Sibuk kejar cinta sampai kau lupa
Apa nilai sahabat yang sentiasa
Sering kau bertengkar dengan sahabat demi orang yang kau cinta
Sedangkan kau termakan dek kata cinta
Palsu, semuanya
Kau bertengkar dengan mereka kerana mahu menegakkan benang yang basah
Walaupun cinta kau dah terbukti bersalah
Kau masih bertegang urat kata dia tiada salah
Sampai tiba masa baru kau sedar
Siapa dia yang sebenarnya
Bila kau sudah mula sedar semua pembohongannya
Baru kau mahu cari sahabat-sahabat lama
Sahabat akan sentiasa ada
Tak kira kau punya silam
Kerana mereka sentiasa pandang kehadapan
Jangan kerna cinta kau buta
Jangan kerna cinta kau jadi bodoh
Jangan kerna cinta kau lupa semua
Jangan kerna cinta kau lupa yang Esa.
