tiga

488 15 0
                                    


"Laila bangun!" kejut mummynya. Berkali-kali mummynya mengetuk pintu tetapi tiada siapa yang menyahut.

"Ye mummy!" mamai sekali Laila yang baru tersedar daripada dibuai mimpi indah. Melihat jam di atas meja baru saja pukul 6 pagi. Matahari masih belum keluar.

"Cepat siap! Daddy dah tunggu dekat bawah dah ni" ujar mummynya dan berlalu pergi. Kalau dibiarkan mummynya berdiri di situ memang bermulalah debat antara mereka.

Dah nak pergi?! Mak aih..awalnya. Laila dengan segera mengambil tualanya dan berlari masuk ke dalam tandas. Usai mandi, Laila cepat-cepat memadankan sepasang baju kurung berbunga dan sepasang tudung bawal biru gelap. Bukan apa, dia bimbang kalau-kalau nenek dan atuknya membebel kerana pakaiannya tidak melambangkan orang melayu.

Laila terus memasukkan berus gigi, ubat gigi dan pencuci mukannya ke dalam plastik. Bergegas dia membawa beg-begnya turun ke bawah. Nasib baik ada driver, bolehlah tolong bawa barang si gadis ini.

"Amboi, banyaknya beg..nak tidur setahun ke?" perli daddynya sambil menahan gelak.

Bahagianya daddy tengok anak dia duduk di kampung ye...

Biasalah kalau perempuan tak sah kalau beg tak banyak walaupun sehari dua saja tinggal disana.

"Biasalah daddy" pendek sahaja jawapan anak tunggalnya itu.

"Dah lah, pergi salam dengan mummy...cepat pergi cepat sampai" tegur daddynya.

"Okay" setelah ditegur, Laila terus berjalan menuju ke dapur untuk bersalam dengan mummynya. Tangan kanan mummynya dikucup dan pipinya juga dicium.

"Nah ambil ni, makan dalam kereta" mummynya menghulur sebekas makanan kepada Laila. Tahu, tahu je Laila tengah lapar.

"Thanks mom!" ucap Laila dan beredar pergi. Pintu kereta BMW sudah dibuka luas, kakinya terus mengatur langkah untuk masuk. 

---

Laila lenyap di dalam mimpi, sudah beberapa jam berlalu. Jauh juga kampung Laila ini. Ayahnya hanya tersenyum lega melihat anaknya patuh pada arahannya. Kalau dulu, bukan main susah. 

"Laila...dah sampai ni" kata Encik Rahman sambil menepuk bahu anaknya. Laila hanya menggeliat dan menguap.

Tanpa melengahkan masa, Laila terus bangun dan mata dia terus terpaku dengan pemandangan yang indah. Semuanya serba hijau belaka, sejuk rasanya bila dilihat. Udara juga nyaman, suasana tak bising.

"Jom masuk rumah atuk dengan nenek"  kata ayahnya sambil membawa beg anaknya itu. Laila anya mengekori ayahnya dari belakang.

Sebelum masuk, mereka berdua memberi salam. 

"Waalaikumusalam...eh Rahman! Laila!" terkejut beruk neneknya melihat anak dan cucunya datang. Bukan senang tau mereka nak jejak kaki ke kampung.

"Nenek!! Rindu nenek!!" berlari anak si Laila pergi ke neneknya. Pelukan diberikan, rindu sungguh pada nenek dia seorang ni.

"Nenek pun, cu" kata neneknya sambil mengusap rambut Laila

"Mana atuk?" tanya Laila sambil meleraikan pelukan mereka berdua.

"Huh kamu ni, ke mana lagi atuk tu..ke sawah la" jawab nenek.

Gembira betul Encik Rahman melihat mereka berdua. Ayahnya juga yakin Laila akan berubah sikapnya. 

"Apa hajat kamu ke mari ni Man?" tanya neneknya sambil mempelawa mereka berdua duduk di sofa.

"Man datang ni nak hantar Laila tinggal di sini sekejap sebab saya dan Maznah ada kerja yang nak disiapkan. Saya di luar negeri, Maznah pula di luar negara" panjang lebar penerangan ayahnya itu.

Seksanya Jadi Jodoh Awak!Where stories live. Discover now