tujuh

366 19 0
                                        


Tidur Laila telah dikacau oleh ketukan pintu yang berkali-kali kedengaran. Suara nenek yang melaung namanya tidak dijawab. Laila terus menggeliat dan menguap, dia memandang jam di dinding.

"Baru pukul 6:15 pagi?!" terkejut beruk si Laila sampai terduduk di atas katil. Untuk menghilangkan mengantunknya, Laila hanya merenung dinding biliknya.

"Laila, bangun! Solat subuh!" Laila tidak menyahut tapi dia hanya mengangguk. Dalam keadaan dirinya yang sedang mamai, dia mencapai tuala birunya yang tergantung. Dia perlahan-lahan menuruni tangga untuk ke tandas.

Kakinya yang terseliuh makin lama, makin baik tetapi masih lagi sakit. Laila terus memasuki tandas untuk membersihkan diri. Tak pernah-pernah si Laila ni mandi sebelum pukul 7.

"AAAAAAAAAAAA" jerit Laila dalam tandas. Terkejut si nenek yang sedang membaca al-Quran di ruang tamu.

"Laila! Kenapa Laila?!" berlari anak nenek ke dapur.

"SEJUK!!!!!!!!!" jerit Laila lagi. Nenek hanya tergelak besar dan terus meninggalkan Laila mandi di tandas.

"Tak apalah! Nanti biasa lah tuu" jerit nenek dari ruang tamu. Entah si Laila ni dengar ke tak.

Setelah siap mandi, menggigil Laila keluar dari tandas. Betapa sejuknya apabila mandi pada waktu pagi! 

"Laila..nanti pukul 9 nenek nak pergi dekat surau sebab ada gotong-royong.. nak ikut?" Laila yang sedang berjalan menuju ke bilik pantas berpaling ke arah nenek.

"Gotong-royong? Nak!" Laila yang tak pernah bergotong-royong tiba-tiba dia hendak ikut. Laila cuma mahu membuat sesuatu yang baru di kampung.

"Tapi kaki kamu kan sakit lagi.." kata nenek sambil menunding jari ke kaki Laila.

"Tak apalah kalau tak boleh nak bersihkan surau pun, Laila boleh tolong hidang! Lagipun bosanlah nek duduk seorang diri dekat rumah ni" pujuk Laila dengan penuh yakin.

Neneknya hanya mengangguk, dia pun mahu cucunya belajar tentang kampung. Setelah mendapat respon daripada nenek, Laila terus memasuki biliknya. Telekung solat putihnya disarung, sejadah hijau telah terhampar di atas lantai. 

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau ampunilah dosa-dosaku ya Allah. Dosa kedua ibu bapaku ya Allah. Dosa nenek dan atukku..Engkau permudahkanlah segala urusanku di dunia dan akhirat kelak. Ya Allah, Engkau sentiasa dekatkanlah aku denganMu..Amin" Laila terus menyapu muka dan kepalanya.

Telekung yang dipakai terus ditanggalkan. Tanpa membuang masa, Laila terus melipat dan meletakkan sejadah dan telekungnya ke dalam almari. Segar rasanya selepas mandi pagi yang sebelum ini tidak pernah Laila lakukan.

"Laila..mari tolong nenek sekejap" panggil nenek yang sedang memerhati Laila.

"Ya nek" Laila terus bangkit dan berjalan menuju ke arah nenek.

"Laila tolong sidai kain dekat luar..boleh tak?" tanya nenek sambil menghulur sebakul baju yang sudah dibasuh

"Sidai? Dekat ampaian tu?" Laila terus menunjuk ampaian yang berada di luar. 

"Boleh tak?" tanya nenek sekali lagi. Biasalah, cucu orang bandar mana tahu nak buat kerja macam ini.

"Boleh!" semangat Laila mencari tudungnya. Dia menuruni tangga dan terus membawa bakul ke ampaian. 

"Panas betul harini.." kata Laila seorang diri. 

Laila terus menyidai kain di ampaian sambil menyanyikan sebuah lagu. Tiba-tiba seorang lelaki memberi salam.

"Assalamualaikum" pantas saja Laila berpaling ke arah suara itu.

"Waalaikumusalam..Zul? Buat apa dekat sini?" tanya Laila bersahaja. Sungguh dia rimas tengok muka lelaki tu.

