Aku nampak suatu yang tiada
Jelas di depan mata
Apa yang aku lihat?
Ajal aku yang mendekat
Mungkin mereka kata aku masih muda
Untuk meninggalkan dunia
Tiada tahu kah mereka
Ajal tidak mengenal usia?
Saat Izarail datang menjemput
Aku berharap aku dalam keadaan husnul khatimah
Agar aku dapat membau jannah
Melangkah masuk ke dalam jannah
Allahu
Cita-cita tinggi nak masuk syurga
Amalan?
Amalan mungkin kau kata banyak
Solat cukup puasa penuh derma sering
Tapi apa amalan kau diterima?
Apa amalan kau ikhlas kerana yang Esa?
Apa amalan kau berkat?
Allahu
Jika aku pergi suatu hari
Mungkin bukan hari ini
Tapi esok siapa yang tahu
Sedekahkan aku Fatihah bila aku tiada
Kenang aku dalam doa mu
Dalam sujud terakhir mu sebutlah nama ku
Jika aku pergi
Lupakan segala perkara buruk aku
Cuba kenang kenangan manis kita bersama
Allah.
