4.SUARA FATIH

122 8 1
                                    

Waktu subuh amat nyaman di rumah mak dengan kicauan bunyi burung, sesudah aku mengerjakan solat subuh aku mendengar bacaan Al-quran daripada mak, suara mak masih lagi merdu dan alunan bacaannya amat sedap didengar ,Aku terfikir bahawa aku telah lama meninggalkan bacaan al-quran kerana kesibukan kerja lalu aku terus menuju ke tempat mak. Sementara itu aku melihat Fatih sedang memerhatikan mak yang sedang membaca kitab suci itu, Dia seakan seakan cuba untuk mengikut bacaan mak, Aku terus menegur dia dengan perlahan-lahan

Aku: Fatih..!

Fatih: iya Ayah (sambil memberikan senyuman)

Aku:Fatih nak baca Al-quran

Fatih:Bolehkah Fatih membacanya ayah ?

Aku: Boleh jika Fatih sudah mempunyai minat

Perbualan kami di dengari oleh mak

Mak: Bagus juga jika Fatih sudah mempunyai minat untuk membaca Al-quran kerana masa sebaya umurnya lah yang amat sesuai untuk mempelajari agama

Aku tersenyum mendengar pemberitahuan mak manakala Fatih mendiamkan diri sambil melihat ke arah Al-quran yang telah usang itu,Aku mula memberitahunya

Aku: Fatih jika nak baca Al-quran kena ada wuduk,

Fatih: Ohh! Fatih sudah tahu cara cara untuk berwuduk ayah kerana telah diajar oleh ustazah di taska pada dua hari lepas.

Aku membawa Fatih ke tempat mengambil wuduk sambil memerhatikannya, Memang betul katanya bahawa dia telah tahu cara berwuduk dan aku terfikir bahawa Fatih ini seorang budak yang mudah memikat ilmu,

Fatih duduk bergurukan mak,Aku mendengar alunan bacaan daripada Fatih yang amat mengasyikkan seakan mak,

Wah! suaranya ka tu. Tak sangka aku rupanya Fatih memang cepat mempelajari berbanding dengan aku yang amat susah untuk mengikut bacaan Kitab suci itu, Sesudah membaca Al-quran Fateh menadah tangan untuk berdoa,Sesudah dia mengaminkan aku terus pergi kepadanya,

AKU: Apa yang Fatih doakan? ,

Fatih:Doakan supaya Fatih dan adik tidak menjadi beban untuk ditanggung oleh ayah,

Aku tersenyum sambil mengusap-usap rambut fatih yang panjang sampai ke telinga, Nenek hanya ketawa melihat kelakuan kami berdua, sementara itu kedengaran suara Fikri menangis, Aku terus bergegas ke bilik tidur itu dan melihat Fikri seakan-akan ingin bangun untuk berjalan ke arahku dengan pipi yang basah diselaputi air mata,Ketawa hati aku melihat dia yang Ingin bermanja manja untuk berjalan.Aku mendukung budak manja itu dan membawanya ke tempat kami berkumpul tadi lalu Fatih datang

Fatih: Adik abang dah pandai baca Al-quran tau (sambil menggosok-gosok kaki adiknya)

Fikri hanya ketawa melihat abang nya,dan aku mula terfikir "Kenapalah Fikri ni asyik ketawa apabila berada dengan abangnya mungkin juga inilah dikatakan perasaan antara adik beradik seperti aku dan Amir yang sentiasa ceria bersama walaupun berlainan tempat rahim.

MY OTOOSANWhere stories live. Discover now