Setelah selesai nenek mengurut kakinya yang terseliuh, Laila terus bangkit dan baring di atas katil. Kata-kata yang 'pedas' oleh seorang pemuda tadi menyedarkan dia bahawa dia seorang muslimah yang memalukan. Laila selalu keluar malam, selalu menyanyi di hadapan orang lelaki dan sering meninggikan suara. Malu rasanya kalau berhadapan dengan pemuda itu lagi.
"Saidina Khadijah...contohilah dia" Laila mengulang kembali ayat-ayat lelaki itu.
Terdetik dalam hatinya untuk sentiasa meluangkan masa bersama Allah. Rasa berdosa apabila dia tersedar yang dia selalu menginginkan perhatian, bersangka buruk dengan ibu bapanya malah tudungnya singkat.
Retak hatinya..
Memalukan kaum hawa betullah kau ni Laila! ujar hatinya.
"Maafkan aku ya Allah" perlahan Laila berkata.
Siapa sangka hanya satu ayat dapat mengubah seseorang?
Laila hanya termenung, memikirkan kisah silamnya. Selama ini, kesenangannya hanyalah seketika. Adakah ini masa yang sesuai untuk berubah?
-----------
Makin lama, hari makin gelap. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 6:45 petang. Laila baru saja tersedar daripada mimpinya. Penat berjalan-jalan di kampung tadi, Laila terus saja tertidur sewaktu dia sibuk termenung.
"Laila.. nenek dengan atuk nak pergi ke surau nanti" kata neneknya sambil tersenyum.
"Laila nak ikut nek" Laila segera membangunkan dirinya apabila terlihat kelibat nenek yang sedang berdiri di muka pintu
"Tapi, kaki Laila tu kan sakit..." ujar neneknya. Sungguh dia tidak mahu mendengar Laila merengek di dalam surau.
"Kan nenek kata tadi..banyakkan berjalan" Laila menjawab dan diakhiri dengan gelak kecil.
"Ha..ye lah.. pergi mandi tu dulu" Laila mengangguk sesudah mendengar arahan nenek. Dia terus mengambil tuala dan barangnya yang lain. Terjengket-jengket si Laila menuruni tangga untuk ke tandas yang terletak di dapur.
Walapupun sakit, dia tetap gagah! Bukan senang si gadis cantik ini untuk ke surau. Kebiasaannya, Laila hanya solat seorang diri dan kurang solat secara berjemaah. Ingin berjemaah dengan ibu dan ayahnya pun susah kerana mereka berdua terlalu sibuk dengan kerja.
Usai mandi, dia terus pergi ke biliknya. Jubah hitam menjadi pilihannya pada malam ini. Dia terus menyarungkan telekung untuk solat dan kainnya pula disangkut di lengannya.
"Laila..jom" kata atuknya sambil membetulkan kopiah putihnya. Laila hanya menurut, dia terus melangkah pergi ke pintu rumah dan menuruni tangga. Sandal hitamnya disarungkan, sakit pula rasa kakinya.
"Laila boleh tak jalan ni?" tanya atuknya sambil berjalan. Nenek hanya memperhatikan gerak geri Laila.
"Boleh..." muka Laila menahan sakit dikawal, kakinya terjengket-jengket mengatur langkah ke surau.
Moga dipermudahkan, kata Laila dalam hati. Laila melihat jam tangannya dan sekarang baru saja pukul 6:55, belum lagi masuk waktu solat Maghrib.
Dari jauh Laila dapat melihat sebuah surau yang dicat dengan warna putih. Banyak kereta dan motor diparkir di sekeliling surau itu, Laila terus membaca nama surau itu.
"Surau Al-Azhar.." kata Laila perlahan. Cantik benar surau itu, yang datang pun ramai. Kalau di bandar, sedikit saja yang mahu ke masjid ataupun surau.
Apabila tiba di perkarangan surau, Laila terus mensedahkan senyumannya yang manis kepada penduduk di sana.
Sebelum masuk ke surau, atuknya ingin memperkenalkan cucunya kepada imam surau yang akan mengajarnya mengaji. Laila melihat seorang lelaki yang berjanggut, berjubah putih dan berkopiah. Atuk tanpa melengahkan masa, dia terus menyapa lelaki itu.
"Laila datang sini sekejap" panggil atuknya sambil membuat isyarat tangan. Laila terus mengatur langkah ke atuknya sambil tersenyum.
