satu

1.1K 36 0
                                    

"Saya nak bawa Laila pergi UK! Saya tak kisah!" kata ibu Nurul Laila, Puan Maznah. Beliau sedang bekerja di UK dan sekali-sekala sahaja pulang ke Malaysia.

"Tak boleh! Saya tahu awak takkan jaga dia. Awak sibuk dengan kerja, takkan nak tinggal budak ni seorang diri dekat rumah awak?" keluh perlahan ayahandanya, kerisauan jelas ternyata di muka ayahnya.

Laila hanya duduk di sofa sambil mendengar pergaduhan mereka. Hatinya ingin mengikut ibunya pergi ke UK tetapi berat pula untuk meninggalkan bapanya yang banyak bersusah-payah menjaganya. Haih apa mau buat?

"Kenapa pulak? Hello! Dahtu kalau dia duduk dengan awak, awak jaga dia elok-elok ke?" bantah Puan Maznah sambil mencekak pinggangnya yang ramping.

"Argh! Saya tak kisah, dia kena duduk dengan saya juga! Laila, kamu nak ikut siapa? Mummy or daddy?" soal ayahnya sambil memandang tepat mata Laila. Takut pula si gadis ini untuk memandang wajah bengis kedua-dua ibu bapanya.

"Beginilah mummy, daddy.. Laila tak nak pilih sesiapa pun. Laila ikut je duduk dekat mana pun asalkan Laila boleh bernafas" jawab Laila sambil bersandar pada sofa. Pening pula untuk memilih, kalau pilih daddynya mungkin mummynya pula yang akan berkecil hati. Kalau pilih mummynya, daddynya pula berkecil hati. Apalah nasib....

"Macam nilah, kalau dua-dua tak boleh nak jaga Laila. Kita hantar dia pergi kampung!" kata ayahnya dengan nada yang tegas. Ibunya hanya berdiam diri, memikirkan apa yang patut dikatakan. Nak bantah atau tidak.

"What?! No daddy, no! Laila tak nak duduk dekat kampung! Daddy, daddy tahukan anak daddy ni tak suka tempat macam tu, dah lah banyak nyamuk, lalat and serangga....tak ada air-conditioner, tak ada mall! Yang penting there's no wifi!" angkuh sekali si gadis ini menjawab. Berulang-alik si gadis ini berjalan. Memang sahlah dia akan membantah, Laila ini sebenarnya anti kampung!

Ibu dan bapanya memandang antara satu sama lain, kali ini mereka bersependapat. Mereka juga mempunyai impian iaitu melembutkan hati anak tunggalnya itu. Makin hari, makin keras kepala. Makin hari, makin tak kenal apa itu tradisional. Makin hari, makin tak kenal apa itu budaya melayu.

Belum ibu bapanya membuka mulut, Laila terus mengatur langkah menuju ke bilik tidurnya. Pintu bilik pula dihempas. Ish, susah betul nak bercakap dengan Laila ini.

"Macam mana ni awak?" tanya ibunya. Ayahnya pula berdiam diri, mungkin sedang memikirkan strategi yang patut mereka guna?

"Macam nilah, esok kita pujuk dia. Kalau tak jalan jugak, saya akan ugut dia. Kalau dia ingkar, semua credit cards and kesenangan dia selama ni saya tak akan beri" kata ayahnya diikuti dengan keluhan berat.

Walaupun si Laila ini tidak mengenal apa itu kampung tetapi agamanya tidak dilupakan. Setiap hari dia solat 5 waktu, setiap hari dia membaca al-Quran dan bermacam lagi yang dia telah lakukan. Auratnya juga dijaga tetapi apakan daya perangainya yang suka keluar malam menimbulkan kerisauan kedua ibu bapanya.

Mereka bimbang anak tunggal mereka itu terlanjur. Mereka bimbang jikalau fitnah tentang anaknya itu berleluasa. Mungkin dengan cara menghantarnya ke kampung akan membuat Laila berubah?

"Bagus jugak tu, saya bimbang betul tengok perangai dia sekarang..kawan-kawan dia itupun bukannya baik sangat saya tengok" kata ibunya.

"Ish, awak ni..tak baik cakap macam tu" tegur ayahnya pula.

"Betullah bang! Kalau baik, tak adanya mereka ajak Laila keluar malam..lepak dekat kedai makan sampai pukul 4,5 pagi"

"Suka hati awaklah.." penat pula si ayahnya nak berdebat dengan ibunya. Oleh itu, Encik Rahman memutuskan untuk menyerah kalah.

---

Bantal peluk ditumbuk-tumbuk, geram betul si Laila ni. Nafasnya makin lama makin laju. Nak membantah kata-kata ayahnya takut jadi derhaka pula.

"Aku tak nak duduk kampung!!! Ya Allah tolonglah hambaMu ini!" jerit Laila sambil menadah tangan untuk berdoa. Sungguh dia tidak suka akan tempat yang penuh dengan serangga, panas dan membuatnya tidak selesa.

Laila mengurut dadanya, nafasnya semakin lama semakin perlahan.

"Sabar Laila, kalau ayah kau nak hantar kau pergi kampung pun kenapa kau nak bantah? Rileks... kampung je...kau boleh hadap!" kata Laila dengan penuh yakin. Senyuman jelas terukir dibibirnya.

"Tapi....ishh tak ada tapi, tapi! Kau kena tunjuk dekat daddy yang kau boleh!" kata Laila seorang diri.

Serangga, gelap, panas tu semua kau boleh hadap! Jangan takut! Jangan gentar! Kau kena yakin Laila! Hatinya mula berkata-kata, walaupun dia tak rela tetapi dia perlu tunjuk pada daddy dan mummy yang dia boleh!

"Esok, kau bagitahu daddy dan mummy yang kau ikut cakap diaorang" kata Laila seorang diri sambil memeluk bantalnya.


Seksanya Jadi Jodoh Awak!Where stories live. Discover now