Kawan,
Kau tak boleh harap dia sentiasa ada
Kerna dia juga ada hidup mahu dijalankan,
Bukan dengan kau setiap masa.Kawan,
Sampai satu masa kau akan lihat
Dia berubah dan kau ditinggalkan,
Dia takkan ada lagi ada dengan kau setiap saat.Kawan,
Dulu kita sering berasama melayari bahtera masalah dunia
Namun kini di lautan besar masalah aku kau tinggalkan
Kerna kini kau sudah berubah sepenuhnya.Kawan,
Dulu kau ada ikat satu janji
Kau kata susah senang bersama aku takkan kau tinggalkan
Tapi bila kau ada sahabat baru aku kau tinggalkan, matiKawan,
Aku kan sentiasa menanti agar kita bersama kembali
Seperti waktu dulu menuntut janji yang kita ucapkan
Aku disini, setia menanti.