Usai makan bersama atuk nenek, Laila duduk berehat di luar rumah.
"Nyamannya" kata Laila sambil menghirup udara yang segar.
Sedar tak sedar, atuknya sudah lama berada di belakangnya memerhati cucunya itu.
Aku ingatkan, aku akan benci semua benda tapi apabila aku sampai..lain pula jadinya, ujar hatinya.
"Wargh!" sergah atuknya diikuti gelak besar. Nasib Laila tidak jatuh daripada tangga, ish atuk ni!
Atuk sukalah kenakan orang macam ni. Dari kecil sampailah besar, perangai atuk tak ubah-ubah. Tak apalah, perangai atuk yang ni pun sentiasa buat Laila dan keluarga bahagia.
"Pergilah jalan-jalan dekat bawah tu, jangan sampai kena kejar dengan kerbau sudah" sindir neneknya yang tidak jauh dari tempatnya. Atuknya tergelak besar teringat kisah lama.
Hati rasa macam nak jalan-jalan sekejap mana tahu jatuh cinta dengan kampung. Tanpa berfikir panjang, Laila terus memakai sandalnya.
"Jangan balik lewat sangat!" laung atuknya dari tingkap. Setelah mendengar arahan atuknya, Laila terus mengangguk.
Tanpa menunggu kata-kata seterusnya daripada nenek dan atuk, Laila berlalu pergi meninggalkan halaman rumah. Mungkin dengan melihat pemandangan yang indah ini dapat meredakan perasaan kurang yakin, sedih dan sebagainya.
"Aku pernah dengar, Rasulullah kalau baginda sedih, baginda tengok tumbuhan hijau!" Laila bermonolog sambil memerhati sepasang burung yang terbang melintasi dirinya.
Entah mengapa Laila berasa sunyi dan sedih sekali. Laila asyik teringatkan kata-kata daddy dan mummynya. Mereka berdua selalu saja sibuk dengan kerja. Pergaduhan antara mummy dan daddynya masih lagi terngiang-ngiang di dalam otaknya. Kalau bunuh diri itu tidak berdosa, sudah lama si Laila ni menghakis lubang telinga.
Astaghfirullahalazim, ujar hatinya.
Keluhan berat dilemparkan, semakin lama berjalan, semakin jauh jaraknya. Dari jauh, Laila ternampak sebuah bangku di bawah pokok yang renek. Laju saja langkah dia untuk pergi ke sana. Lenguh kakinya berjalan-jalan ke sana ke mari akhrinya dapat juga duduk.
Sebelum Laila duduk di atas bangku itu, Laila menyapu lembut daun-daun kering. Usai menyapu, Laila terus duduk sambil mengeluh.
"Daddy dengan mummy dah tak sayang aku ke? Sampai nak hantar aku pergi sini..kenapa dalam dunia ni mesti ada kerja? Why? I don't understand. Dulu, kawan-kawan aku selalu cakap jadi anak tunggal ni best. Best apa entah, mana ada best...aku rasa sunyi" mata Laila mula berkaca. Jauh dia termenung memikirkan tentang dirinya.
Laila merasakan dunia ini terlalu kejam. Sakit hati Laila dalam diam, hanya Allah sahaja yang tahu.
Beberapa minit Laila duduk, dia mula mengatur langkah untuk pulang ke rumah. Saat dia berjalan, matanya hanya tertumpu pada sawah padi yang menghijau. Ya Allah! Indahnya..
Ping!
Bunyi hon motor yang kuat mengejutkan Laila.
"Aaaaaa!" Laila terus terjatuh di atas tanah, baju kurungnya kotor sekali.
"Ya Allah! Awak, awak okay tak?" tanya seorang pemuda yang berbaju melayu dan berkopiah. Mata Laila tidak dapat melihat dengan jelas, kepalanya pening.
Adui, sakitnya bontot aku... keluh hati Laila sambil mengerutkan mukanya.
"Apa okay, okay?!" marah Laila sambil menjeling pemuda itu.
"Maaf awak, saya tak nampak" mukanya berkerut sekali. Takut dia tidak dimaafkan oleh gadis cantik itu.
"Eh, kau siapa ha nak langgar-langgar aku? Ke kau nak ambil kesempatan?!" tuduh Laila
"Sekali lagi maaf kerana menegur, cuba awak tukar sikit panggilan 'aku kau' awak tu, nampak tak sopan. Awak tu perempuan, cuba awak mencontohi Saidina Khadijah." pemuda ini mula hilang sabar mungkin.
Muka Laila berubah menjadi merah, malu rasanya apabila ditegur tentang adabnya lebih-lebih lagi oleh seorang lelaki.
Laila tanpa berkata-kata terus berlalu pergi, walaupun kakinya terseliuh dia tetap tidak mahu menghiraukan lelaki itu. Malunya ya Allah.