"Nak bagi ni, mak saya suruh hantar buah durian.." ujar Zul sambil menghulurkan seplastik durian.

"Ya tuhan..kuatnya bau.." Laila terus menutup hidungnya

"Laa lupa orang bandar..mana pernah jumpa durian kan?" perli Zul sambil tergelak kecil.

"What?! Tahu lah boleh bau durian ni lama-lama..dah lah pergi letak dekat sana!" 

"Lah halau..ingatkan tak puas lagi tengok saya semalam dekat surau" Zul mengjongetkan keningnya yang lebat sambil tersenyum sinis.

"Pergilah! Ish..tak nampak ke orang tengah buat apa? Boleh tak jangan kacau kehidupan orang lain?" muka Laila mula kemerahan.

Dia tahu?! Dia sedar?! Alamak.....Why!!!! jerit Laila dalam hati. Malunya!

Dasar poyo! Ishhh! Haritu bukan main baik, sekarang ya tuhan mulut...pandai eh perli, ujar hati Laila.

"Eh betul lahh..yelah orang dah halau kan? Assalamualaikum.." kata dia sambil berjalan menuju ke pintu rumah nenek.

Laila memerhati Zul dari jauh yang sedang bercakap dengan neneknya.

Laila terus mengetap giginya sambil mengambil sehelai kain untuk disidai. 

"Kurang ajar kau eh" kata Laila geram.

Selepas Zul sudah pulang, Laila terus membawa bakul dan masuk ke dalam rumah. Laila melihat nenek sedang menjahit baju.

"Amboi..berborak dengan Zul tadi bukan main eh?" perli nenek sambil tersengih. Laila hanya berdiam diri dan terus masuk ke dalam bilik.

Geram pulak aku dengan kau! Haritu bukan main baik! Dahlah langgar aku, perli aku! Eeeeeeeeeeee! 

"Laila jangan lupa nanti nak pergi surau!" laung nenek dari ruang tamu.

"Ye" jawab Laila dengan nada malas.

NI mesti Zul ada nanti ni. Serabut lah tengok muka kau, kalau hari-hari aku tengok tak ke sawan aku? Ni kalau aku cakap macam ni depan muka kau..aku tahu kau nak jawab apa. Confirm kau akan jawab "Haa saya tahu kenapa awak sawan..ni mesti sebab saya handsome kan?" Euw! Siapa je cakap kau handsome! Ergh! Tapi memang kau handsome pun sikit. SIkit je lah, tak banyak.

Laila terus menumbuk bantal peluk yang sedang dipegang. Sakitnya hati apabila berjumpa dengan orang yang poyo!

"Nampak macam kau nak lawan dengan aku..kau tengok lah nanti ada ubi ada batas..aku buat nanti dekat kau jangan nak merayu minta maaf lah! Eh hello! Ni Laila okay! Tak sangka eh kau dah jahat sekarang.. kau kena santau eh?" Laila terus bermonolog sambil mengerutkan muka.

"Kau nak jadi kawan ke lawan? Ni kalau kau jadi suami aku, sumpah tak nak!" 

"Eee aku benci lah kau!" kata Laila dengan penuh perasaan geram.

"Eh Laila, duk jerit pasal apa tu?" tanya nenek.

"Ha? hmm tak ada pape..Laila tengah dengar lagu dalam phone" menipu! 

Tak apa Zul..tak apa..ada hari aku balas nanti ye? Kau jangan ingat aku perempuan, aku duduk diam saja..mesti kau menyesal perli aku, langgar aku haritu. Kau sukalah tengok aku kena sakat. Baru kenal dah macam syaitan perangai! Ergh! Perasan! Tapi betul lah pasal aku tengok dia malam tadi..aku dah puas dah tengok kau malam tadi eh! Siap menyampah lagi!

-----

Assalamualaikum guys! Sorry sebab selalu lambat nak update. Saya busy sangat-sangat lagipun sekolah dah nak mula. Saya harap cerita saya ni boleh buat awak semua senyum ke gelak ke apa ke. Thank you yang vote or baca or follow acc saya.Saya update ni pun kena curi-curi masa tau! Thank you and harap bersabar okay? xoxo 




Seksanya Jadi Jodoh Awak!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang