#Bangsa

45 1 0
                                    

Kita rakyat Malaysia
Seharusnya berasa bangga
Kerna kita hidup dalam pelbagai bangsa
Baik Melayu, Cina juga India

Jangan runtuhkan dinding perpaduan
Yang telah dibinakan
Oleh bangsa sebelum kita
Untuk kita

Semangat rasis yang menebal
Harus dibuang
Kerna rasis hanya untuk si bebal
Yang tidak melihat segenap ruang

Rasis harus dibendung
Sebelum kau tersandung
Oleh akar perkauman
Oleh manusia kurang siuman

MELAYU!
KAU KENA INGAT
BUKAN HANYA KITA YANG MEMBANGKITKAN MALAYSIA
TAPI BANGSA LAIN JUGA MENGANGKAT
NAMA MALAYSIA KE PERSADA DUNIA

Bersaing secara sihat itu perlu
Rasis itu tiada perlu
Kerna rasis itu ibarat peluru
Membunuh kaum-kaum buntu

Bicara Orang GilaWhere stories live. Discover now