enam

401 20 0
                                        

Setelah selesai menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah, Laila terus mengambil tempat untuk bersendirian. Ramai jemaah yang pulang selepas Maghrib, mungkin mereka ada kerja yang nak diselesaikan? 

"Kenapalah malang sangat aku harini, kaki terseliuh..kena langgar tadi lepastu kena tegur.." keluh Laila sambil mengurut perlahan kakinya. 

Selepas nenek mengurut kakinya yang terseliuh itu, alhamdulillah sakitnya makin berkurangan. Kuat juga Laila menahan sakitnya sendiri. Sedang Laila terleka termenung seorang diri, dia dapat mendengar seorang lelaki sedang membaca al-Quran.

"Bismillah.." merdu suaranya, kalau para wanita mendengar bacaannya kemungkinan 9/10 daripada mereka akan jatuh cinta.

Siapa yang baca al-Quran tu, merdunya suara. Tak pernah aku dengar orang baca al-Quran semerdu itu, puji Laila dalam hati.

Laila semakin tertarik untuk mengetahui siapa yang membaca al-Quran. Matanya melilau mencari tuan suara yang lunak dan merdu itu. Akhirnya, matanya tertumpu pada seorang lelaki yang memakai jubah hitam dan berkopiah. 

Terkumat-kamit mulut lelaki itu membaca al-Quran, badannya sekejap ke belakang, sekejap ke depan. Kacak betul lelaki tu.

"Eh..tu bukan ke.." kata-kata Laila terhenti, dia ingat muka lelaki itu. Laila mengingat kembali kejadian petang tadi.

"Dialah yang langgar aku!" Laila dengan semangatnya berkata. Suara kuatnya itu telah menghentikan bacaan lelaki itu. 

Lelaki itu terus memandang Laila yang sedang menutup mukanya menggunakan telekung solat. Matilah aku, kata hatinya. 

"Erm" Laila mendengar seseorang berdehem. Alamak! Dia datang! hatinya sedang menjerit. Berdebar-debar hatinya apabila mendengar seseorang berdehem.

"Eh eh kamu ni dah kenapa? Kena sampuk ke?" tanya neneknya sambil menepuk bahu Laila. Lah nenek.. Kecewa si Laila ini, dia terus memandang neneknya sambil tersenyum malu.

"Ada apa ye nek?" tanya Laila, senyuman di bibirnya masih lagi terukir. Nenek hanya mampu menggeleng melayan karenah cucu tunggalnya itu.

"Dah nak masuk waktu ni..baik duduk di dalam" ujar nenek dan terus berlalu pergi. Laila hanya mengangguk, dia terus mengeluh lega kerana nenek tidak mengesyakinya. Laila terus curi-curi memandang lelaki tadi tetapi dia sudah tiada.

Laila dengan segera terus bangun dan mengambil tempat di sebelah neneknya setelah mendengar laungan azan untuk solat Isya'. 

Usai solat Isya' berjemaah, Laila terus menyimpan sejadah yang ditinggalkan begitu sahaja oleh jemaah lain. Neneknya pula sibuk berborak dengan Makcik Hasmah.

"Cantik betul cucu kau ye Pah.." puji Makcik Hasmah sambil menjeling ke arah Laila yang sedang merajinkan diri.

"Kau tengoklah cucu siapaaa" mengada pula nenek ni.

"Aku tengok Laila tu cantik, baik, eloklah dengan Zul. Aku tengok macam pinang dibelah dua" kata Makcik Hasmah sambil tersengih seperti kerang busuk. Macam dah jumpa je calon menantu.

"Apa kata kita jodohkan mereka berdua selepas dua-dua habis sekolah?" nenek Laila terus mencadangkan pendapat yang sangat 'bernas'. 

"Aku setuju..inshaAllah Pah" perbualan mereka terus terhenti. Mereka menunggu Laila di luar surau, Makcik Hasmah pula sibuk mencari anaknya.

Setelah siap menyimpan sejadah, dia terus mengambil kain telekungnya dan dibawa keluar. Dia terus melemparkan senyuman yang manis kepada Makcik Hasmah yang sedang berdiri di sebelah atuknya.

Ada mesyuarat apa ni dekat luar ni..semua orang ada, katanya di dalam hati.

"Laila..Makcik Hasmah nak kenalkan anak dia ni.." bisik nenek.

Seksanya Jadi Jodoh Awak!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang