat walaupun ibubapa kamu ini bukan beragama islam tetapi ayah nak kamu mengekalkan agama yang sebenarnya ini
Fatih mula memeluk aku dan Fikri mula menangis tanda telah faham yang aku akan tinggalkan dia,
Fikri: Saya nak duduk dengan ayah (sambil menangis )
Aku memeluk mereka berdua dengan penuh erat sebagai tanda perpisahan,Aku terus bergegas menaiki teksi supaya Fatih dan Fikri tidak akan bersedih dengan lebih lama ,Aku melihat Fikri seakan akan ingin mengejar aku tetapi di pegang oleh Puan koizumi, menitis air mata aku melihat anak kecil kesayangan aku ditinggalkan dengan hati terluka, Teksi mula bergerak dan aku terdengar suara mereka,
Fatih: Ayah!! Saya sayang ayah,
Fikri:Ayah!! Kenapa tinggalkan Fikri kat sini,
Mendengar teriakan mereka telah membuatkan air mata aku tidak berhenti mengalir dan aku mula mengetahui beginilah perasaan ibubapa yang akan berpisah dengan cahaya mata mereka, Memang tidak dapat aku menahan diri daripada perasaan sedih yang teramat sangat sehingga membuatkan aku tidak dapat memikirkan perkara lain berbanding budak budak itu,
Salji mula turun dan telah menutupi matahari dan suasana pada masa itu seakan sama pada masa aku mengambil Fatih dan Fikri untuk pulang ke malaysia tetapi sekarang hanya pulang ke malaysia adalah air mata dan kenangan manis kami bersama.
YOU ARE READING
MY OTOOSAN
Short StoryKisah seorang lelaki yang bernama Ahmad yang terpaksa mengambil dua orang anak kawannya Fujiki dari jepun,Kisah hidup nya bermula dengan sebuah cabaran untuk menjadi seorang Otoosan(ayah) kepada anak angkat tersebut