sepuluh

327 22 3
                                    

Setelah selesai bergotong-royong bersama penduduk kampung, Laila terus pulang ke rumah bersama nenek dan atuk. Semua orang sudah penat, pasti mereka akan tidur bila sampai di rumah nanti.

Laila asyik terfikir kenapa Zul menerima untuk mengahwini Laila sedangkan mereka baru sahaja 1 hari berkenalan. Walaupun Zul sudah memberi alasan tetapi mesti ada sesuatu yang dia sorokkan.

"Laila..harini ada kelas mengaji, ingat tu" atuk mengingatkan Laila tentang kelas mengaji itu.

"Laila?" Langkah atuknya terhenti selepas tidak mendapat respon daripada Laila

"Laila!" Jerkah atuk untuk menyedarkan Laila yang sedang termenung.

"Ha? Haah" kata Laila.

"Dengar tak apa atuk cakap tadi?" Tanya atuk untuk memastikan cucunya tahu tentang kelas mengaji.

"Erm..." teragak-agak Laila hendak menjawab.

"Hmm itulah! Siapa suruh termenung pasal Zul lagi. Atuk cakap...harini ada kelas mengaji Laila dengan bakal ayah mertua" katanya lagi sambil tersenyum sinis.

"Ish atuk ni, mana ada Laila termenung pasal Zul..apa bakal ayah mertuanya atuk..err" muka Laila mula kemerahan. Malulah! Janganlah cakap macam tu tuk!

"Yelah tu" menyibuk pula nenek ni setuju dengan atuk. Biasalah pasangan yang sudah kahwin sukalah setuju setuju ni.

"Yelah..tak baik tau macam tu..sakat cucu sendiri" kata Laila sambil meuncungkan bibirnya seakan-akan merajuk dengan nenek dan atuknya.

Sampai di rumah, Laila terus duduk di atas katil. Dia terus menyalin pakaiannya.

"Ishh sebab kaulah baju aku basah! Semuanya sebab kaulah! Hidup aku pun huru-hara!" Kata Laila sambil menggegam pakaiannya.

"Aku benci kaulah!" Laung Laila sekuat hatinya. Benci betul!

"Benci-benci nanti sayang" kata atuk yang sedang berdiri di pintu biliknya. Perlahan-lahan atuknya berjalan ke cucunya yang sedang duduk.

"Kenapa ni?" Tanya atuk sambil mengusap belakang Laila.

"Laila tak boleh terima benda ni atuk..Laila masih lagi muda..macam mana Laila nak tempuh kehidupan Laila?" Tanya Laila sambil menekup mukanya.

"Laila..dengar cakap atuk..kami semua na yang terbaik untuk Laila..atuk tahu ini semua berat tapi percayalah semuanya ada hikmah" keluh atuk.

"Cuti penggal ni pun dah nak habis..nanti kena fokus SPM..atuk tolonglah" kata Laila memujuk atuknya yang ingin mereka berkahwin.

"Percayalah Laila..Zul baik orangnya.." kata atuk lagi.

"Nanti Laila nak tinggal dekat mana lepas dah kahwin? Makan minum Laila?" Tanya Laila lagi. Dia mencuba sedaya upaya untuk menolak Zul.

"Zul anak orang senang di kampung ni Laila..dia sudah pun ada kerja..dia bekerja bersama ayahnya..dia langsung tidak pernah menggunakan duit mak ayahnya" jujur atuk berkata.

"Kamu fikir-fikirkanlah. Kami tak nak memaksa cuma mahu yang terbaik. Kami sayang kamu" kata atuk sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Laila.

"Laila tak tahu.." kata Laila tetapi sayang, atuk tidak mendengarnya.

Laila terus duduk die tepi tingkap sambil memerhati pokok-pokok yang kehijauan. Hatinya sedang berkaca, ada masanya kaca itu akan pecah. Sakit hatinya bila dipaksa sebegitu rupa.

Laila inginkan kerjaya sebelum perkahwinana. Laila ingin membanggakan kedua ibu bapanya. Mampukah mereka berdua menempuh kehidupan selepas perkahwinan?

Perkahwinan bukan benda yang mudah. Tolonglah ya Allah kenapa aku kena terima perkara ni pada usia yang terlalu awal.

"Susah!" Kata Laila.

Dia terus menuruni tangga untuk ke tandas. Dia terus mengambil wudhu' untuk menunaikan solat Zohor.

