"Laila!" laung Puan Maznah dari tingkat bawah. Hidangan untuk makan pagi sudah siap terhidang di atas meja makan.
Selepas mendengar ibunya memanggilnya, laju saja dia menuruni tangga.
"Ye, Laila nak turunlah ni" kata Laila sambil menuruni tangga.
Harini..hari inilah impian ibu dan ayahnya akan tercapai. Laila sudah bersedia untuk tinggal bersama atuk dan neneknya di kampung. Beg untuk dibawa ke sana sudah pun penuh dengan barangannya. Nampak tak betapa bersedianya dia?
Bibik Maryam sibuk menuangkan air ke gelas ibu bapanya.
"Cik Laila mahu air apa ya? Kopi atau teh?" Tanya bibik Maryam sambil memegang gelasnya.
"Saya nak teh" kata Laila sambil memerhati bibiknya menuang air ke gelasnya.
Selepas air sudah penuh, pantas tangan Laila mengambil gelasnya dan minum. Entah mengapa hatinya berdebar-debar untuk memberitahu apa yang diingini.
Roti bakar yang ada di depan mata cepat-cepat diambil. Jem strawberi pula disapu di atas roti. Sebelum makan Laila tidak lupa untuk membaca doa makan. Bagus betul si Laila ni.
Ibu dan bapanya hanya memerhati gerak-geri anaknya itu. Pelik...kerana sebelum ini Laila sentiasa tunggu ibu bapanya makan dahulu tetapi harini....dia yang makan dahulu.
"Emm, kenapa tengok Laila macam tu? Makanlah" janggal rasanya apabila kesemua mata memandangnya seperti telah membunuh 80 ribu ekor rusa.
Ish, kenapa mummy dengan daddy tengok aku macam ni..ke diaorang dah tak nak hantar aku duduk dekat kampung?! Kalau ya, ya tuhan! Sungguhku gembira MashaAllah..
Tanpa sedar, senyuman terukir dibibirnya. Ibu bapanya lagilah pelik dengan perangai anak mereka seorang ni. Nak dikatakan sawan, Alhamdulillah waras lagi. Nak dikatakan angau, bapanya tidak bagi Laila bercinta pada waktu ini.
"Laila ni dah kenapa senyum seorang diri?" tanya ibunya sambil menggelengkan kepala. Ish..penat jaga anak ini seorang.
"Laila..haa laila teringat malam tadi tengok drama!" penipu! kata Laila dengan nada yang mendatar.
Sejak bilalah aku tengok drama ni! Ya Allah, Laila kalau nak menipu tu agak-agaklah.
Ibunya hanya mengangguk tanda faham.
"Daddy dah fikir masak-masak. Laila kena juga duduk di kampung. Kalau Laila tak ikut cakap daddy, semua credit cards, apa semua yang selama ni Laila buat daddy dah tak bagi dan izinkan." bapanya mula bersuara.
Mendengar kata-kata bapanya, sapuan mentega di rotinya terhenti. Jantungnya bagaikan nak pecah. Sabar, Laila sabar...
Kenapa?! Perlu ke sampai semua kesenangan aku daddy ambil?! Apa ni...Aku ingatkan tak jadi. Fuh...Laila ingat kelmarin kau cakap apa... hatinya mula berkata.
Laila sedar ibu bapanya sedang menanti jawapannya tetapi berat pula mulut ini untuk dibuka. Lidahnya seakan-akan tersekat di celahan gigi.
"L...Laila..Laila ikut cakap daddy" bimbang juga kalau terpaksa mengurung diri di dalam bilik 24 jam setiap hari.
Wajah bapanya kembali ceria. Lega hati bapanya mendengar kata-kata anak tunggalnya itu. Ibunya mula melemparkan senyuman kepada suaminya.
"Esok daddy hantar Laila ke sana sebab mummy balik UK esok dan daddy ada kerja di Sarawak" ujar bapanya sambil memegang segelas air kopinya.
"Esok?!" Laila terkejut kerana itu terlalu awal!
Eh...tadi kata dah bersedia.
"Ha..yelah esok, ke Laila nak pergi sekarang?" tanya bapanya diikuti dengan gelak kecil.
"K fine! Esok.." bibirnya mula muncung, gila nanti kalau berdebat dengan bapanya. Ada saja yang nak berdebat di dalam rumah. Kadang-kadang ibu dan bapanya, kadang-kadang ibu dan Laila dan kadang-kadang Laila dan bapanya.
Oleh itu, impian ibu dan bapanya untuk mengubah sikap anaknya tercapai. Tidak sangka Laila telah membuat keputusan untuk tinggal disana. Kebiasaanya, Laila akan membantah, makan tak mahu, bercakap tak mahu dan keluar rumah pun si Laila tak mahu. Manja betul anak tunggal mereka seorang ini.
"And daddy dah hire seorang ustaz ni, dia akan ajar Laila mengaji and dia akan bagi tazkirah setiap kali selepas mengaji...faham?" kata Encik Rahman lagi. Bimbang atuk dan nenek tiada masa untuk mengajar anaknya lebih baik dia suruh saja ustaz ajar Laila.
"Tapi daddy, perlu ke sampai nk hire ustaz apa semua...dengan nenek kan boleh?" kata Laila, hatinya mula membantah kata-kata daddynya.
"Daddy takut atuk dengan nenek tak ada masa, lagipun kelas mengaji tu dekat surau...atuk dan nenek kan selalu pergi surau.." jelas daddynya sambil menatap wajah berkerut anaknya itu.
Laila hanya berdiam diri, daddynya betul-betul ingin tengok Laila berubah. Tak apalah, Laila ikut saja asalkan segala kesenangan dia tidak dirampas.
"And daddy lupa nak bagitahu, Laila duduk dekat sana 3 bulan okay? Sebab daddy ada projek besar di Thailand selepas daddy pergi ke Sarawak..mummy pula balik hujung tahun ni" sambung daddynya lagi.
Kerja lagi penting daripada anak, hatinya mula berkata. Koyak rabak hatinya apabila mendengar daddynya berkata begitu. Matanya mula berkaca tetapi cepat-cepat dia mengalih pandangan.
"Sekolah macam mana? Dahlah Laila SPM tahun ni" tanya Laila lagi dengan nada bersahaja.
"Laila sekolah disana..jangan fikir kampung tak ada sekolah" jawab daddynya sambil melemparkan senyuman kepada anaknya.
Dahlah 3 bulan duduk di kampung, esok pula berangkat ke sana, sekolah disana, setiap hari mesti pergi kelas mengaji aduh... tak apalah Laila..nak buat macam mana.
Kalau dia ada kakak dan abang pasti mereka pun ikut bersama tinggal di kampung. Tak berubah pun kerana kedua ibu bapanya lebih mementingkan kerja daripada anaknya.
![](https://img.wattpad.com/cover/57676155-288-k759580.jpg)
YOU ARE READING
Seksanya Jadi Jodoh Awak!
RomanceGadis bandar yang cantik, degil dan keras kepala ini telah dihantar ke kampung untuk tinggal bersama nenek dan atuknya oleh ibu bapanya sendiri. Nurul Laila terpaksa menurut arahan ibu bapanya kalau tidak maka tiadalah kesenangan yang akan dia terim...