Astaghfirullahalazim... hatinya mula beristighfar. Betul kata lelaki tu, aku sebagai perempuan tak boleh buat macam tu.
Air mata mula mengalir tanpa sebab.
Kenapa aku malu sangat apabila berhadapan dengan lelaki itu?! Ya Allah..kenapa ni..
"Aduh, aduh" Laila memperlahankan langkahnya kerana kakinya sakit. Mukanya kotor sekali dengan tanah. Hari pertama di kampung pun sudah teruk, apatah lagi hari-hari yang bakal menjelma.
"Daddy...mummy I need u.." kata Laila perlahan sambil mengesat air matanya.
"Auch!" jerit Laila. Sekarang, baru dia sedar pipinya telah terluka. Darah terlekat di jarinya, nasib baiklah Laila ini bukan orang yang mementingkan paras rupa.
Kenapa aku tak berani nak marah lelaki itu tadi..bahasanya lebih baik daripada aku...lagi sopan daripada aku...suaranya pun rendah saja tak ada lah sampai nak menengking.. hatinya mula memuji sikap lelaki tadi.
"Ni kalau nenek dan atuk nampak..habislah aku.." ujar Laila sambil melihat rumah neneknya itu. Mengharapkan nenek dan atuk tiada di rumah supaya tiada siapa tahu kejadian tadi.
Alah Laila, kau baru kena langgar sikit.. tak apa...hari-hari lain nanti kau mesti cekal punyalah! hatinya mula melemparkan kata-kata semangat.
Akhirnya, Laila sudah sampai di rumah neneknya. Sebelum menaiki tangga dia sempat membasuh kakinya. Dia sedar bahawa selipar nenek dan atuknya tiada. Laila terus menjeling ke jam tangan yang terikat di pergelangan tangannya. Jarum jam menunjukkan sudah pukul 4:28. Mungkin mereka berdua ke surau untuk menunaikan solat asar?
Laila terus menolak pintu rumah, ternyata tidak berkunci.
"Tak ada orang, kenapa nenek tak kunci pintu...ishh nanti kalau ada orang masuk nak mencuri ke apa ke" leter Laila sambil mengatur langkah ke biliknya.
Dia terus duduk di depan cermin sambil meneliti mukanya yang kotor dan luka. Dia terus menyalin pakaiannya dan mengambil wudhu'. Sakit benar, tapi solat itu lagi penting. Laila terus mengambil penampal luka dan menampal di pipinya.
"Tak apalah Laila, benda dah jadi" kata Laila diikuti dengan keluhan yang perlahan.
Telekung solatnya diambil dan disarungkan. Laila menyedari seliuh di kakinya menyebabkan dia tidak boleh solat sambil berdiri. Matanya mula melilau mencari kerusi, dia terus mencapai kerusi yang terletak di hadapan cermin. Laila berusaha untuk fokus sewaktu solat, kakinya yang sakit dan kejadian tadi dilupakan kerana ini adalah masa untuk menghadap Allah.
Setelah selesai solat dan berdoa, Laila terdengar suara neneknya yang sedang bercakap dengan atuknya. Pintu biliknya dibuka, terkejut neneknya melihat cucunya yang sedang duduk di atas kerusi.
"Laila! Kenapa ni? Muka luka, solat sambil duduk...kamu buat apa tadi?" tanya neneknya dengan nada yang risau.
Laila mula melemparkan senyuman yang lemah. Sayang juga nenek pada Laila.
"Tak adalah nek, Laila terjatuh tadi...kaki terseliuh sikit je..muka luka juga. Tapi tak apa, Laila okay je" kata Laila sambil memegang erat tangan neneknya.
"Dah, nenek nak urut kaki ni...duduk diam-diam" neneknya terus memegang kakinya dan mengurut. Air mata Laila mengalir menahan sakit.
"Adui nek!!!" jerit Laila.
"Ish kamu ni senyap sudahlah..nanti lama-lama baiklah tu..kamu jangan nak mengada-ngada duduk diam..berjalan akan buat kaki kamu baik." usai mengurut cucunya yang manja itu, nenek terus berlalu pergi untuk menyimpan telekungnya di dalam bilik.
"Terima kasih nek!" hidungnya mula kemerahan akibat menangis menahan sakit. Manja betul anak tunggal Encik Rahman dan Puan Maznah ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
Seksanya Jadi Jodoh Awak!
RomanceGadis bandar yang cantik, degil dan keras kepala ini telah dihantar ke kampung untuk tinggal bersama nenek dan atuknya oleh ibu bapanya sendiri. Nurul Laila terpaksa menurut arahan ibu bapanya kalau tidak maka tiadalah kesenangan yang akan dia terim...