"Laila nanti tolong pergi ke kedai ye selepas solat..basikal ada di belakang" arah nenek yang sedang menyiang ikan di belakang rumah.

"Okay nek" kata Laila setelah dia keluar daripada tandas.

Laila terus menunaikan solat Zohor selepas azan telah dilaungkan.

"Ya Allah ya tuhanku, jika benar Zul itu jodohku. Kau lembutkanlah hati aku untuk menerimanya..ya Allah yang tuhanku, kau sentiasa dekatkanlah Zul denganMu.." doanya setulus hati.

Usai solat, dia terus ke belakang rumah untuk mendapatkan basikal. Terdapat sebuah basikal yang berwarna putih.

"Basikal ni ke nek?" Tanya Laila. Nenek terus saja mengintai dan memgangguk.

Nasib baik Laila tahu bagaimana untuk menunggang basikal. Duit yang diberikan oleh nenek dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Lada hitam..bawang merah dengan santan" Laila mencuba untuk menghafal apa yang harus dibeli.

"Harap-harap aku tak jumpa dengan Zul nanti" katanya perlahan setelah dia ternampak kedai runcit yang kelihatan tidak jauh darinya.

Setelah sampai di kedai runcit, Laila terus menyandarkan basikalnya didinding. Dia terus memilih barang yang perlu dibeli.

Dia terus pergi ke kaunter untuk membayar.

"Abang Zul..abang Zul boleh tolong ambil tak tisu yang dekat rak tu?" Geli telinga Laila mendengar seorang perempuan dengan nada manja memanggil nama Zul.

Eh sekejap..Zul? Laila terus mengalih pandangannya, ternyata Zul sedang menyusun barang di atas rak. Aku tak perasan ke atau dia baru datang? Kata Laila dalam hati.

Laila terus melihat perempuan yang membuatkan telinganya bernanah itu. Lah...Nabila.

"Eh Laila! Awak buat apa dekat sini?" Tegur Nabila beria.

"Ha? Haha saya tengah baca buku" Laila menjawab dengan bersahaja.

Pantas saja Zul berpaling ke arah Laila yang sedang berborak dengan Nabila. Zul terus menghulurkan tisu yang Nabila mahu.

"Terima kasih abang Zul..handsome abang Zul harini..hihi" kata Nabila dengan gedik.

Euw!

"Err..terima kasih" kata Zul dengan janggal sambil menjeling ke arah Laila.

"Tak apalah Nabila..saya pergi dulu ye" dengan muka yang marah, Laila terus beredar.

Abang Zul?! Oh my god!

Laila terus menaiki basikalnya untuk pulang ke rumah. Dari tadi asyik mengetap bibirnya.

"Ish! Geram aku dengan Nabila tu. Gediknya engkau dengan Zul ye?! Kau tahu tak Zul tu aku punya! Kau nak aku tampar kau ke?? Ishhh geramlah!" Marah Laila.

"Zul tu pun satu! Kenapa dia layan minah tu ergh!"

"Nampak sangat kau ni tak boleh dipercayai! Tak nak ah aku kahwin dengan kau! Buat semak mata je tengok muka kau! Eiiii!" Laung Laila. Mukanya kemerahan akibat menahan marah. Entah kenapa rasanya lain melihat Zul dengan orang lain.

Adakah sebab dia tahu Zul akan berkahwin dengannya?

"Jealous ke?" Laila terus berpaling ke arah suara itu. Zul?!

Zul hanya tergelak besar sambil menunggang motorsikalnya.

"Mana ada jealous! Diamlah!" Marah Laila. Dia terus mencepatkan kayuha basikalnya. Tetapi masih tidak boleh melawan motorsikal.

"Kalau tak jealous, tak adanya awak marah saya" perli Zul.

"Awak ni dah kenapa? Stoplah ikut saya!" Kata Laila. Matanya tajam memandang Zul yang sedang menahan gelak.

"Perasan! Saya nak balik rumah sebab tertinggal dompet" terang Zul membuatkan Laila terdiam.

"Dahlah malas lah layan!" Laila terus memecut untuk balik ke rumah. Serabut duduk berdebat dengan Zul. Lagi serabut bila tengok muka dia!

Aku jealous ke sekrang ni? Aku jealous? Sebab apa? Sebab aku sayang ke? Hell no! Aku tak pernah sayang dia! Aku jealous sebab dia ke jodoh aku? Kalau sebelum berkahwin macam ni, selepas kahwin macam mana?


Seksanya Jadi Jodoh Awak!Where stories live. Discover now