lapan

347 17 0
                                    

Jarum jam sudah menunjukkan pukul 9, Laila lekas bangkit dan bersiap-siap untuk ke surau. Atuk awal-awal pagi sudah berada di sana bersama orang-orang kampung yang lain. Jubah kuning air dipilih untuk disarungkan dan tudung pula ialah bawal hitam. Saat Laila keluar dari bilik, neneknya sudah pun bersiap.

"Amboi cantiknya dia" puji nenek sambil memerhati Laila dari atas sehinggalah ke kakinya.

"Takdelah nek, baju ni yang cantik" malu Laila apabila dipuji lebih-lebih lagi neneknya. Kemerahan muka Laila, janggal rasanya untuk senyum.

Mereka terus keluar dari rumah dan berjalan menuju ke surau.

"Macam mana kaki Laila?" tanya nenek sewaktu mereka berdua sedang berjalan.

"Kaki? Macam nilah, tapi selepas nenek urut..kaki Laila kurang dah sakit" kata Laila.

"Oh..erm, Laila nenek nak tanya satu soalan boleh?" nenek meminta izin untuk menanyakan soalan.

"Ish nenek, kenapa mesti minta izin? Tanyalah" kata Laila sambil memimpin tangan nenek. Pelik ni..

"Kamu suka tak Zul?" tanya nenek sambil memandang muka Laila. Mata nenek tajam sekali, serius pula nenek bertanya.

"Ish, kenapa nenek tiba-tiba cakap pasal Zul ni?" Kata Laila, janggal rasanya. Huwaaaa kenapa ni?

"Tak adalah, nenek ingatkan nak jodohkan kamu berdua" kata nenek secara jujur. Nadanya amat serius!

Mulut Laila terlopong, kakinya berhenti melangkah.

"What nenek?! Laila baru saja 17 tahun! Kenapa kena kahwin??" Kata Laila sambil berpaling ke arah nenek.

"Dengar Laila, nenek tahu..ini semua susah kan? Tapi nenek tak sanggup nak tengok Laila keluar dengan lelaki yang tak sah. Nenek nak cucu nenek dapat didikan agama daripada Zul. Dia pun alim.." terang nenek panjang lebar.

Laila hanga diam, matanya mula berkaca. Kenapa perlu kahwin? Mereka baru saja kenal.

"Umur tak penting, Laila..nenek dah bincang dah dengan daddy dan mummy kamu. Mereka pun setuju..nenek nak nikahkan kamu dalam masa yang terdekat ni" kata nenek sebelum mereka menyambung perjalanan mereka ke surau.

"Nek..kami baru saja kenal nek! Macam mana Laila nak tahu yang dia bet betul jodoh Laila?!" Mengalir air mata si gadis ini, sungguh dia tak mahu. Dia masih lagi muda dan ada perjalanan yang panjang.

"Itu namanya ta'aruf. Kamu bolehla bercinta selepas nikah" pujuk nenek.

"Nek tapi..." kata-kata Laila dihalang oleh nenek.

"Tolong Laila..nenek tak minta banyak..malam ni tolong buat solat istikharah. Nenek nak jawapan secepat mungkin. Nenek nak tengok kamu gembira sebelum nenek dan atuk pergi.." kata nenek sambil menepuk perlahan belakang cucunya.

Tolong ya Allah lembutkanlah hati cucuku ini, doa nenek dalam hati.

"Hmm..tapi nek, susah Laila nak terima semua benda ni..macam mana sekolah nanti?" Pujuk Laila lagi.

"Sekolah tu tak ada masalah, nenek boleh tolong sebab pengetua sekolah ini kawan nenek" kata nenek.

Laila terus melepaskan keluhan yang berat. Susah untuk terima ini! Sudahlah jodohnya dipilih oleh ahli keluarga malah dia perlu berkahwin pada usia muda!

Zul itu pula sama umur dengannya. Kata orang apabila kedua-dua suami dan isteri sama umur, masalah lebih susah untuk diselesaikan kerana dua-dua ego!

Aku muda lagi..aku tak pandai nak handle masalah..tolonglah ya Allah..

Laila terus berdiam diri, dia cuma perlukan masa. Kenapa Zul?! Tolonglah! Aku benci dia.

Kalau ramai orang tahu aku dah kahwin, mesti ramai yang buat fitnah. Risau aku.