"Kenapa cucu kau jalan macam tu?" tanya lelaki itu sambil tergelak kecil.
"Dia terseliuh, entah apa dia buat tadi pun aku tak tahu" atuknya menggelengkan kepala. Janggal rasanya bila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali.
"Haa, ni aku nak memperkenalkan...ni cucu aku, nama dia Nurul Laila..si Man tu hantar dia duduk sini sebab isteri Man dengan dia sibuk bekerja..dia juga dah daftarkan anak dia masuk kelas mengaji kau" kata atuknya sambil menepuk bahu lelaki itu
"Ha Laila, nilah Ustaz Abdul..dialah yang akan ajar Laila mengaji nanti" Laila hanya mengangguk tanda faham. Oh, rupanya dia ustaz dan imam disini ye...
"Eh, dah nak masuk waktu ni..jom kita masuk" kata Ustaz Abdul setelah menjeling ke jam yang terletak di dinding.
"Laila pergi dulu ye atuk" Laila terus meminta diri untuk masuk ke dalam surau.
Ramainya kaum hawa datang untuk solat berjemaah. Bukan sahaja warga tua tetapi kanak-kanak dan remaja sepertinya pun turut sama hadir. Kerdil rasa dirinya..
Laila terus mencari kelibat neneknya. Dia melihat neneknya sedang bercakap dengan salah seorang tetamu Allah. Laila terus meminta laluan untuk pergi ke neneknya.
"Nek" tegur Laila sambil melemparkan senyuman.
"Haa ni lah cucu aku yang aku cakap tadi" neneknya terus memperkenalkan Laila kepada seorang makcik yang sedang tersenyum.
"Haa Laila, nilah makcik Hasmah...dia isteri kepada Ustaz Abdul yang atuk jumpa tadi" sambung neneknya sambil menepuk perlahan bahunya.
"Assalamualaikum.." Laila terus memberi salam.
"Waalaikumusalam... Laila umur berapa?" tanya Makcik Hasmah sambil memegang erat tangannya. Janggal weh..
"Laila umur 17 tahun baru makcik.." kata Laila sambil tersenyum, sopan benar Laila kali ini.
"Lahh sama umur dengan anak lelaki aku tu Pah, Zul" kata Makcik Hasmah kepada neneknya yang memerhati mereka berdua dari tadi.
"Ha'ah..Laila ni pun akan sekolah sama dengan Zul..Laila, kalau nak tahu.. Makcik Hasmah ada 4 orang anak dan semuanya lelaki. Yang paling bongsu ialah Zul..sama umur dengan Laila lah" terang neneknya.
Laila hanya mengangguk faham. Zul? Siapa tu?
"Nanti makcik memperkenalkan dia pada Laila ye lepas solat Isya' nanti" ujar Makcik Hasmah.
Sewaktu mereka berborak, azan menandakan masuknya waktu Maghrib sudah berkumandang. Lama si Laila ini tidak mendengar azan. Yang selalu menjadi tetamu telinga hanyalah lagu. Sayu hatinya mendengar azan, hati dan jiwanya tenang saja.
Mulut Laila terus terkumat-kamit menjawab azan. Usai azan berkumandang, Laila terus menadah tangan untuk membaca doa selepas azan.
"Laila, Zul tu baik orangnya.." bisik neneknya sambil tersengih seperti kerang busuk.
Senyuman Laila yang janggal tertera di bibirnya.
Apa nenek ni...seram pulak aku. Jangan kata dia nak jodohkan aku dengan mamat tu sudahlah. Dahlah aku tak pernah jumpa dengan dia, silap silap lain pula jadinya. Ish Laila! Tak baik bersangka buruk...astaghfirullahalazim, ujar hatinya.
"Makcik tengok Laila dengan Zul macam sepadan je" Makcik Hasmah pula mengusik.
Laila hanya berdiam diri, aduh habislah.
Nek, saya baru saja 17 tahun! Aaaa, kata hatinya.
YOU ARE READING
Seksanya Jadi Jodoh Awak!
Roman d'amourGadis bandar yang cantik, degil dan keras kepala ini telah dihantar ke kampung untuk tinggal bersama nenek dan atuknya oleh ibu bapanya sendiri. Nurul Laila terpaksa menurut arahan ibu bapanya kalau tidak maka tiadalah kesenangan yang akan dia terim...