Suatu hari penuh peristiwa
Satu orang mengubah satu jiwa
Dari hati besi kepada mat bunga
Dari keras hingga aku jadi lemah
Telah ku suarakan isi jiwa dan raga
Mahu ku jadikan dia teman yang teristimewa
Syukur dia terima aku punya cinta
Kini kau suarakan perpisahan
Aku terima dalam kesedihan
Mengenang semula perjalanan
Kita dalam percintaan
Tapi aku dan dia tetap bersama
Walaupun sebagai sahabat sahaja
Kerna janji ku pegang selamanya
Untuk jaga kau sampai bila-bila
Senyum tawa kau sentiasa dalam minda
Kerna kau tetap yang teristimewa
Mengubat segala luka
Dari fizikal hingga dalam raga
Kau bidadari setiap masa
Kau pengubat setiap luka
Kau pemberi ku bahagia
Kau adalah segalanya
Sorry ah tak mampu move on.