Memanglah Zul itu luarannya idaman aku tapi...ini terlalu awal nenek. Laila tak tahu nak buat pilihan apa nek. Kenapa daddy dengan mummy setuju?!

Ya Allah..tolonglah, rintih Laila

"Nenek, Zul tahu tak?" Tanya Laila ketika mereka semakin sampai ke surau. Laila ternampak susuk tubuh yang dikenali iaitu Zul.

"Tahu..dan dia pun setuju" kata nenek bersahaja.

WHAT?! MAMAT TU SETUJU?!

"Seriuslah nek.." perlahan saja suara Laila. Jantungnya mula berdegul laju ketika mereka melangkah masuk ke dalam surau. Atuknya sedang berbual dengan beberapa orang kampung. Zul pula sibuk membersihkan al-Quran yang berhabuk.

Macam mana aku nak hadap dia? Malunya..

"Assalamualaikum.." kata nenek sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Makcik Hasmah yang sedang menemani Zul.

"Waalaikumusalam..eh kau rupanya Pah...amboi cantiknya Laila!" Makcik Hasmah memuji bakal menantunya.

Muka Laila terus merah, dia sempat menjeling ke arah Zul. Zul tidak memandang pun Laila, adakah dia tidak sedar kehadiran Laila? Ataupun dia pura-pura tidak sedar??

Dia nampak macam tak suka aku je tetapi kenapa dia setuju?! Aduih, kau ni dah kenapa ha mamat sengal?

Berkerut muka Laila yang sedang memerhatikan Zul.

Berkahwin bukan atas nama cinta?! Memang tak ah wehhh. Siapa nak?! Ada ke orang yang nak pilihan dia ditentukan oleh ahli keluarganya? Siapa suka berkahwin pada usia muda macam ni?

"Laila setuju tak?" Bisik Makcik Hasmah

"Esok aku suruh dia bagi jawapan. Malam ni aku suruh dia istikharah" jawab nenek sambil menjeling ke arah Laila.

"Baguslah tu" kata Makcik Hasmah.

"Hmm Laila, nenek dengan Makcik Hasmah nak ke sana dulu ye. Kamu tolong-tolonglah Zul ni" kata nenek sambil menunding jarinya ke arah Zul.

"Eh nenek kenapa..." tidak sempat Laila menghabiskan ayatnya, nenek sudah pun berlalu pergi.

Tanpa melengahkan masa, Laila terus membelakangi Zul untuk keluar dari surau.

"Awak setuju tak?" Tanya Zul.

Alamak, mamat nj bercakap pulak. Boleh tak kau diam? Macam batu tu ke apa ke. Bebel Laila dalam hati.

"Kenapa awak setuju?" Laila terus berpaling ke arah Zul. Zul tidak menghiraukannya tetapi sibuk membersihkan al-Quran.

"Saya tanya awak. Kenapa awak tanya saya balik? Memang awak tak pandai jawab soalan eh? Kuiz dekat sekolah rendah dapat berapa? Mesti kosong kan?" Sindir Zul sambil tersenyum sinis.

Eeeee geramnya aku! Sabar Laila sabar...

"Saya tak tahu lagilah! Awak nak ke kita kahwin pada usia muda macam ni? Umur kita sama..mesti susah nak handle masalah! Satu lagi, kita ni nak hadap SPM macam mana? Awak nak ke kahwin tanpa rasa cinta?" Panjang Laila membalas. Keluhan berat mula dilepaskan setelah habis membalas.

"Ye, memang kita usia muda, sama umur, baru kenal. Tapi kalau ni terjadi maka terjadilah. Ada hikmah disebalik semua benda ni.. saya terima sebab saya tak nak nenek awak kecewa. Saya pun tak boleh nak derhaka pada mak saya.. awak tahu ke apa yang kita akan lalui selepas kahwin? Awaa tahu ke banyak buruk daripada benda baik akan berlaku?" Bebel Zul dengan nada yang serius.

Lek ah weh, kau belum lagi jadi suami aku. Kau tak ada hak nak marah marah aku!

"K fine! Nanti saya bagitahu apa pilihan saya!" Laila dengan penuh perasaan marah terus berlalu pergi meninggalkan Zul seorang diri.

Susah betul nak bercakap dengan orang macam dia ni. Ada saja yang nak dijawab! Ya Allah apa aku patut buat sekarang ni ya Allah? Terima ataupun tidak?

Seksanya Jadi Jodoh Awak!Where stories live. Discover now