Adoh! Sakitnya kepala aku memikirkan masa depan budak budak ini. Mereka tidak akan dapat kasih sayang seorang ibu jika sentiasa berada di hotel yang bertaraf 3bintang ini. Adakah aku perlu kahwin untuk mendapatkan ibu kepada mereka? hmmm, segala kesulitan mula timbul di dalam fikiran aku, Aku melihat jam di dinding yang menunjukkan waktu 8.00Pagi dimana aku perlu membuat sarapan bujan kepada budak budak itu. Semasa hendak ke dapur aku dengan tiba-tiba terfikir akan pemberitahuan Amir yang menyuruhku pergi ke rumah mak jika ada masalah.
Aku perlu bawa Fatih dan Fikri ke rumah mak kerana mak banyak pengalaman dalam membesarkan anak-anak contohnya aku dan Amir telah berjaya menjadi manusia yang berguna atas didikan mak. Aku segera mengejutkan Fatih untuk mandi dan bersiap,Dia seakan akan kehairanan,
Fatih: kenapa ini ayah? Kita nak pergi mana?
Aku: kita nak balik kampung rumah nenek,
Fatih terus ke bilik air selepas mendengarnya manakala Fikri masih nyenyak dibuai mimpi,Aku sentiasa tersenyum melihat Fikri yang mempunyai rupa yang manis bagaikan gula gula kapas, segala barang telah aku angkut ke dalam kereta dan hanya menantikan Fatih bersiap.
kemudian kami bertolak dalam anggaran waktu 10.00Pagi, Fatih dan Fikri sedang bermain di tempat duduk belakang, Aku bernasib baik kerana Fatih dapat mengembirakan adiknya sementara aku tengah fokus memandu,
"Hashumm!!(tiba-tiba saja aku bersin dengan kuat sekali )
Namun perwatakan aku itu telah membuat fikri ketawa dengan amat ceria dan aku tersenyum melihat ketawa nakal nya itu. Aku melihat Fatih sedang asyik melihat pemandangan di sekitar perjalanan kami lalui, Aku terus menegurnyaAku:Fatih tengok apa tu?
Fatih:luas betul lah kawasan kat sini ayah, bermacam macam
permandangan ada.Aku ketawa kecil mendengarkan kata kata Fatih dan aku mengetahui perasaannya kerana di Tokyo ekonomi pembangunan amat padat dan tidak mempunyai tapak untuk membuat padang rumput yang luas tetapi mereka tetap menjaga kecantikan alam semulajadi.
Sesudah beberapa jam kami pun telah sampai kerumah mak yang sentiasa pintu pagarnya terbuka, Aku terus memberi salam
"Assalamualaikum mak oh mak "
"Waalaikumsalam (mak membalas salam aku dengan suara yang lembut)Mak keluar dengan muka gembira melihat aku,Aku tersenyum melihat rupa mak yang dimakan usia itu.
Aku: Mak kenalkan ini Fatih dan fikri
(Aku memberitahu mak sambil mengarahkan Fatih untuk bersalam dengan nenek nya )Mak:Hahaha mak dah tahu semua ceritanya, Amir dah beritahu segalanya kepada mak.
Mak: Lagipun mak tak marah dengan keputusan kau untuk mengambil anak angkat sementara sebab mak lagi suka kerana dapat merasai juga nikmat ada cucu. (Mak tersenyum sambil bermain main dengan fikri dan fatih)Tidur lah sini Ahmad lagipun rumah ni mak sorang ja tinggal.
Aku terus membawa barang barang naik kerumah yang banyak kenangan buat aku sambil mendengarkan ketawa manis dari fikri.
YOU ARE READING
MY OTOOSAN
Короткий рассказKisah seorang lelaki yang bernama Ahmad yang terpaksa mengambil dua orang anak kawannya Fujiki dari jepun,Kisah hidup nya bermula dengan sebuah cabaran untuk menjadi seorang Otoosan(ayah) kepada anak angkat tersebut